KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, April 2, 2013

DATO' FAUZI, CIK MURNIE BERTANDING DAN YB FUZIAH DIKEKALKAN

Teka-teki telah terjawab bagi tiga kerusi Parlimen di Pahang, termasuk dua kerusi 'panas' sewaktu kunjungan Ketua Umum KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke sini pada 30 hb Mac baru-baru ini.  Kerusi Parlimen Kuantan tidak lagi menjadi teka-teki kerana semua tahu 'status quo' bahawa kerusi tersebut milik KEADILAN dan calon yang menang pada PRU 12 yang lalu adalah YB Fuziah Salleh dikekalkan untuk bertanding lagi kali ini.

Calon Parlimen Indera Mahkota
Mengapa kerusi Parlimen Indera Mahkota dikatakan 'panas'?  Ini adalah kerana kerusi tersebut dimenangi oleh KEADILAN pada PRU 12 melalui YB Azan Ismail.  Jika mengikut 'status quo' tentulah beliau akan dinamakan sebagai calon semula sepertimana YB Fuziah Salleh, tetapi keadaannya berbeza apabila YB Azan Ismail diamanahkan oleh parti untuk mengemudi KEADILAN di Terengganu.  Sebaik sahaja beliau menjadi Pengerusi KEADILAN Terengganu, YB Azan Ismail terus menumpukan tugas dan tanggungjawabnya di negeri yang pernah ditawan oleh PAS itu.  

Kekal di Parlimen Kuantan
Namun demikian, khidmat selaku Ahli Parlimen di Indera Mahkota samasekali tidak terabai kerana beliau mempunyai anak-anak buahnya dan jentera parti yang terus membantu beliau menyelesaikan beberapa masalah rakyat setempat.  Untuk menghadapi PRU 13 tidak beberapa lama lagi, KEADILAN telah membuat keputusan untuk meneruskan khidmat YB Azan Ismail selaku peneraju parti di Terengganu dan tugas beliau di Parlimen Indera Mahkota bakal diteruskan oleh Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman.  Pengumuman ini telah dibuat oleh Ketua Umum sewaktu beliau berceramah di Balok Makmur baru-baru ini.  Pengumuman ini telah mendapat tepukan gemuruh yang hadir kerana rakyat sekitar Parlimen Indera Mahkota sudah mengenali Dato' Fauzi Abd Rahman semenjak beliau menjadi Wakil Rakyat di dalam Umno lagi tanpa sebarang masalah atau kontroversi.  Bahkan, beliau dilihat seorang tokoh politik yang berani menungkah arus sewaktu di dalam Umno lagi.

Nama Cik Murnie Hidayah diumumkan oleh Dato' Seri Anwar di Mahkota Aman
Dato' Seri Anwar Ibrahim juga turut mengumumkan Cik Murnie Hidayah Anwar, seorang peguam muda sebagai calon KEADILAN di Parlimen Paya Besar.  Pengumuman itu dibuat sewaktu Ketua Umum berceramah di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Gambang, Kuantan pada hari yang sama.  Seperti juga di Balok, pengumuman itu mendapat tepukan orang ramai yang hadir.  Rakyat kini boleh menilai dan memahami bahawa pucuk pimpinan parti mahu calon yang berwibawa dan tidak mempunyai rekod kontroversi.  Walaupun terdapat ura-ura akan ada calon Bebas bakal tampil di Paya Besar di dalam PRU nanti, kita yakin rakyat kini fokus untuk bersama Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
 

No comments:

Post a Comment