KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, May 30, 2013

KERAJAAN JANGAN UGUT - PROF MADYA DATUK DR MOHAMMAD AGUS YUSOFF

SHAH ALAM, : Pensyarah Politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menggesa kerajaan menyelesaikan permasalahan Perhimpunan 505 secara baik tanpa perlu ada sebarang bentuk ugutan mahupun kekerasan.

Ini kerana majoriti rakyat menyedari tanggungjawab dan hak mereka untuk berhimpun selaras dengan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.

Ulas beliau di laman Facebooknya, perkara berkenaan menyatakan perhimpunan aman adalah hak rakyat: Semua warganegara berhak berhimpun secara aman dan tanpa senjata.

“Bagi kerajaan juga, saya harap sangat isu perhimpunan 505 ini dikendalikan secara baik. Moga tidak ada penggunaan kekerasan, tangkapan yang tidak perlu dan ugutan kepada rakyat.

“Rakyat sedar tentang tanggungjawab dan hak mereka. Berikan mereka peluang untuk mengekspresikan diri dalam ruang yang dibenarkan oleh sistem demokrasi dan undang-undang negara kita,” katanya.

Media melaporkan enam lagi pemimpin Pakatan Rakyat didakwa kerana menganjurkan perhimpunan tanpa memaklumkan perkara berkenaan kepada Ketua Polis Daerah masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Akta Himpunan Aman 2012.

Bagi menyelesaikan perkara ini beliau menyarankan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan dialog untuk menyelesaikan kemelut ini.
Tulisnya lagi, berkenaan sistem pilihan raya di negara ini diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) mengikut perlembagaan.

Maka jika didakwa berlaku ketidakpuasan hati dalam pilihan raya, SPR perlu bertanggungjawab untuk menjawabnya.

Tegasnya lagi demokrasi di negara ini tidak boleh subur sendirian sebaliknya memerlukan pembangkang dan kerajaan sama-sama memahami dan meraikannya.

Tuesday, May 28, 2013

BICARA KES HIMPPUNAN RAKYAT 27 JUN - HADIR BERAMAI-RAMAI BERIKAN SOKONGAN

Pada pagi semalam (27 Mei 2013), Setiausaha KEADILAN Negeri Pahang Sdr Kamarzaman bin Mohammed Yunus telah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Kuantan di atas pertuduhan di bawah Sesyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman kerana menganjurkan perhimpunan yang menyalahi peraturan di bawah akta tersebut.

Ini adalah berlanjutan daripada Perhimpunan Rakyat Pahang "BLACK 505 - Suara Rakyat Suara Keramat" Peringkat Negeri Pahang yang telah diadakan pada 14 Mei 2013 baru-baru ini.  Pada peringkat awalnya, perhimpunan tersebut telah dirancang diadakan di Padang Awam, Taman Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan.  Namun, disaat-saat akhir setelah diadakan perbincangan dengan pihak berkuasa, pihak Penganjur bersetuju dengan nasihat pihak Polis dan Penguasa Tempatan yang agar program di kawasan tersebut dipindahkan atas faktor-faktor keselamatan khususnya.

Sdr Kamarzaman - Setiausaha KEADILAN Pahang
Oleh kerana program tersebut telah diwar-warkan secara meluas melalui berbagai cara termasuk menggunakan media sosial dan akhbar Sinar, pihak Penganjur terpaksa memikirkan kawasan baru yang boleh digunakan bagi meneruskan program berkenaan.  Akhirnya, bagi memudahkan urusan pihak Keselamatan, maka pihak Penganjur telah memilih untuk mengadakan program berkenaan di Dataran Rakyat, Ibu Pejabat Pusat Gerakan Utama, Parlimen Indera Mahkota, Jalan Beserah, Kuantan.

Kehadiran orang ramai pada malam tersebut di luar jangkaan walaupun hebahan pertukaran lokasi program dilakukan disaat-saat akhir.  Tidak kurang dari 40 Ribu orang telah memenuhi sekitar dataran berkenaan bagi mendengar ucapan dari pimpinan.  Pihak penganjur juga berjaya mengawal keselamatan orang ramai pada malam tersebut tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Walaupun pihak Penganjur telah bertolak ansur dengan pihak keselamatan dengan mengubah lokasi disaat-saat akhir, dan berjaya membuktikan bahawa perhimpunan tersebut yang diadakan di Markas Parti sendiri telah berjalan dengan baik, namun seperti yang terjadi semalam amat mendukacitakan.  Pihak Penganjur telah dipertuduhkan juga di mahkamah kononnya melanggar Akta Perhimpunan Aman.  Sewaktu pertuduhan dibacakan, Sdr Kamarzaman mengaku TIDAK BERSALAH dan beliau telah dikenakan ikat jamin sebanyak RM3,000 oleh seorang penjamin.  Kes beliau akan disebut semula pada 27 Jun 2013 ini mulai jam 08.00 pagi di Mahkamah Seksyen Kuantan.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput beramai-ramai untuk hadir memberikan sokongan moral kepada beliau yang mewakili kita semua sebagai pejuang keadilan dan penentang penipuan Pilihanraya sewaktu kes beliau disebut semula pada tarikh yang dinyatakan.  Mohon hebahkan perkara ini agar kita boleh menghimpunkan seramai mungkin rakyat yang cintakan keadilan untuk berada di perkarangan mahkamah pada tarikh dan waktu yang dinyatakan.


Sunday, May 26, 2013

HIMPUNAN RAKYAT #BLACK 504 DI PETALING JAYA MALAM TADI - AMARAN BUAT NAJIB



Himpunan Rakyat #Black 505 yang bermula pada petang semalam (25 Mei 2013) sehingga jam 12.00 malam tadi bertempat di Dataran Armcop Mall, Petaling Jaya telah dihadiri tidak kurang dari 70, 000 orang yang mula memenuhi kawasan dataran seawal jam 02.00 petang.

