Teka-teki siapakah yang dicalonkan oleh KEADILAN untuk bertanding di 14 buah kerusi Dun di Negeri Pahang selama ini terjawab petang semalam (18/4/13).
Satu Sidang Media telah diadakan oleh Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman bertempat di kediaman Sdr Ahmad Nizam, Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang yang juga Ketua Cabang KEADILAN Temerloh. Hampir kesemua calon-calon yang terpilih dan beberapa penyokong mereka telah hadir sewaktu sidang media diadakan.
Setelah begitu lama senarai nama diteliti oleh pihak Negeri, kemudiannya dibawa untuk pertimbangan Pusat dan setelah mendapat perakuan, maka senarai calon yang bakal mewakili KEADILAN di kerusi-kerusi Dun yang dipertandingkan adalah seperti berikut (Senarai Nama Penuh akan dimaklumkan):
Dun Batu Talam - Sdr Hakimi (AMK)
Dun Benta - Sdr Rizal Jamin
Dun Cheka - Tuan Hj Abas Awang (Ahli MPP)
Dun Kemayan - Sdr Bob Manolan (Biro Orang Asal)
Dun Lanchang - Sdr Ahmad Nizam Hamid (Timb Pengerusi KEADILAN Pahang/Ketua Cabang Temerloh)
Dun Jenderak - Tuan Hj Suhaimi Said (Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal/Ketua Cabang K.Krau/Ahli MPP)
Dun Kuala Sentul - Sdr Razali Ithnin
Dun Damak - Sdr Jamaludin
Dun Muadzam Shah - Sdr Nordin
Dun Lepar - Sdr Jefri Jaafar (Timb Pengerusi NGO JEBAT/Banteras Judi Internet)
Dun Chini - Puan Sitarunnisa
Dun Bebar - Sdr Jafri Rashid (Bekas YB Dun Chini)
Dun Semambu - Sdr Lee Chean Chung (Aktivis Kumpulan Hijau Anti Lynas/Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota)
Dun Teruntum - Sdr Sim Chong Siang (Bekas Pegawai Khas Fuziah Salleh)
Kepada semua calon termasuk calon yang telah diumumkan bertanding di Kerusi Parlimen, mohon emailkan kepada zek_riy@yahoo.com biodata serta apa jua yang perlu untuk kami siarkan di dalam blog ini. Majukan juga gambar ukuran passport beserta biodata yang dihantar.
Adalah diharapkan dengan pengumuman nama calon-calon yang terpilih, maka sudah tiba masanya saf diperkuatkan lagi bagi kita menghadapi PRU 13 pada 05 Mei ini. Kepada yang tidak terpilih, KEADILAN mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan kepada parti dan perjuangan ini. Parti sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan anda, semoga Allah sahaja yang dapat membalas perjuangan anda semua.
Mudah-mudahan pengorbanan dan perjuangan anda diteruskan demi menentukan kita berjaya merealisasikan harapan rakyat untuk mengubah negeri dan negara ini ke arah yang lebih baik. Selamat Berjuang !!
sy rasa yb shakar pasti kekal di n31. wlpn sy bkn pyokong bliau. sukar rasa nye saudara nizam utk menang. kerana beliau bkn org lanchang. bukan dgr kata x nak btnding ke?
ReplyDeletesaudara ahmad nizam caras org lain yg nk bertanding. malu la weh. kata x mau bertanding. pasti kalah. sbb org hnya prcaya pd org tempatan.
ReplyDelete