KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, January 27, 2015

SOLIDARITI UNTUK MEMBELA NASIB WARGA FELDA DI MAHKAMAT TINGGI KUANTAN PADA 30 JANUARI INI

KEADILAN Pahang menyeru kepada semua ahli dan para penyokong PR termasuk juga yang tidak berparti untuk bersama-sama bersolidariti terhadap perjuangan membela nasib warga Felda di Mahkamah Tinggi Kuantan pada 30 Januari 2015 (Jumaat) jam 08.00 pagi.  

YB Sivarasah Rasiah - Peguam
Kepada warga felda khususnya dijemput untuk sama-sama memberikan sokongan moral kepada peguam Sivarasah dan Ketua Cabang Jerantut, Sdr Razali Ithnin yang kes beliau dituduh memberikan ucapan fitnah berkaitan isu-isu Peneroka akan diputuskan pada tarikh tersebut.

Sdr Razali Ithnin - KC Jerantut

Kedua-dua pemimpin ini telah berani menyuarakan suara para peneroka yang semakin terhimpit dan kini mereka terpaksa menghadapi risiko terhadap apa yang telah mereka dedahkan.  Sekiranya kedua-dua pemimpin ini berani mengambil risiko sedemikian rupa hingga ke peringkat menghadapi pendakwaan di mahkamah, adakah kita sebagai para peneroka tidak mampu bangkit sekadar memberikan sokongan moral?

Sehubungan itu, datanglah beramai-ramai pada tarikh tersebut kerana tiada siapa lagi yang boleh kita harapkan untuk menyuarakan permasalahan warga felda melainkan pimpinan dari PR.  Mohon hebahkan kepada rakan-rakan anda semua.

Thursday, January 22, 2015

ANWAR KONSISTEN LAWAN RASUAH BUKAN BERPIHAK KEPADA NAJIB

Tindakan Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mengeluarkan kenyataan tegas bersedia untuk bekerjasama dengan SPRM bagi menyiasat bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin baru-baru ini menimbulkan banyak spekulasi.  Terdapat pro dan kontranya terhadap kenyataan tokoh reformasi itu.

Bagi mereka yang mengenali Anwar Ibrahim tentunya menyokong tindakan beliau tersebut.  Kita sepatutnya merasa bangga di atas kenyataan tegas beliau itu kerana isu rasuah atau penyelewengan tidak harus disembunyikan atau dibiarkan meskipun kadangkala menguntungkan sesetengah lawan politik kita.  Mungkin ada yang merasakan tindakan Anwar itu seolah-olah Anwar kini bersama Najib yang ingin menjatuhkan kumpulan Mahathir yang nampaknya semakin kuat berusaha untuk menjatuhkan Najib.  Apakah benar tindakan Anwar itu menguntungkan Najib atau lebih memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat?

Seharusnya Pakatan Rakyat mendapat keuntungan dari isu ini bagi menunjukkan bahawa sememangnya Umno sejak dahulu telah mengamalkan amalan songsang ini.  Daim adalah bekas pemimpin Umno, begitu juga Mahathir.  Najib juga pemimpin Umno.  Ertinya, Anwar bertindak seperti ini untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa Umno sepatutnya lebih awal ditolak oleh rakyat.  Isu berkenaan Anwar seolah-olah bersama Najib untuk menyerang Tim Mahathir ternyata tidak masuk akal apatah lagi untuk menuduh Anwar mahu simpati Najib di dalam keputusan kes fitnah Liwat II beliau yang bila-bila masa sahaja akan diputuskan.

Dalilnya, bukankah Anwar baru-baru ini juga menyerang Najib di dalam isu 1 MDM bahkan sehingga sekarang Anwar dan KEADILAN terus menyuarakan isu ini.  Isu 1 MDB bukan masalah Daim mahu pun Mahathir, tetapi ini masalah kepimpinan Umno di bawah Najib.  Adakah wajar kita mendakwa waktu ini Anwar berpihak kepada Tim Mahathir?

Sehubungan itu, kita seharusnya melihat kepada isu sebenar.  Isu di hadapan kita sekarang adalah isu rasuah dan penyelewengan yang berterusan diamalkan oleh Umno.  Rakyat harus menilai adakah  wajar Umno terus dipertahankan lagi? 


