KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, April 13, 2013

TIADA YANG KALAH ATAU MENANG DI DALAM RUNDINGAN KERUSI DALAM PR

KENYATAAN MEDIA
10 APRIL 2013

RUNDINGAN KERUSI BERLANDASKAN SEMANGAT PERSAUDARAAN PAKATAN RAKYAT

Rundingan kerusi di peringkat Pakatan Rakyat sudah memasuki peringkat terakhir. Hanya beberapa kerusi sahaja yang masih dirundingkan dan saya yakin ia akan dapat dimuktamadkan dengan sempurna menjelang hari penamaan calon pada 20 April 2013.

Proses rundingan kerusi selama ini dijalankan dalam penuh suasana persaudaraan di antara ketiga-tiga parti dengan matlamat yang sama: membawa harapan rakyat dengan menggantikan Barisan Nasional sebagai Kerajaan Persekutuan yang baru.

Oleh itu, proses rundingan telah menitikberatkan tiga prinsip utama seperti berikut:

1. Kerusi-kerusi yang telah dimenangi oleh sesuatu parti itu akan kekal di tangan parti tersebut;

2. Kerusi-kerusi yang masih belum dimenangi oleh Pakatan Rakyat secara amnya kekal dengan parti yang telah bertanding sebelum itu, tetapi boleh dirundingkan mengambil kira kepentingan bersama untuk menumpaskan Barisan Nasional, dan;

3. Parti yang mempunyai calon terbaik untuk memenangi sesuatu kerusi yang belum dimenangi sewajarnya diberi kelebihan demi kepentingan bersama untuk menumpaskan Barisan Nasional.

Atas prinsip-prinsip inilah, KEADILAN telah melepaskan kerusi-kerusi Parlimen Gelang Patah kepada Saudara Lim Kit Siang, Bentong kepada Saudara Wong Tack (kedua-duanya DAP) dan Temerloh kepada Saudara Nasruddin Hassan (PAS) agar calon yang terbaik dari Pakatan Rakyat boleh menumpaskan calon Barisan Nasional.

Prinsip yang sama juga digunapakai KEADILAN dalam rundingan dengan rakan-rakannya dalam menetapkan pencalonan Saudara Chua Jui Meng sebagai calon Pakatan Rakyat di Parlimen Segamat.

Oleh yang demikian, KEADILAN akan terus mempertahankan prinsip kepentingan bersama untuk menumpaskan Barisan Nasional dalam memuktamadkan rundingan kerusi-kerusi yang berbaki.

Contohnya, KEADILAN mempertahankan peluangnya untuk bertanding di kerusi DUN Johor Jaya kerana calon yang bakal ditampilkan oleh KEADILAN adalah lebih berwibawa, berkelayakan, berpengalaman dan berpeluang tinggi untuk menewaskan calon Barisan Nasional. Beliau adalah seorang peguam di dalam pertengahan 30an yang telah berkhidmat melalui Pusat Khidmatnya sendiri di DUN Johor Jaya berbanding calon yang dicadangkan oleh DAP.

Begitu juga calon yang bakal ditampilkan di Parlimen Labuan adalah seorang tokoh besar dari Sabah yang diyakini bakal menumpaskan calon Barisan Nasional, berbanding rekod PAS yang sebelum ini hilang deposit dalam Pilihanraya Umum ke-12.

Matlamat bersama di dalam Pakatan Rakyat adalah menumpaskan Barisan Nasional. Saya yakin matlamat ini jugalah; berdasarkan tiga prinsip yang memacu proses rundingan kerusi selama ini; akan berjaya memuktamadkan rundingan kerusi sesama Pakatan Rakyat dalam penuh semangat persaudaraan.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agong

No comments:

Post a Comment