KEADILAN Negeri Pahang telah mengadakan Mesyuarat MPN Siri 5/2012 pada 07 Ogos 2012 (Selasa) dan buat kali pertamanya telah diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN Negeri yang baru bertempat di Bukit Sekilau, Kuantan.
Dato' Fauzi (tengah) sedang mempengerusikan Mesyuarat MPN. Kiri sekali, Sdr Mohd Nor, Tuan Hj Suhaimi (Naib Pengerusi), Kanan beliau Timb Pengerusi Sdr Ahmad Nizam |
Mesyuarat Biro Politik bermula pada jam 03.00 petang kemudiannya diikuti oleh Mesyuarat MPN lebih kurang jam 05.00 petang. Semua ahli MPN hadir termasuk Ahli Jawatankuasa/Biro. Mesyuarat Biro Politik telah diPengerusikan oleh Timbalan Pengerusi, Sdr Ahmad Nizam Hamid dan Mesyuarat MPN diPengerusikan oleh Pengerusi MPN sendiri, Dato' Fauzi Abd Rahman. Turut hadir adalah Ahli Parlimen Kuantan merangkap Ketua Cabang Kuantan, YB Fuziah Salleh yang turut menyediakan bubur lambuk dan buah kurma untuk bekalan berbuka puasa.
Fokus utama bagi kedua-dua mesyuarat adalah bagi menghadapi PRU ke 13, pembentangan laporan oleh kesemua Ketua Cabang di samping taklimat panjang lebar oleh Pengerusi tentang perkembangan semasa politik tanahair. Rata-rata ahli MPN kini berada di tahap semangat yang tinggi untuk bersama-sama kepimpinan di Pusat bagi merealisasikan hasrat ke Putrajaya.
Turut dibincangkan bersama adalah persiapan lawatan Naib Presiden KEADILAN, YB Nurul Izzah ke Pahang yang dijadualkan pada 28 Ogos nanti. Beliau akan menghadiri perjumpaan Hari Raya Idil Fitri di Muadzam Shah, Majlis Makan Malam di Kuantan, Ceramah di Balok Makmur dan di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan. Beberapa pimpinan dari Pusat juga akan dijemput hadir pada Majlis Makan Malam dan Program Ceramah di kedua-dua tempat. Butiran lanjut berkaitan program lawatan YB Nurul Izzah akan dimaklumkan kemudian.
Kelihatan YB Fuziah (kanan) bersama Sdr Che Mat (Bendahari) baju kuning |
Selesai mesyuarat lebih kurang jam 06.30 petang, semua ahli MPN dan Jawatankuasa/Biro beredar ke madrasah di Bukit Sekilau untuk Berbuka Puasa dan Solat Maghrib.
dun damak macam mana? kerusi boleh menang. mengapa nak bagi ke orang yang lawan pr dlm pru12. harap keadilan letak calun anak tempatan jerantut dalam dun damak dari bangsa melayu untuk lawan mca.
ReplyDelete