Himpunan yang dianjurkan oleh lebih 50 NGO itu turut dihadiri oleh beberapa pimpinan dari Pakatan Rakyat dan juga dari pimpinan NGO serta artis-artis dengan menampilkan tokoh utama, Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku pemidato terakhir.  Artis Abby Abadi, Dayangku Intan dan Leman Raja Lawak juga turut tampil dipentas untuk memberikan sedikit ucapan menyokong perhimpunan yang diadakan.

Tujuan Penganjur mengadakan perhimpunan itu adalah:

* Menuntut pemimpin SPR meletak jawatan.
* Menuntut pilihan raya diadakan semula di kawasan yang disyaki berlaku penipuan
* Menyokong tribunal BERSIH untuk menyiasat dakwaan kes penipuan pilihan raya.

Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam ucapannya menyatakan bahawa rakyat wajib bangkit untuk menentang segala penipuan pilihanraya agar sistem demokrasi di negara ini dapat dipulihkan.  Beliau tidak takut kepada sebarang ugutan demi untuk bersama rakyat berjuang membantah amalan memanipulasikan keputusan PRU yang lalu.  Pengerusi SPR mesti meletakkan jawatannya segera kerana terbukti gagal menjalankan amanah yang diberikan sehingga memalukan imej negara ini.



Beliau turut meminta semua rakyat yang menyedari bahawa mereka tertipu dengan dakwat kekal agar membuat laporan polis segera kerana ianya penting untuk membuktikan bahawa sememangnya SPR gagal menguruskan PRU 13 baru-baru ini .  Salinan report hendaklah diserahkan kepada pejabat parti masing-masing untuk dikumpulkan.

Dato' Seri Anwar Ibrahim berucap penuh semangat
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Chegu Bard pula dengan tegas memberikan amaran bahawa rakyat bersedia untuk ke Dataran Merdeka pula selepas ini jika kerajaan tidak memenuhi tuntutan-tuntutan seperti di atas.


Saturday, May 25, 2013

HIMPUNAN #SUARA RAKYAT 505# PETANG INI LIBATKAN SEMUA PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT

Kenyataan Media
Gabungan "Suara Rakyat 505"
24 Mei 2013 | 5.00 pm


HIMPUNAN #SuaraRakyat505 MENDAPAT SOKONGAN SEMUA - HADIRLAH TANPA RAGU

24 jam menghampiri detik mula himpunan #SuaraRakyat505 menyaksikan momentum gerakan rakyat ini akhirnya memuncak apabila PAS umum untuk bersama menyertai.

Gabungan 50 NGO "Suara Rakyat 505" menyambut baik kenyataan Setiausaha Agong PAS pagi tadi. Ini menunjukkan PAS sebuah parti segar yang responsif dengan kehendak rakyat yang bangkit menentang penipuan PRU. #SuaraRakyat505 menghargai PAS yang telah mengeluarkan arahan ahlinya untuk bersama himpunan aman esok.

Dimaklumkan kebenaran pemilik premis (MBPJ) telah diperolehi dan makluman pada pihak sepatutnya sudah dibuat. Justeru, #SuaraRakyat505 menggesa pihak berkuasa untuk memberi kerjasama, tidak mengganggu dan menghalang rakyat berhimpun sepertimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Rakyat sudah buktikan, himpunan #KL112 berlangsung dengan aman tanpa gangguan pihak berkuasa, walaupun dengan pengawasan yang minima.

Mengenai permit yang dipersoal, majlis esok juga merupakan sebahagian progam kerajaan Negeri Selangor yang mana kesempatan tersebut digunakan untuk bertemu pengundi terbanyak. Oleh demikian tidak timbul soal permit dan orang ramai yang menyatakan kehadiran tidak usah ragu lagi, teruslah hadir.

Bermula jam 5 petang pentas akan dipenuhi dengan pelbagai persembahan dan aksi 'desakkan terhadap SPR' sebelum program kemuncak pada sebelah malam yang bakal menampilkan pemimpin yang benar-benar membuktikan sokongan penuh terhadap aspirasi rakyat.

Antara yang pasti hadir ialah Anwar Ibrahim, Md Sabu, Husam Musa, Salahuddin Ayub, Dr Hatta Ramli, che'GuBard dan ramai lagi pimpinan NGO dan Pakatan Rakyat. Juga penampilan artis rakyat Ito, Abby Abadi dan penampilan paling istimewa ialah pidato pertama Adam Adli sejak dibebaskan.

Segala persiapan sudah dirancang sebaiknya malah persediaan dari aspek keselamatan juga dibuat - satu pasukan khas perubatan dengan 55 orang doktor disediakan dan barisan peguam juga telah sedia bagi segala kemungkinan. Sekiranya berlaku penangkapan sila SMS dengan format nama/IC/Balai/tahap kecederaan kepada nombor-nombor berikut: 010-2142076, 017,3288794 dan 0128965727.

Semua sudah bersedia, esok 25 Mei adalah hari yang baik untuk Himpunan #SuaraRakyat505 dikenang sebagai himpunan paling bersejarah. Lahirnya Himpunan #SuaraRakyat505 apabila rakyat bersatu dan bangkit berhimpun membantah penipuan pilihanraya secara besar-besaran di peringkat nasional, setelah beberapa siri di peringkat negeri yang rata-ratanya dihadiri ratusan ribu rakyat.

Amaran rakyat sebelum ini, jika PRU menipu rakyat akan humban penipu ini maka SPR adalah sasaran pertama yang perlu dihumban oleh rakyat. Ayuh, bersama menjadi sebahagiaan dari sejarah yang akan dibaca oleh generasi akan datang, betapa rakyat hari ini bangkit merebut demokrasi demi menyelamatkan negara.



