KEADILAN Paya Besar melangkah setapak lagi ke hadapan apabila menubuhkan Ranting di kawasan pekan Sg Lembing, Kuantan. Penubuhan Ranting dan bilik Gerakan itu diresmikan oleh Naib Presiden KEADILAN Pusat, YB Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu pada 26 Januari 2014. Turut bersama adalah Pengerusi KEADILAN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota.
|
YB Tian Chua dan YB Dato' Fauzi tandatangani Papan Tanda Perasmian Ranting |
|
Pejabat/Bilik Gerakan Ranting KEADILAN Sg Lembing |
Turut hadir juga Adun Semambu, YB Lee Chean Chung dan juga Adun Teruntum, YB Sim Choon Siang. Setiausaha KEADILAN Negeri, Sdr Kamarzaman juga turut hadir bersama AJK-AJK Cabang Paya Besar.
Buat waktu ini, KEADILAN Cabang Paya Besar masih belum mempunyai Ketua Cabang setelah Ketua Cabangnya sebelum ini keluar parti akibat tidak bersetuju di dalam pemilihan calon sebelum PRU 13 yang lalu. Namun, aktiviti Cabang terus dijalankan oleh AJK Cabang yang lain di samping mendapat kerjasama baik dari pihak Negeri.
|
YB Dato' Fauzi sedang berucap |
|
Pak Cik yang pakai topi Bn juga turut hadir... |
|
Kiri, Sdr Jefri (bekas Calon Dun Lepar), YB Tian Chua, Pn Norbaini (PA Adun Teruntum) dan Sdr Kamarzaman (SU KEADILAN Pahang) |
Selepas MATC yang akan diadakan tidak berapa lama lagi, kita yakin KEADILAN Cabang Paya Besar akan lebih aktif dan bersemangat di bawah kepimpinan yang baru.
No comments:
Post a Comment