Sunday, January 18, 2015

SATU LAGI MONOPOLI UNTUK PERMOHONAN VISA DENGAN RUJUKAN (VDR) KEADILAN BIMBANG KESELAMATAN NEGARA TERANCAM

Kami ingin menarik perhatian orang awam bahawa mulai 15 Jan 2015, semua pemeriksaan kesihatan pekerja-pekerja asing di negara sumber dan permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR) perlu dilakukan sepenuhnya secara atas talian melalui sistem Foreign Workers Centralized Management System (FWCMS).

FWCMS (http://www.fwcms.com.my/) yang diusahakan oleh Bestinet Sdn. Bhd. merupakan satu sistem atas talian yang amat komprehensif. Antara fungsinya melibatkan permohonan kuota pekerja asing, permohonan dan kelulusan Visa dengan Rujukan (VDR), Elektronik Pas Lawatan Kerja Sementara (ePLKS), Elektronik Check-Out Memo (eCOM), Elektronik penguatkuasaan (eEnforcement), Elektronik Duta (eEmbassy), insurans pekerja-pekerja asing dan lain-lain.

Seperti isu MyEG dalam pembaharuan PLKS, ini merupakan satu lagi sistem yang cuba memonopoli urusan pekerja-pekerja asing dalam bidang yang lebih luas. Majikan juga tidak boleh lagi berurusan di kaunter dan semua pemeriksaan kesihatan di negara sumber dan permohonan VDR mesti dilakukan sepenuhnya atas talian melalui sistem tersebut.

Pastinya sistem komprehensif ini melibatkan kos pembangunan yang besar. Syarikat swasta tidak mungkin membekalkan perkhidmatan tersebut secara percuma.

Kami juga meluahkan kebimbangan bahawa maklumat-maklumat yang dirangkumi dalam sistem tersebut merupakan maklumat berkaitan dengan pengawalan sempadan (border control) dan imigresen. Ini merupakan maklumat sensitif yang bakal mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.

Maka kami menuntut penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi:

1. Mengapakah menganugerahkan projek tersebut kepada BestiNet Sdn. Bhd?
2. Apakah nilai kontrak tersebut serta apakah cara bayaran kerajaan/majikan perlu membayar kepada BestiNet?
3. Adakah kontrak tersebut dianugerahkan melalui tender terbuka?
4. Mengapakah tugasan penting ini boleh disumberluarkan kepada sebuah syarikat swasta?


YB Dato’ Johari Abdul
Ahli Parlimen Sungai Petani


YB Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat

Friday, January 16, 2015

MESYUARAT MPN SIRI 1/15 - AMANAT DATO' FAUZI ABDUL RAHMAN

Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang telah mengadakan Mesyuarat MPN Siri 01/15 pada 15 Januari 2015 jam 03.00 Petang.  Pembuka tirai tahun baru, Cabang Bentong telah dipertanggungjawabkan selaku Tuan Rumah bagi mesyuarat yang telah dihadiri oleh semua Ketua cabang dan Ahli MPN bertempat di Janda Baik, Bentong.

Pengerusi MPN - YB Dato' Fauzi Abdul Rahman

Mesyuarat telah diPengerusikan oleh Pengerusi MPN yang juga MP Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman.  Turut hadir adalah Timbalan Pengerusi, Sdr Ahmad Nizam Hamid, MP Kuantan yang juga Ketua Cabang Kuantan, YB Fuziah Salleh.   Di dalam mesyuarat tersebut, MPN telah dimaklumkan tentang perlantikan Ahli MPN yang baru bagi sesi 2015/17.  Senarai perlantikan yang telah dipersetujui bersama akan diserahkan kepada Pusat sebelum disahkan dan kami akan siarkan setelah dimuktamadkan.



Di dalam mesyuarat semalam, Pengerusi mengucapkan penghargaan dan ribuan terima kasih di atas kunjungan Ketua umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Presiden, Datin Seri Wan Azizah yang turut turun ke bawah menemui mangsa-mangsa banjir di negeri ini. Penghargaan dan ribuan terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri P.Pinang yang telah banyak membantu negeri ini di dalam misi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir baru-baru ini.  Komitmen Ketua Umum, Presiden, MB Selangor dan TKM P.Pinang yang turun ke akar umbi menyelami nasib mangsa-mangsa banjir sedikit sebanyak memberikan semangat dan ketabahan buat mereka menghadapi ujian ini.