CHE'GUBARD
Jurucakap Gabungan 'Suara Rakyat 505'
Pengasas SAMM

Anggota Gabungan 'Suara Rakyat 505'

1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
2. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
3. Tindak Malaysia
4. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
5. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
6. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
7. Gabungan Menuntut Royalti ®
8. Asalkan Bukan Umno (ABU)
9. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
10. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
11. Gabungan Tanah Rakyat (TANAH)
12. Kill The Bill
13. Malaysian For Beng Hock
14. Mama Bersih
15. Kelab Bangsar Utama
16. Radio Bangsar Utama (RABU)
17. Mahasiswa Keadilan Malaysia
18. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI)
19. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
20. Indipendent Student Front (INSTEF)
21. University Malaya Association Of New Youth (UMANY)
22. Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
23. Gabungan NGO Pengerang
24. Angkatan Pembebasan Bangsa (APB)
25. Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS)

26. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)

27. Pro-Mahasiswa Nasional Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)

28. Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat)

29. Angkatan Rakyat Muda (ARM)

30. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)

31. Unit Ehsan Malaysia
32. Anwar Ibrahim Club (AIC)
33. Agent of Change (AoC)
34. Revolusi Anak Muda Malaysia (RAMM)
35. Kami Anak Muda Menenatang Umno (K.A.M.U)
36. Gagasan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
37. Pertubuhan Kebajikan Rakyat Perlis (PKR Perlis)

38. Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI)

39. Gabungan NGO Kelantan
40. Solidariti Anak Bachok Daratkan Minyak (CABAR)

41. Majlis Permuafakatan Kampung Warisan KL/Selangor (MUAFAKAT)

42. Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI)
43. Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
44. Gabungan Menuntut Royalti Terengganu (R Terengganu)
45. Selamatkan Teluk Rubiah
46. Selamatkan Pantai Port Dickson
47. Selamatkan Pasar Payang
48. Jaringan Sepadu Rakyat Malaysia (SEPADU)
49. Angkatan Warga Aman Malaysia (Warga AMAN)‪
50. Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS)‪
51. Federation of Malaysian Indian Organisation (PRIMA)‪
52. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
53. Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI)
54. Comuniti Front (CF) Seremban

Friday, May 24, 2013

KONVENSYEN KEADILAN DAN HIMPUNAN RAKYAT - PATUHI ARAHAN

KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan Selamat Berkonvensyen kepada semua perwakilan AMK, Wanita dan Perwakilan di setiap Cabang di Negeri Pahang yang akan hadir ke Konvensyen Nasional KEADILAN Ke -9 yang akan bermula pada hari ini (24hb Mei 2013) bagi AMK/Wanita, manakala untuk semua perwakilan adalah pada 25hb Mei 2013.

Konvensyen Nasional Tahunan KEADILAN ke-9 kali ini akan diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya, Selangor.  Sejurus selepas itu, KEADILAN Pahang menyeru kesemua perwakilan serta seluruh ahli untuk turun berhimpun pada Himpunan Rakyat "Blackout 505" yang akan diadakan pada 25hb Mei 2013 di sebelah petang bertempat di Armcop Mall, PJ dengan berpakaian hitam.

Himpunan secara aman tersebut adalah dianjurkan oleh lebih dari 50 NGO bagi menyuarakan bantahan terhadap penipuan PRU 13 di samping menuntut SPR dibersihkan.  Mereka yang hadir tidak dibenarkan membawa sebarang senjata merbahaya dan tidak terpengaruh dengan sebarang provokasi yang timbul pada perhimpunan tersebut.

Dinasihatkan semua peserta perhimpunan agar sentiasa mematuhi arahan keselamatan dari pihak Penganjur.

Thursday, May 23, 2013

Penipuan BN, Pakatan Rakyat tidak akan menyerah – Anwar Ibrahim

ALOR SETAR 22 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan tunduk kepada kemenangan BN yang diperoleh secara tipu sebaliknya perjuangan mendapatkan kebenaran untuk rakyat mesti diteruskan.

“Kami ingin memberi mesej jelas kepada Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi dan juga Perdana Menteri bahawa Pakatan tidak akan menyerah kalah.

 
 
“Kita tidak akan menyerah kuasa bila terbukti Pakatan telah pun menang PRU 5 Mei lalu. Pemimpin SPR dituntut meletakkan jawatan kerana gagal melaksanakan pilihan raya dengan adil dan telus,” kata Anwar.

“Putrajaya tidak boleh menjadi milik BN kerana mereka telah kalah sebenarnya. Kita tuntut Putrajaya dari mereka yang mendakwa menang, tapi menipu.

“Kabinet ‘recycle’ yang tidak berkualiti dibentuk Perdana Menteri juga tidak akan kita akui,” kata Anwar depan lebih 60,000 rakyat yang melimpah hingga di luar Kompleks PAS Batu 9, Kota Sarang Semut, Alor Setar pada Himpunan Black 505 malam tadi.

Dalam pada itu, beliau menempelak pelantikan P Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri dalam kabinet baru yang dibentuk Datuk Seri Najib baru-baru ini.
“Pemimpin Hindraf ini pernah menolak keistimewaan dan hak orang Melayu dalam negara ini suatu ketika dahulu.

“Ke mana pergi Pemuda Umno dan Perkasa?  “Kenapa mereka tidak pertikaikan pelantikan pemimpin yang pernah mempertikaikan hak dan kedudukan orang Melayu ini? Kenapa mereka diam?” kata Anwar.

Turut hadir, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Tian Chua serta pimpinan Pakatan Kedah.

