KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, March 9, 2015

SYABAS ANAK MUDA - GERAKAN BEBASKAN ANWAR BERTERUSAN

TAHNIAH kepada anak-anak muda yang berhimpun di hadapan Sogo seterusnya berarak ke KLCC pada Himpunan #KitaLawan dan "March To Freedom" pada 07 Mac 2015 (Sabtu) baru-baru ini.  

Keberanian anak-anak muda dan orang ramai yang hadir pada hari tersebut yang dianggarkan seramai lebih kurang 10,000 orang membuktikan aura tokoh reformasi Dato' Seri Anwar Ibrahim sukar digugat.  Seawal konvensyen KEADILAN yang bertukar menjadi Himpunan Bebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim di PJ pagi itu telah menunjukkan semangat anggota-anggota parti untuk turun bersama memberikan sokongan kepada anak-anak muda yang berhimpun di sebelah petangnya.

Bukan anjuran KEADILAN, bukan juga anjuran PR tetapi ianya adalah usaha anak-anak muda yang terdiri dari semua golongan termasuk mahasiswa.  Lebih 50 NGO turut serta di dalam himpunan #KitaLawan dan "March To Freedom" ini. 

KEADILAN Pahang akan terus mempergiatkan kempen membebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan apa cara sekalipun. 


No comments:

Post a Comment