KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, January 9, 2014

ISU BUGHAH - SOKONG MUFTI P.PINANG TAPI TOLAK PENDAPAT MUFTI PERAK

Isu "Bughah" adalah isu agama yang sepatutnya difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.  Tidak releven langsung hanya seorang Mufti boleh memberikan hukum yang serius walau atas kefahamannya atau ijtihad sendiri.  Negara ini tidak boleh mengikut fatwa atau ijtihad seorang Mufti kerana kita mempunyai Ketua Agama iaitu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong serta Sultan di setiap negeri.

Mufti Perak - Tan Sri Harussani, sekadar pendapat sendiri
Tugas Majlis Fatwa di setiap negeri atau Kebangsaan hendaklah bersidang menetapkan sesuatu hukum sebelum dipersembahkan kepada Ketua Agama iaitu Sultan kemudian barulah dikuatkuasakan fatwa berkenaan.  Apakah rakyat di negara ini perlu dipaksa menerima Ijtihad oleh seorang Mufti apatah lagi terlalu banyak perkara yang boleh dibahaskan sebelum menerima Ijtihadnya berkaitan Himpunan Turun di Dataran Merdeka pada 31 Disember tahun lalu.

Mufti P.Pinang - Datuk Seri Hassan Ahmad, gesa Muzakarah
Apakah benar rakyat yang berhimpun secara aman membantah kenaikan harga barang itu boleh dianggap "Bughah"?  Justeru itu, pendapat Mufti P.Pinang Yang Berbahagia Datuk Seri Hassan Ahmad agar JAKIM mengadakan Muzakarah Fatwa Kebangsaan untuk meneliti isu ini.  Muzakarah ini perlu melibatkan semua pihak dari kerajaan iaitu pihak keselamatan, pimpinan parti politik dan NGO-NGO yang terlibat di dalam himpunan tersebut untuk diteliti keterangan mereka.  Pihak keselamatan perlu bentangkan laporan hasil siasatan atau risikan mereka yang tepat untuk membuktikan himpunan tersebut benar-benar satu himpunan untuk menggulingkan kerajaan atau tidak.  Pimpinan politik pula perlu berikan keterangan penglibatan parti mereka di dalam himpunan tersebut begitu juga dengan NGO's.

Hasil daripada Muzakarah tersebut, Majlis Fatwa Kebangsaan boleh lah memberikan hukum atau fatwa berpandukan nas atau dalil yang sahih.  Jika ini boleh dilakukan barulah rakyat boleh menghormati kedudukan para-para Mufti di negara ini.  Sehubungan itu, kami dari KEADILAN Pahang menolak kenyataan "Bughah" dari Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini kerana bagi kami Ijtihad atau pendapat beliau tidak terpakai samasekali. 

No comments:

Post a Comment