Keadilandaily

Wednesday, May 22, 2013

Kongres Nasional Tahunan KEADILAN ke-9, 2012 (Mei 24-25, 2013) Dewan Siviks, Petaling Jaya

PARTI KEADILAN dengan sukacitanya ingin memaklumkan yang Kongress Nasional Tahunan KEADILAN ke-9 akan diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya diantara 24 and 25 Mei, 2013.

Kongres untuk semua pemimpin-pemimpin parti akan diadakan pada hari Sabtu, 25 Mei 2013, manakala Kongres Nasional Tahunan Wanita KEADILAN dan AMK ke-9 akan diadakan sehari sebelum, pada hari Jumaat, 24 Mei 2013.

Sama seperti kongres-kongres sebelum ini, Kongres ini juga akan dianjurkan bersama oleh Sekretariat Setiausaha Agung dengan bantuan Pimpinan Negeri Selangor.

Pihak media dijemput membuat liputan, tetapi diminta menghubungi sekretariat Kongres seawal mungkin agar persediaan tempat dan tag dapat disempurnakan dengan segera. (emel: nurulhuda@keadilanrakyat.org)

Penerangan selanjutnya (jadual, dresscode dll) tertera di dalam lampiran yang disertakan dengan notis pengumuman ini.


Harap maklum.


SEKRETARIAT KONGRES NASIONAL TAHUNAN KEADILAN


BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

DAKWAAN ZAHID HAMIDI DIJAWAB OLEH CHEGU BARD

WAHAI ZAHID, MENIPU PILIHANRAYA JAUH LEBIH TIDAK DEMOKRATIK

Merujuk kenyataan Zahid dalam portal Malaysiakini semalam, kononnya 'rampasan kuasa tidak demokratik dan perlu terima keputusan PRU', Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengingatkan Zahid Hamidi supaya jangan lupa bagaimana dia mempertahankan rampasan kuasa perak pada Februari 2009.

Apakah rampasan kuasa di Perak itu cukup demokratik? Mengapa tidak terima sahaja keputusan PRU12 lalu bahawa Perak dimenangi Pakatan Rakyat?
 
 
Mengenai kebangkitan rakyat pasca PRU13, Zahid janganlah bersikap munafik. Zahid tahu dan sengaja memutar belit isu dengan menyebut seolah rampasan kuasa akan berlaku. Rakyat protes bukan kerana mahu merampas kerajaan melalui jalanraya tetapi turun kerana pilihanraya 5 Mei lalu penuh penipuan. Kemenangan rakyat pada 5 Mei telah digelapkan maka rakyat keluar menyatakan bantahan untuk menuntut kembali demokrasi yang dicuri.

Telah diumumkan oleh Gagasan #SuaraRakyat505 bahawa tarikh 25 Mei dipilih sebagai acara kemuncak untuk pesta rakyat menuntut demokrasi, manakala lokasi berhimpun adalah di depan Amcorp Mall bermula petang. Gabungan yang disertai lebih 50 NGO ini menyasarkan j/kuasa tertinggi SPR meletakkan jawatan segera sebagai tuntutan yang pertama dan utama. 
 

SPR menjadi punca utama kecurangan besar PRU-13 dengan pelbagai taktik kotor yang diatur untuk memenangkan pemerintah. Malah, kononnya SRP direformasikan, tetapi senarai daftar undi masih tidak bersih dan paling penting ialah apabila dakwat kekal yang dijamin tahan lebih lima hari tidak mampu bertahan untuk 5 minit. Kalau beginilah reformasi pilihanraya yang ditunjukkan, bukan bukan sekadar celup jari tetapi celup kepala pun boleh menipu tetap boleh berlaku penipuan.

Oleh demikian, semua rakyat diseru untuk bersama pada 25 Mei nanti yang merupakan kemuncak kesinambungan belasan himpunan besar Blackout505, dalam menyatakan protes dan bantahan terhadap kecurangan PRU-13.

SAMM juga meminta Zahid selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri jangan ulang kesilapan Hisham yang asyik berpolitik mempergunakan agensi bawah KDN untuk kepentingan politik sehingga jenayah berleluasa.

Wahai Zahid ketahui atau tidak bahawa rumah kakak Muhiyuddin telah dirompak dan rumah adik IGP telah dipecah masuk ketika polis sibuk siasat Adam Adli dan Zahid sibuk mempolitikkan isu bantahan rakyat terhadap PRU yang kotor.

Percayalah, rakyat tetap akan bangkit menuntut demokrasi. Rakyat telah beri peluang, telah bersabar dan beri laluan untuk pilihanraya bersih dan adil. Malangnya rakyat dikhianat dengan penipuan pilihanraya, kemenangan dirampas dan hak demokrasi bersuara telah ditutup rapat. Rakyat tetap akan bangkit dan kekuatan rakyat tidak mampu dibendung, 25 Mei, Amcorp Mall.


Suara Rakyat Suara Keramat

CHE'GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Monday, May 20, 2013

VIDEO - PAKATAN RAKYAT PATUT BERADA DI PUTRAJAYA - RAFIZI

JAMUAN RAKYAT PARLIMEN KUANTAN MENDAPAT SAMBUTAN HEBAT



KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
PARLIMEN
NEGERI : PAHANG

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : P.083 - KUANTAN
NAMA PENUH PARTI BILANGAN UNDI KEPUTUSAN
1. MOHAMED SUFFIAN BIN AWANG BN21,319
2. FUZIAH BINTI SALLEH PKR25,834MENANG

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR :56,280

JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK :570

JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI :47,723

JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN :47,857

JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :134

PERATUS PENGUNDIAN :85.00%

MAJORITI :4,515


Di dalam PRU 13 pada 05 Mei 2013 baru-baru ini, Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN telah membuat kejutan besar di Parlimen Kuantan apabila Fuziah Salleh berjaya mengekalkan Kerusi P083 Kuantan dengan majoriti besar iaitu sebanyak 4, 515 menewaskan calon Umno/Bn, Mohamed Suffian bin Awang, orang kuat PM, Najib Razak sendiri.

Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh sedang berucap
Adun Teruntum, YB Sim (baju kemeja biru cerah) turut hadir
Kemenangan besar ini menjadi modal Umno apabila mendakwa tidak berlakunya penipuan Pilihanraya seperti yang didakwa Pakatan Rakyat kerana alasan mereka Fuziah Salleh menang dengan majoriti yang jauh lebih besar dari PRU 12.  Fuziah Salleh ketika mengulas dakwaan Umno itu, beliau menegaskan penipuan tetap berlaku dan sekiranya pilihanraya dijalankan dengan adil dan telus, kemenangan yang beliau perolehi sekarang tentunya lebih besar lagi.  Beliau ada hujah dan fakta sendiri terutamanya berkaitan dengan Undi Pos dan Undi Awal di kalangan warga keselamatan.

Adun Beserah, YB Andansura Rabu berucap

Adun Tg Lumpur, YB Ustaz Rosli Abdul Jabar berucap
Semalam (19/5/13), Parlimen Kuantan di bawah YB Fuziah Salleh telah mengadakan Majlis Jamuan Rakyat bermula jam 12.00 tengahari sehingga 03.00 petang bagi meraikan petugas-petugas dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di Parlimen Kuantan yang telah banyak membantu beliau memenangi Kerusi panas tersebut.  Jamuan telah diadakan di Pantai Taman Gelora, Kuantan yang mana telah mendapat sambutan yang amat memuaskan.

Ahli Parlimen Indera Mahkota (Pengerusi KEADILAN Pahang) YB Dato' Fauzi Abdul Rahman bersama Datin turut hadir

Pegawai Penguatkuasa MPK berbincang dengan YB Fuziah berkaitan program yang sedang berjalan
Di antara tetamu yang turut hadir adalah Ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Pengerusi KEADILAN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman, Adun Beserah YB Andansura Rabu, Adun Teruntum YB Sim Chon Siang dan Adun Tg Lumpur YB Ustaz Rosli Abdul Jabar.  Calon Dun Inderapura, Ustaz Syed Anis juga turut hadir.  Mereka semua telah diberi kesempatan untuk berucap ringkas bagi menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua jentera dan penyokong masing-masing selain dari YB Fuziah Salleh sendiri yang pertama berucap meraikan petugas-petugas dan para penyokong beliau.

Di antara anak-anak muda di bawah SAMM Pahang yang banyak membantu menjayakan program tersebut

Di antara orang ramai yang hadir dijamu dengan makanan yang disediakan
Orang ramai mendengar ucapan Wakil Rakyat mereka

Program telah berjalan dengan baik dan lancar.  Tahniah kepada Penganjur yang telah berjaya mengadakan program dengan jayanya.

Saturday, May 18, 2013

Keceluparan Zahid Hamidi Disanggah Prof Mohd Agus

 

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff terkejut apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang baru dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri meminta rakyat yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara lain yang menjalankan pilihan raya mengikut sistem yang digemari.

“Mengapa DS Zahid boleh mengeluarkan kenyataan sebegini?” tanya beliau di dalam Facebooknya.

Beliau juga mempersoalkan apakah salah jika rakyat mempersoalkan pelaksanaan sistem pilihan raya yang ada dan apakah perlembagaan negara kita menghalangnya.

“Setahu saya, Perkara 10 Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk bebas mengeluarkan pendapat, berhimpun dan berpersatuan,” jelasnya.

Tambahnya, tidak ada satu klausa pun dalam perlembagaan yang membenarkan menteri untuk memberitahu rakyatnya supaya berhijrah ke negara lain hanya kerana berbeza pendapat dalam politik.

“Jika kita akui negara kita adalah negara demokrasi, maka berdemokrasilah secara jujur,” ujarnya.

Sebagai menteri, kata beliau Zahid sepatutnya membangkitkan kasih sayang dan semangat patriotik rakyat kepada negara, bukannya mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Sebagai menteri, kata Mohammad Agus, Zahid sepatutnya menggunakan masa untuk merancang mengatasi masalah keselamatan, jenayah, social ills dalam negara daripada menyerang rakyat yang mempunyai perbezaan politik dengan parti kerajaan.

“Saya mohon kita semua hentikan kenyataan sebegini hanya kerana kita mempunyai perbezaan politik. Ini adalah tanah air kita bersama.

“Saya yakin, sebagai rakyat, kita semua mahu terus menyumbang bakti kepada negara kita ini mengikut keupayaan masing-masing, biarpun dalam bentuk yang berbeza. Malaysia adalah negara kita bersama,” katanya.

Thursday, May 16, 2013

KEJAYAAN "BLACK OUT - 505" - UCAPAN TERIMA KASIH DARI PENGERUSI KEADILAN PAHANG

Pengerusi KEADILAN Pahang yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman mewakili seluruh ahli MPN, mengucapkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat Pahang keseluruhannya yang telah hadir pada Perhimpunan Rakyat Pahang "Black Out 505 - Suara Rakyat Suara Keramat" yang telah diadakan pada 14 Mei 2013 bertempat di Dataran Rakyat, Markas Gerakan Parlimen Indera Mahkota, Beserah, Kuantan baru-baru ini.



Walaupun lokasi program telah diubah disaat-saat akhir, namun kepantasan kita bersama menyalurkan maklumat melalui berbagai cara telah berjaya menghimpunkan puluhan ribu rakyat Pahang pada malam tersebut.  Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam ucapannya malam itu turut menyampaikan tahniah kepada semua kerana berjaya berhimpun walaupun pihak mereka telah melakukan berbagai cara untuk menggagalkan perhimpunan yang dirancang.