Jawatankuasa Bantuan Banjir yang diwujudkan di peringkat MPN di bawah Sdr Jefri Jaafar dan seluruh AJKnya juga telah berjaya menjalankan tugas dengan baik.  Komitmen semua Cabang dengan menyediakan petugas-petugas dan sukarelawan juga amat baik sekali dan diharapkan dapat dipertingkatkan lagi.  Tidak dilupakan juga penghargaan dari MPN buat NGO-NGO dan beberapa badan tertentu, individu-individu dan semua pihak termasuk Jabatan Kerajaan yang telah menyumbangkan khidmat bakti dan bantuan di dalam berbagai bentuk termasuk tenaga bagi meringankan sedikit bebanan mangsa-mangsa banjir.  Semoga kita belajar dari pengalaman ini untuk terus meningkatkan lagi prestasi kita demi kebaikan rakyat.



Di dalam mesyuarat tersebut, Pengerusi MPN telah menekankan beberapa perkara penting untuk direalisasikan, di antaranya adalah;

1.  Kekalkan semangat perpaduan yang ada di kalangan pimpinan kerana sekiranya pimpinan sendiri tidak berupaya untuk bersatu-padu, bagaimana kita mahu menyatukan ahli-ahli terutamanya rakyat untuk menyokong perjuangan kita.

2.   Hormati perbezaan pendapat sebagai memantapkan lagi parti, meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan sendiri.

3.   Eratkan kerjasama di antara pemimpin dengan ahli-ahli dan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat.

4.   Perbanyakkan program yang mendekati rakyat khususnya di akar-akar umbi. 

Dan, banyak lagi perkara yang digariskan oleh Pengerusi untuk dijadikan panduan agar hala tuju perjuangan parti tidak lari dari perjuangan asal dan dapat diterima baik oleh masyarakat.

Kehadiran semua Ketua-Ketua cabang di dalam mesyuarat kali ini yang menunjukkan semangat yang tinggi dengan berbagai idea yang dilontarkan menunjukkan KEADILAN Pahang sudah bersedia untuk menggempur Pahang di dalam PRU 14 akan datang, InsyaAllah.

MPN mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ketua Cabang Bentong, Puan Dasimah serta seluruh jentera dan petugas yang telah berjaya mengendalikan persiapan tempat bagi mengadakan mesyuarat kali ini dengan licin dan teratur.  Terima kasih tidak terhingga kepada individu dan pihak yang sudi membenarkan penempatan mereka untuk dijadikan tempat mesyuarat kali ini.

InsyaAllah, mesyuarat akan datang akan diadakan di Zon Timur pula.

Tuesday, January 13, 2015

SEKITAR KUNJUNGAN MB SELANGOR KE BERA DAN K.KRAU

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan sewaktu sesi lawatan dan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan Parlimen Bera (Dun Guai) dan Parlimen K.Krau (Dun Jenderak) oleh YAB Azmin Ali, MB Selangor serta rombongan pada 11 Januari 2015 baru-baru ini.

Kunjungan MB Selangor yang juga Timbalan Presiden KEADILAN telah disambut oleh Ketua Cabang Bera, Sdr Zakaria Abdul Hamid dan Ketua Cabang K.Krau, Sdr Azmi Zainon beserta pimpinan negeri dan Cabang.  Di antara program yang dijalankan adalah bergotong royong membersihkan rumah dan kawasan mangsa-mangsa banjir, membina rumah ibu-ibu tunggal, beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir serta sarapan dan makan tengahari bersama.

Kehadiran MB Selangor bermula seawal jam 09.15 pagi di Bera dan kemudiannya lebih kurang jam 12.30 bergerak pula ke K.Krau di dalam program yang sama.  Turut berada menyambut ketibaan MB Selangor di K.Krau adalah Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman. 

KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh jentera Cabang Bera dan K.Krau yang telah berusaha menjayakan siri lawatan MB Selangor pada hari tersebut.  Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Polis yang telah memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang program berjalan.

