KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, January 3, 2014

MUFTI PERAK HARUS TARIK BALIK KENYATAAN "BUGHAH" - KEADILAN PAHANG

KEADILAN Pahang amat merasa kesal dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melabelkan rakyat yang turun ke Dataran Merdeka pada 31 Disember 2013 baru-baru ini untuk membantah kenaikan harga barang sebagai 'Bughah' (Penderhaka) sekaligus menghalalkan darah mereka.
 

Kenyataan beliau yang disiarkan melalui akhbar Berita Harian kelmarin amat mengejutkan, memalukan serta menjatuhkan imej beliau sebagai seorang Mufti.  Beliau dipetik berkata, "Sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)”. “Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah,” 
 
 
Sewajarnya sebagai seorang yang berilmu dan berkapasiti penting untuk mengeluarkan 'fatwa', beliau seharusnya menyiasat atau menyelidik dahulu apakah tujuan sebenar himpunan itu diadakan.  Amat malang sekali sebagai seorang Mufti beliau mudah tergoda dan tertipu dengan mainan media dan propaganda pemerintah yang sejak awal lagi sememangnya tidak mahu rakyat bangkit menentang kezaliman mereka.  Apakah sebagai seorang Mufti beliau tergamak bersekongkol dengan kezaliman?  

Paling menyedihkan, beliau telah menggunakan kedudukannya untuk mengeluarkan 'fatwa' sesuka hati tanpa nas dan dalil yang tepat untuk merujuk kepada himpunan tersebut.  Mengejutkan juga, beliau langsung tidak menyentuh program maksiat yang diadakan di tempat yang sama pada tarikh dan waktu yang sama.  Apakah beliau tidak tahu dengan himpunan aman tersebut menyebabkan program maksiat yang sedang berlangsung yang tengah melalaikan anak-anak muda berugama Islam waktu itu terpaksa dihentikan awal?

Sehubungan itu, KEADILAN Pahang meminta agar Tan Sri Harussani Zakaria menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada semua rakyat yang berhimpun secara aman pada malam tersebut sekiranya beliau benar-benar bukan penyokong Umno yang tegar.
 
 

No comments:

Post a Comment