Kami percaya, tanpa kerja keras rakan-rakan kita termasuk dari Pakatan Rakyat yang telah memberikan komitmen yang tinggi, mustahil program malam itu dapat dijalankan dengan sempurna.  Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Illahi kerana sepanjang program berjalan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.  Terima kasih juga buat unit-unit keselamatan samada dari SAMM dan Unit Amal dari PAS yang telah melaksanakan tugas mereka dengan baik efisyen.



Mudah-mudahan kerjasama seperti ini akan dapat dipertahankan dan dipertingkatkan lagi di masa-masa akan datang. 

Tuesday, May 14, 2013

PENTING !! PERTUKARAN LOKASI "BLACK OUT 505 - SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT" MLM INI DI KUANTAN.



Lokasi Asal di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Jln Gambang, KUANTAN telah ditukarkan ke DATARAN RAKYAT, IBU PEJABAT PKR NEGERI, JALAN BESERAH (DEPAN POLIKLINIK KOMUNITI) BESERAH, KUANTAN.  Pertukaran lokasi dibuat setelah perbincangan dibuat dengan pihak berkuasa.  MOHON SEBARKAN DAN SHARE SEBANYAK MUNGKIN!!  Kesulitan amat dikesali.

"BLACK 505" SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT - MENGAPA KITA BANTAH KEPUTUSAN PRU 13 ? JAWAPANNYA MALAM INI DI MAHKOTA AMAN

 
 
Pengarah Strategi KEADILAN, Sdr Rafizi Ramli yang baru sahaja memenangi Kerusi Parlimen Pandan di dalam PRU 13 baru-baru ini telah dipertangungjawabkan untuk mengumpul segala bahan bukti dan fakta berkaitan penipuan atau salahlaku sepanjang kempen dan hari pengundian sehingga ke hari perjumlahan undi PRU 13 yang telah diadakan pada 05 Mei 2013 yang lalu.

Sehingga kini, sebanyak 237 laporan penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 diterima pasukan #SiasatPRU13, dedah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.  Katanya, melalui analisa awal #SiasatPRU13, empat kriteria dikenal pasti dalam siasatan, iaitu margin kemenangan tipis di bawah lima peratus dan margin kemenangan tipis yang tidak sepadan dengan undi rosak yang lebih besar dari majoriti kemenangan.
 
Sehubungan itu, adalah tidak wajar pemimpin Umno mendakwa bahawa Pakatan Rakyat enggan membawa kes-kes berkenaan melalui Petisyen Mahkamah di dalam tempoh 21 hari selepas hari keputusan PRU 13 diumumkan.  Kami sememangnya serius untuk membantah beberapa keputusan yang jelas dan nyata amat meragukan ini melalui proses mahkamah.
 
Ada yang bertanya, mengapa perlu diadakan perhimpunan demi perhimpunan selepas PRU 13?  Ingin ditegaskan, walaupun proses undang-undang akan dilaksanakan namun di dalam masa yang sama amat penting untuk kami di dalam Pakatan Rakyat menjelaskan kepada rakyat mengapa Petisyen dan bantahan ini dibuat.  Kami tidak memiliki media perdana sebagaimana yang dikawal oleh Umno/Bn, sehubungan itu kami ingin menjelaskan kepada seluruh rakyat yang majoritinya telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan mengapa kami perlu bantah keputusan PRU 13.  
 
Maka dengan sebab itu kami mengadakan program bertemu rakyat di seluruh negeri termasuk di Sabah dan Sarawak agar mereka memahami mengapa Pakatan Rakyat masih belum boleh menerima keputusan yang 'ajaib' dan tidak masuk akal itu.
 
Malam ini, tiba giliran rakyat Negeri Pahang pula untuk mendengar apakah yang bakal diterangkan oleh pimpinan.  Program pada malam ini telah kami maklumkan kepada pihak berkuasa dan juga telah mendapat kebenaran dari pihak PASTI di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan untuk mengunakan perkarangan PASTI tersebut.  Kami berharap pihak berkuasa boleh bertolak ansur dengan memberikan kerjasama kepada kami apatah lagi di dalam beberapa program sebelum ini di tempat yang sama kami mempunyai rekod yang amat baik tanpa sebarang kekacauan atau kejadian yang tidak diingini berlaku.
 
Kepada pihak luar, kami ingin memberikan amaran bahawa kami tidak akan melayani sebarang bentuk provokasi kerana kami yakin pihak berkuasa akan bertindak adil bagi menjamin keselamatan orang ramai.  Kami juga telah membentuk Pasukan Keselamatan yang akan sentiasa membantu pihak berkuasa bagi menentukan program pada malam ini berjalan dengan baik dan lancar.
 
Rakyat seluruh Negeri Pahang dijemput hadir pada malam ini dengan bepakaian HITAM sebagai tanda bantahan dan rasa dukacita kita terhadap sistem Pilihanraya di negara ini.  Kepada mereka yang hadir, sila patuhi arahan pegawai-pegawai keselamatan kita dan pihak berkuasa di samping sentiasa mengekalkan disiplin dan adab kita sepanjang program berjalan.
 
Mohon hebahkan. 

Saturday, May 11, 2013

MALAM INI (SABTU) - "PRU 13 - TSUNAMI RAKYAT" DI BALOK DAN HIMPUNAN "SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT" PADA 14 MEI INI


"PRU 13 - TSUNAMI RAKYAT" dan "HIMPUNAN SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT", itulah di antara program terdekat yang anda dijemput hadir beramai-ramai bagi menunjukkan solidariti kita bersama membantah penipuan PRU 13 yang telahpun menular ke seluruh negara semenjak 05 Mei 2013.

