Kempen di Permatang Pauh semakin rancak. Media perdana nampaknya semakin bercelaru di dalam menyiarkan propaganda bagi memenangkan calon Umno/Bn di Kerusi Permatang Pauh. Mereka tidak tahu mana satukah yang ingin mereka serang kerana Umno/Bn berdepan dengan KEADILAN di Permatang Pauh dan di dalam masa yang sama terpaksa mempertahankan Kerusi Parlimen Rompin daripada dirampas oleh PAS.
Media perdana mahu mainkan isu Hudud kononnya KEADILAN menolak Hudud yang dibawa oleh PAS? Ertinya mereka (Umno) bersetuju dengan Hudud yang ingin dibawa oleh PAS? Bagaimana pula di Rompin mereka menentang PAS? Merngapa tidak biarkan saja PAS menang percuma di Rompin?
Apakah ahli-ahli MCA atau Gerakan di Permatang Pauh suka hati apabila Umno/Bn mainkan isu Hudud di Permatang Pauh? Bagi KEADILAN amat jelas dan telah dinyatakan beberapa kali, KEADILAN samasekali tidak menolak hukum Allah ini tetapi KEADILAN mempunyai perbezaan pendapat dari segi uslub atau pendekatannya.
Maka, di Permatang Pauh isu keadilan wajib diketengahkan dan isu kezaliman wajib dinyatakan secara berani. Keadilan adalah asas kepada sebarang hukum termasuk di dalam hukum Islam itu sendiri. Mengapa wajib memilih calon KEADILAN di Permatang Pauh?
Cuba baca pandangan AJK PAS Pusat, YB Khalid Samad (MP Shah Alam) ini yang menyatakan secara fakta dan hujah mengapa Kak Wan mesti diberi kemenangan di Permatang Pauh. Baca di sini ---> http://agendsai.blogspot.com/2015/05/kewajipan-mengundi-wan-azizah-di.html
No comments:
Post a Comment