Rakyat tolak lagu, tema hari kemerdekaan
Rontaan Anak Muda Berjiwa Patriotik
55 Tahun Kemerdekaan seharusnya melahirkan satu tempoh kematangan yang unggul. Namun menelusuri paparan-paran blog, facebook dan twitter, menampakkan wacana perbincangan yang gamat memperkatakan mengenai kritikan terhadap lagu dan logo kemerdekaan yang ke 55 tahun ini.
Kematangan minda dan gaya fikir serta definisi patriotik telah mula dijiwai oleh segenap lapisan masyarakat yang ingin turut sama membaik pulih imej yang telah mencalarkan mood sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke 55.
Pertama kali dalam sejarah, Ameerah melihat, dangkalnya pemikiran pemerintah yang cuba membawa propaganda dalam nada yang agak keterlaluan dalam tema kemerdekaan.
Namun pastinya hal ini tidak disambut baik oleh generasi media baru kini dan jelas dizahirkan dalam kritikan di media baru yang tumbuh bagai cendawan layaknya.
Facebook Portal Malaysia Merdeka milik kerajaan juga dipenuhi komen-komen rakyat Malaysia yang mengkritik pilihan logo dan lirik untuk tema kemerdekaan tahun ini. “1,075 people likes” untuk portal seperti itu adalah satu angka yang sedikit.
Lagu tema Hari Kemerdekaan Ke-55 yang dimuatkan di youtube oleh Khairil Husni pada 27 Julai 2012 hanya mendapat 297 likes, 20, 538 dislikes. Sejak artikel ini ditulis. Angka dislike bertambah setiap waktu.
Pereka bentuk logo kreatif bertalu-talu berkongsi logo lukisan mereka demi semangat kemerdekaan yang sebenar.
Wirawan yang tidak didendang!
Suara media baru yang mula bergendang!
Masyarakat kini semakin cerdik. Bukan lagi sekadar menerima bulat-bulat apa yang dipersembahkan walaupun hanya pada lagu dan logo.
Ameerah melihat unsur kematangan dan jiwa patriotik yang lahir serta keberanian masyarakat Malaysia yang harus dicontohi.
Selaras dengan misi patriotisme yang dibawa Ameerah, kami menyeru semua anak muda menghayati dan memaknakan erti kemerdekaan sebenar dalam membangun jiwa generasi baru.
Kita bukanlah pewaris perjuangan kemerdekaan yang hanya mampu menuruti tanpa berfikir!
Asakkan politik menyebab rakyat bangkit
Rakyat bangkit atas nama patriotik
Politik patriotik
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Yang Ke-55
Kitalah pewaris yang bakal melakari dan mencoret kanvas sejarah kemerdekaan untuk tahun yang akan datang
(Sumbangan Shara Shazana – anak muda dari Ameerah, Dewan Muslimat Pas Pusat)

No comments:
Post a Comment