Pada malam ini (Sabtu-11 Mei 2013), Program "PRU 13-TSUNAMI RAKYAT", kesemua Wakil Rakyat dari Pakatan Rakyat yang mewakili kawasan Indera Mahkota dan Kuantan akan memberikan ucapan atau amanat mereka kepada para pengundi yang telah memberikan sokongan kepada mereka di dalam PRU 13 baru-baru ini.

Bertempat di Markas PAS Balok Putra, Balok bermula jam 09.00 malam, anda digalakkan hadir dengan berpakaian hitam sejajar dengan saranan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mahukan rakyat berpakaian hitam pada setiap hari Sabtu.  Turut memberikan ceramah pada malam ini adalah Ketua Penerangan PAS Pahang, Sdr Suhaimi Saad.


Pada 14 Mei 2013 (Selasa) pula, jelajah Himpunan "SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT" akan diadakan di Dataran PASTI, Taman Seri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan bermula jam 09.00 malam.

Pada malam itu, semua Pimpinan Pusat dari Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan tampil memberikan ucapan khususnya berkaitan isu penipuan Pilihanraya.  Orang ramai diminta untuk memakai pakaian serba hitam bagi menunjukkan solidariti kita membantah penipuan yang berlaku.

Mohon hebahkan kedua-dua program ini dan kongsikan bersama melalui FB, Blog atau Twitter masing-masing.

Thursday, May 9, 2013

Sekitar Perhimpunan Di Kelana Jaya Malam Tadi - 120K Berhimpun: Najib, SPR & BN Tiada Pilihan Kecuali Akui Penipuan PRU13!


Akhabar online, Malaysiakini menganggarkan 120,000 orang hadir di dalam perhimpunan "Pidato Suara Rakyat Suara Keramat - TOLAK PENIPUAN PRU13" yang diadakan malam tadi, satu perhimpunan terbesar Pakatan Rakyat.

Kesesakan lalulintas dari Kelana Jaya sehingga sejauh tol NPE berhampiran Sunway. Menurut Peta Trafik Google, seluruh Petaling Jaya mengalami kesesakan.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang berucap di pentas memberi amaran kepada Utusan Malaysia supaya tidak memainkan isu perkauman.

Katanya, bukan sahaja orang Cina tetapi Melayu juga menyokong Pakatan.

Suasana bingit dengan sorakan dan tiupan vuvuzela, sambil melaungkan "Najib, tipu", "Ubah".

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan bahawa rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Dayak, mahu pilihan raya yang bebas dan adil.

Beliau turut mengecam tajuk utama Utusan Malaysia semalam "Apa lagi Cina mahu?".

Anwar berkata, setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, mahu menuntut hak-hak mereka dan mereka mahu BN tumbang.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Anwar berkata, beliau kagum dengan kehadiran spontan walaupun perhimpunan itu hanya dipanggil pada hari Isnin.

"Saya tidak akan berhenti sehingga kita sampai ke Putrajaya, sehingga kita dedahkan semua (penipuan) dan tuntut Putrajaya untuk rakyat.

"Mereka berhak mendapatkannya kerana kita, Pakatan, menang undi popular," katanya.

Anwar kemudiannya mengumumkan bahawa satu lagi perhimpunan pada hari Sabtu di Pulau Pinang, serta merancang untuk turut mengadakanya di Ipoh pada hari Jumaat.














DILUAR NEGARA


MELBOURNE


SINGAPURA


TAIPEI
 
Sumber:  Greenboc

Wednesday, May 8, 2013

'Pakatan layak berada di Putrajaya'


 
Pakatan Rakyat layak membentuk kerajaan persekutuan kerana ia memenangi undi popular yang lebih tinggi di seluruh negara berdasarkan keputusan pilihan raya umum Ahad ini.

"Bagaimana (kita) boleh memenangi 51.4 peratus undi popular berbanding 48.6 peratus oleh BN tetapi tidak mendapat kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan persekutuan?" tanya Pengerusi Pakatan Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Ini sangat mengecewakan. Bagaimana kita boleh menang 51.4 peratus undi popular. tetapi hanya tambah tujuh kerusi?"

Lim, bagaimanapun, gembira bahawa undi popular untuk Pakatan di Pulau Pinang telah meningkat daripada 63 peratus pada tahun 2008 kepada 66 peratus pada pilihan raya umum ke-13.

"Ini menunjukkan bahawa rakyat Pulau Pinang terus mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat," katanya.

Lim menolak kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa "tsunami Cina" telah mengalih undi kepada Pakatan.

Beliau juga mengkritik Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana menuduh DAP untuk mewujudkan "sistem dua bangsa".

Komen mereka, katanya, adalah semata-mata usaha untuk mengalihkan perhatian daripada prestasi BN yang teruk dalam pilihan raya umum Ahad lalu.

Pakatan, tegas Lim, telah menembusi banyak kawasan di seluruh Malaysia dan bukan setakat kawasan masyarakat Cina sahaja

Beliau menyenaraikan enam kerusi Parlimen - Kuala Terengganu, Dungun, Alor Setar, Lumut, Sepang, dan Penampang - yang dapat ditembusi Pakatan walaupun masing-masing mempunyai 50 peratus undi Melayu atau lebih.

Di peringkat negeri, Lim berkata Pakatan telah mencapai kemajuan dalam banyak kawasan majoriti Melayu termasuk Seberang Jaya, Pulau Pinang (64 peratus), Tanjung Lumpur, Pahang (77 peratus), Parit Yaani (54 peratus) dan Puteri Wangsa (40 peratus) di Johor.

Ia juga menang di kawasan bumiputera Sabah atau kerusi campuran di Matunggong, Kadamaian, Tamparuli, Inanam dan Moyog.

Prestasi DAP itu juga, tegasnya, turut memaparkan pembohongan bahawa ia adalah parti cauvinis Cina.