YAB Azmin Ali di Bera.  Turut bersama KC Bera Sdr Zakaria Abdul Hamid
Membantu membaiki rumah mangsa banjir di Bera

Di K.Krau.  Turut bersama Pengerusi MPN, YB Dato Fauzi Abdul Rahman
Di K.Krau, YAB Azmin Ali menikmati makan tengahari bersama Pengerusi MPN dan KC K.Krau, Sdr Azmi

Sunday, January 11, 2015

MB SELANGOR MENEMUI MANGSA-MANGSA BANJIR DI BERA DAN K.KRAU HARI INI

Hari ini, Ahad (11/1/2015) sekali lagi MB Selangor yang juga Timbalan Presiden KEADILAN, YAB Azmin Ali akan berkunjung ke Pahang.  Sebelum ini, beliau telah pun turun ke Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar di dalam misi Kerajaan Negeri Selangor melawat mangsa-mangsa banjir di sekitar kawasan Parlimen tersebut di samping menyerahkan bantuan kewangan untuk mangsa-mangsa banjir sejumlah RM 100 Ribu kepada Kerajaan Negeri Pahang.

Pagi nanti, lebih kurang jam 09.15 pagi, rombongan MB Selangor akan tiba di Kg Durian Tawar di dalam Dun Guai, Parlimen Bera.  YAB Azmin Ali akan bersarapan pagi bersama mangsa-mangsa banjir serta petugas-petugas/Sukarelawan Banjir di kampung tersebut.  Selepas itu beliau dan para petugas akan bergotong- royong membaiki rumah warga emas dan membersihkan rumah mangsa-mangsa banjir di kampung berkenaan.

Pada jam 12.30 tengahari pula, rombongan MB Selangor akan ke Dun Jenderak, Parlimen K.Krau bertempat di Taman Seri Desa, K.Krau.  Beliau bersama para sukarelawan akan bergotong royong membersihkan rumah-rumah mangsa banjir di taman perumahan berkenaan.  

Selepas Solat Zohor dan makan tengahari, rombongan MB Selangor akan bergerak balik ke Selangor.

Sehubungan itu, semua AJK Cabang dan ahli-ahli KEADILAN di kedua-dua Cabang Bera dan K.Krau diminta dapat menghadirkan diri pada sesi lawatan MB Selangor hari ini.  Bagi mereka yang berada di sekitar Bera dan K.Krau juga digalakkan hadir bagi meraikan kunjungan MB Selangor.

Sebarang maklumat berkaitan, sila berhubung dengan KC Bera, Sdr Zakaria (019-2340997) dan Pn Dasimah (019-9619650).  Bagi kawasan K.Krau, sila berhubung dengan KC K.Krau, Sdr Azmi (013-9778498).


Wednesday, January 7, 2015

ANWAR IBRAHIM TURUN MENEMUI MANGSA BANJIR DI PAHANG PULA

Pahang adalah salah sebuah negeri yang teruk dilanda banjir baru-baru ini selain dari Kelantan.  Daerah yang paling teruk dilanda banjir di Negeri Pahang adalah Pekan, Temerloh, K.Krau, Bera termasuk juga Kuantan, Indera Mahkota, Rompin dan Paya Besar.  Namun demikian, bagi kawasan Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar tidaklah mengalami banjir yang seteruk tahun lalu.

MB Selangor, YAB Azmin Ali telah berkunjung ke negeri ini bagi menyalurkan bantuan Kerajaan Negeri Selangor berjumlah RM100, 000 selepas beliau mengadakan lawatan ke negeri Kelantan dan Terengganu bagi tujuan yang sama kecuali Kelantan yang mendapat bantuan sebanyak RM 1 Juta memandang keadaan banjir di negeri tersebut agak kritikal.

Kunjungan MB Selangor telah disambut oleh Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang yang juga MP Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman serta kesemua Wakil Rakyat KEADILAN dan pimpinan Negeri Pahang.


Semalam , Selasa (06/1/15) Ketua Umum Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Presiden KEADILAN, Datin Seri Wan Azizah pula berkunjung ke Negeri Pahang.  Turut serta Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Daroyah Alwi beserta Pengerusi Jingga 13, Sdr Fariz Musa.  Jika YAB Azmin Ali bertemu mangsa-mangsa banjir sekitar Pahang Timur, Dato' Seri Anwar Ibrahim pula berkunjung ke kawasan Pahang Tengah dan Barat terutamanya di kawasan paling teruk dilanda banjir.  



Di antara kawasan yang sempat dikunjungi oleh Ketua Umum dan Presiden adalah di Kawasan Temerloh (Paya Pulai) dan di Daerah Bera (Kg Mengkarak).  Di Kawasan Pahang Tengah, Temerloh kehadiran Ketua Umum disambut oleh Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang, Sdr Ahmad Nizam Hamid dan Ketua Cabang Temerloh, Sdr Jamil Yaakob dan pimpinan tempatan.  



