KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, April 10, 2013

PKR PAHANG UMUM CALON PARLIMEN YANG BAKAL BERTANDING

Malam tadi (09/4/13), Ketua Umum Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan senarai nama calon yang akan bertanding di Kerusi Parlimen seluruh Negeri Pahang yang diperuntukkan kepada KEADILAN.  Pengumuman telah dibuat di Majlis Jamuan Makan Malam di Hotel Megaview, Kuantan yang mana telah dihadiri oleh seluruh Ahli MPN, bakal-bakal calon dan beberapa AJK Cabang dan para penyokong parti.

Di antara kepimpinan yang hadir
Turut hadir bersama di dalam Majlis Pengumuman tersebut adalah Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman, Timbalan Pengerusi Sdr Ahmad Nizam Hamid, Naib-Naib Pengerusi dan YB Fuziah Salleh.  Ahli Majlis Pimpinan Pusat dari Pahang juga turut hadir iaitu Tuan Hj Abas, Tuan Hj Suhaimi Said dan Sdr Zakaria Abd Hamid.  Ahli Majlis Pimpinan Pusat dari Terengganu yang juga Pengerusi Jingga 13, Sdr Fariz Musa juga turut hadir.  

Sdr Ahmad Nizam Hamid sedang berucap
Majlis malam tadi telah diPengerusikan oleh Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota yang juga Penyelaras Dun Semambu, Sdr Lee Chean Chung. Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang, Sdr Ahmad Nizam Hamid yang juga Ketua Cabang Temerloh telah memberikan ucapan rengkas sebelum ketibaan Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Beliau menyuntik semangat kepada semua pimpinan dan ahli-ahli parti agar merapatkan saf di kalangan ahli dan rakan di dalam Pakatan Rakyat demi menunaikan amanah rakyat yang ingin melakukan perubahan di dalam negara ini.  "Tidak kiralah apa jua warna kucing samada berwarna Biru laut, Merah atau Hijau, apa yang penting kucing itu boleh menangkap dan membunuh tikus", maka fahamilah ungkapan itu bagi kita terus bersatu," ujarnya.

Dato' Seri Anwar Ibrahim sedang berucap
Ketibaan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diiringi dan dikawal oleh Skuad AMK Pahang bersama Dato' Fauzi Abd Rahman disambut oleh pimpinan dan semua yang hadir.  Beliau kemudian menjamu selera dan seterusnya memberikan ucapan rengkas kepada semua yang hadir memenuhi dewan.  Di dalam ucapan rengkas beliau, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kepada ahli-ahli parti agar istiqomah di dalam perjuangan dan ketepikan kepentingan peribadi agar matlamat kita ke Putrajaya akan tercapai, InsyaAllah.  Beliau akui memang ada segelintir para penyokong yang kurang berpuas hati dengan beberapa tindakan pimpinan pusat yang memperlihatkan beberapa kerusi bertukar tangan atau diganti.  "Kita harus berkorban sedikit untuk mencapai matlamat yang lebih besar dan demi untuk menjaga perpaduan sesama Pakatan Rakyat", pesan beliau.  "Contoh terbaik seperti yang telah dilakukan oleh Sdr Ahmad Nizam di mana Kerusi Parlimen Temerloh diserahkan kepada PAS dan beliau tidak akan bertanding di dalam PRU kali ini, namun beliau tetap terus istiqomah dan komited membantu parti,"  Kata beliau.

Sidang Media dan Pengumuman Calon
Sejurus selepas ucapan rengkas, beliau terus mengadakan Sidang Akhbar untuk mengumumkan senarai calon yang telah diputuskan untuk bertanding di Kerusi Parlimen bagi Negeri Pahang;

Parlimen Indera Mahkota -  Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi MPN)
Parlimen Kuantan - YB Fuziah Salleh (Kekal pertahankan Kerusi)
Parlimen Paya Besar - Sdri Cik Murnie Hidayah Anuar (Peguam)
Parlimen Pekan - Sdr Fariz Musa (Ahli MPP/Pengerusi Jingga 13)
Parlimen Bera - Sdr Zakaria Abdul Hamid (Ahli MPP/Timbalan Pengerusi JPRP)

Di dalam Sidang Media itu juga, Ketua Umum turut memberi amaran kepada semua pimpinan dan ahli-ahli parti yang mengkhianati parti, menjadi calon Bebas atau berkempen untuk pihak lawan akan dikenakan tindakan tegas termasuk dipecat dari parti.

No comments:

Post a Comment