Wakil rakyat pelbagai kaum

DAP kini mempunyai dua Ahli Parlimen Melayu yang mewakili Bukit Bendera (di Pulau Pinang) dan Raub (Pahang) kerusi Parlimen dan ADUN negeri di Mentakab, Pahang.

Parti itu juga mempunyai seorang ADUN Kadazan di Kepayang - Dr Edwin Bosi - dan enam Ahli Parlimen India mewakili Batu Kawan, Bukit Gelugor, Ipoh Barat, Batu Gajah, Puchong dan Klang.

Ini, kata Lim, lebih dua daripada yang dimenangi MIC.

"Rakyat Malaysia telah menolak perkauman dan memberi undi mereka kepada Pakatan. Ia bukan satu tsunami Cina kerana kita juga menang kerusi dengan majoriti Melayu (90 peratus) di Kelantan," katanya.

"Ini semua fitnah besar bahawa kita tidak dapat undi orang Melayu. Tanpa 50 peratus undi masyarakat itu, kita tidak boleh menang.

"Jangan jatuh ke dalam perangkap perkauman. Dasar adalah lebih penting daripada bangsa. Rakyat mengundi untuk kerajaan yang bersih. Ini adalah satu-satunya cara kita boleh bergerak ke hadapan. Apa gunanya memilih calon berdasarkan kaum jika dia rasuah?".

Malaysiakini

Tuesday, May 7, 2013

PRU 13 - UCAPAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH DARI PENGERUSI MPN

Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman mewakili seluruh Ahli MPN, mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada calon-calon dari KEADILAN, PAS dan DAP yang telah memenangi PRU 13 pada 05 Mei baru-baru ini.

Di seluruh Negeri Pahang, KEADILAN telah berjaya meletakkan dua wakil di dalam Dun Negeri Pahang iaitu Sdr Lee Chean Chung (Dun Semambu) dan Sdr Sim Chon Siang (Dun Teruntum).  Di dalam Dun Pahang, sebanyak 12 kerusi Dun akan diisi oleh Pakatan Rakyat di mana ini merupakan jumlah tertinggi selepas PRU 11.  PAS mendapat 3 kerusi, manakala DAP mendapat 7 kerusi.

Dato' Fauzi Abdul Rahman - Menang Kerusi Parlimen Indera Mahkota dengan majoriti besar
Di Kerusi Parlimen pula, selain daripada Dato' Fauzi Abdul Rahman (Indera Mahkota), Kerusi Parlimen Kuantan juga berjaya dipertahankan oleh Fuziah Salleh bagi mewakili KEADILAN.  Wakil PAS pula telah berjaya merampas Parlimen Temerloh dan DAP turut merampas Parlimen Raub.

Kepada calon-calon yang tewas, mereka telah melaksanakan tugas mereka dengan baik namun nasib belum menyebelahi mereka apatah lagi di dalam keadaan perjalanan demokrasi di yang begitu menjelekkan.  Namun usaha mereka bersama seluruh jentera parti patut dihargai kerana bukan mudah untuk berhadapan dengan seluruh jentera Umno/Bn.  

Perjuangan harus diteruskan sehingga rakyat benar-benar memahami tujuan perjuangan kita bersama Pakatan Rakyat.  Terima kasih kepada semua yang telah menyokong calon-calon KEADILAN secara langsung dan tidak langsung di dalam berbagai bentuk.  KEADILAN khususnya berjanji akan melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan untuk membela nasib rakyat di negeri ini.

Monday, May 6, 2013

PRU 13 - SYABAS, PKR MENANG 2 KERUSI PARLIMEN DAN 2 KERUSI DUN DI PAHANG



KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
PARLIMEN
NEGERI : PAHANG

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : P.083 - KUANTAN
NAMA PENUH PARTI BILANGAN UNDI KEPUTUSAN
1. MOHAMED SUFFIAN BIN AWANG BN21,319
2. FUZIAH BINTI SALLEH PKR25,834MENANG

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR :56,280

JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK :570

JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI :47,723

JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN :47,857

JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :134

PERATUS PENGUNDIAN :85.00%

MAJORITI :4,515





KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
PARLIMEN
NEGERI : PAHANG

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : P.082 - INDERA MAHKOTA
NAMA PENUH PARTI BILANGAN UNDI KEPUTUSAN
1. ADNAN BIN WAN MAMAT BN23,061
2. PONUSAMY A/L GOVINDASAMY BEBAS193HILANG DEPOSIT
3. FAUZI BIN ABDUL RAHMAN PKR30,584MENANG

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR :64,219

JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK :689

JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI :54,527

JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN :54,738

JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :211

PERATUS PENGUNDIAN :85.20%

MAJORITI :7,523
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
DEWAN UNDANGAN NEGERI
NEGERI : PAHANG

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.14 - TERUNTUM
NAMA PENUH PARTI BILANGAN UNDI KEPUTUSAN
1. SIM CHON SIANG PKR12,385MENANG
2. CHANG HONG SEONG BN7,948

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR :25,098

JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK :317

JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI :20,650

JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN :20,690

JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :40

PERATUS PENGUNDIAN :82.40%

MAJORITI :4,437
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
DEWAN UNDANGAN NEGERI
NEGERI : PAHANG

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.13 - SEMAMBU
NAMA PENUH PARTI BILANGAN UNDI KEPUTUSAN
1. MOHD SHUKRI MOHD RAMLI BEBAS885HILANG DEPOSIT
2. PANG TSU MING BN11,553
3. LEE CHEAN CHUNG PKR14,753MENANG

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR :32,534

JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK :327

JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI :27,518

JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN :27,620

JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :102

PERATUS PENGUNDIAN :84.90%

MAJORITI :3,200