Sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak ini, aktiviti penerangan berbentuk ceramah dikurangkan sedikit bagi menumpukan kepada amalan ibadah di malam Ramadhan seperti Solat Tarawikh, Tadarus dan sebagainya.
Namun demikian, KEADILAN Kuantan dan Indera Mahkota tidak membuang masa sempena Bulan Ramadhan sekarang di mana mereka telah mengisi ruang diwaktu siang dengan melakukan amalan bersedekah dengan mengedar bubur lambuk dan buah kurma kepada masyarakat di kawasan masing-masing.
Boleh dikatakan setiap hari aktiviti mengedar bubur lambuk dan buah kurma telah diadakan di samping kunjungan ke rumah-rumah mereka yang kurang bernasib baik sambil menghulurkan sedikit sumbangan. Kepimpinan KEADILAN dari semua peringkat termasuk dari pemimpin Non Muslim turut bersama di dalam aktiviti mulia ini.
Mudah-mudahan kerja amal yang mereka lakukan ini mendapat keredhaan dari Allah SWT. Berikut adalah sekitar aktiviti yang sempat dirakamkan;
|
Kurma sedia untuk diedar oleh AMK |
|
Mengedar bubur lambuk di Tg Api |
|
Bubur Lambuk diedar sampai ke tengah bandar Kuantan |
|
Penyelaras SAMM Pahang, Hatta sedang menyerahkan bubur lambuk |
|
Timb Ketua Cabang Indera Mahkota, Sdr Lee Chean Chung turut bersama mengedar bubur lambuk dan sumbangan |
|
Berkunjung ke rumah seorang bekas tentera yang uzur di Bukit Sekilau dan memberikan sedikit sumbangan |
|
Kunjungan di samping mengeratkan silaturrahim |
No comments:
Post a Comment