Dato' Seri Anwar bertemu dengan mangsa-mangsa banjir, mendapatkan taklimat ringkas dari pimpinan setempat.  Beliau juga sempat melawat di beberapa kawasan sekitar Temerloh untuk melhat sendiri situasi yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir. 

Ketua Umum dan Presiden serta rombongan seterusnya mengadakan lawatan ke Daerah Bera (Kg Mengkarak).  Kunjungan beliau disambut oleh Ketua Cabang Bera yang juga Ahli MPP, Sdr Zakaria Abdul Hamid.  Seperti juga di Temerloh, Ketua Umum dan Presiden melawat di beberapa kawasan yang dilanda banjir dan mendapatkan taklimat ringkas dari pimpinan tempatan.



MPN KEADILAN Pahang mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan Ketua Umum, Presiden dan Timbalan Presiden ke negeri ini.  Keprihatinan mereka terhadap nasib rakyat negeri ini yang dilanda musibah banjir kali ini akan dapat menyuntik semangat KEADILAN negeri ini khususnya untuk terus berjuang membela nasib rakyat.  Di samping itu, kunjungan pimpinan utama Parti KEADILAN ke kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir tahun ini sedikit sebanyak dapat mengembalikan semangat mangsa-mangsa banjir.


Saturday, January 3, 2015

KEADILAN PAHANG UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR DAN SEMUA PIHAK YANG MEMBANTU MANGSA-MANGSA BANJIR

KEADILAN Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah YAB Azmin Ali, MB Selangor yang begitu prihatin dengan situasi banjir yang berlaku di negeri ini khasnya.  Kerajaan Negeri Selangor telah menyumbangkan RM 100 Ribu buat negeri Pahang dan semua negeri lain yang terlibat di dalam musibah banjir sekarang ini, kecuali Kelantan yang telah mendapat RM 1 Juta memandangkan negeri tersebut agak kritikal berbanding negeri lain/

Kunjungan MB Selangor ke negeri ini telah disambut oleh Pengerusi MPN yang juga MP Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman dan semua Ahli MPN dan MP/Adun KEADILAN dari negeri ini.  Di samping sumbangan tersebut, Kerajaan Negeri Selangor juga turut membawa sukarelawan dari PANTAS untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini dengan membawa beberapa keperluan makanan dan barangan yang diagihkan ke semua daerah di negeri ini.

Menyampaikan sumbangan kepada Kerajaan Negeri Pahang di Pejabat SUK


Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak termasuk NGO dan individu yang turut membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini dan yang telah memberikan sumbangan di dalam apa jua bentuk melalui KEADILAN Pahang.

Keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor ini adalah sejajar dengan arahan dari Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim;

Seluruh jentera parti KEADILAN di seluruh negara diarah membantu dalam usaha pengagihan barangan keperluan serta kerja-kerja pembersihan di kawasan-kawasan yang terlibat dengan bencana banjir di lima buah negeri.

Seruan ini dibuat Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim yang menyifatkan bencana banjir besar kali ini merupakan antara yang paling buruk dalam sejarah Malaysia.

Sehingga kini lebih 220,000 orang terlibat dan Kelantan negeri yang paling teruk terjejas.

 
 
Anwar juga memuji sikap rakyat Malaysia yang tidak mengenal usia, jantina, kaum mahupun perbedaan politik dalam menghulur bantuan dalam bentuk dana, barangan keperluan, dan tenaga.

“Saya telah berhubung dengan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan meminta beliau memberikan bantuan sebanyak yang mampu.

Saya menggesa agar semua pihak bertindak sebagai satu pasukan, dan menyokong langkah Kerajaan Persekutuan dalam usaha menangani bencana ini, serta menggesa agar diluluskan peruntukan segera untuk makanan dan ubat-ubatan, terutama untuk kawasan-kawasan kritikal,”kata Anwar.

Dalam kenyataan yang sama, Anwar mengusulkan supaya Kerajaan Pusat menyediakan satu rancangan yang menyeluruh untuk memperbaiki atau membangunkan semula rumah-rumah yang telah musnah akibat banjir besar ini.

“Saya, Azizah dan seluruh keluarga KEADILAN terus memanjangkan doa kepada Allah SWT agar bencana ini akan reda, dan diringankan beban yang dialami semua yang terkesan,”kata Anwar