KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, January 30, 2014

Anwar ke Kajang beri penerangan lepas Tahun Baru Cina

ANWAR_PC 

PETALING JAYA 29 JAN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke DUN Kajang selepas sambutan Tahun Baru CIna untuk memberi penerangan kepada pengundi berhubung rasional diadakan pilihan raya kecil di kawasan itu.

“Saya tahu perlu ada penjelasan lebih lanjut. Saya akan lakukan dalam masa terdekat. Orang (pengundi) tuntut penjelasan.

“Kita tahu mengapa, kerana ada sedikit keresahan. Saya akan ke Kajang. Akan ada (program) penerangan. Selepas sambutan Tahun Baru Cina,” kata Anwar kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Anwar berkata beliau akan menemui pimpinan DAP dan Pas dalam masa terdekat bagi menjelaskan lebih lanjut tentang langkah mengosongkan kerusi di Kajang.

“Kita kena turun dan terangkan. Ia perkara biasa dalam proses demokratik. Ini (PRK) bukannya kali pertama. Media arus perdana (ulas) seolah ia tak pernah berlaku sebelum ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, kata Anwar, pandangan semua pihak diraikan meskipun wujud persoalan mengapa beliau menyertai PRK ketika suasana politik dalam keadaan ‘tenang’.

“Ada yang secara objektif memberi pandangan. Saya tawarkan diri untuk beri penerangan. Bukan sahaja kepada penduduk Kajang, bahkan Selangor dan rakyat Malaysia,” katanya./KD

Monday, January 27, 2014

CABANG PAYA BESAR MENAMBAH RANTING DI SG LEMBING

KEADILAN Paya Besar melangkah setapak lagi ke hadapan apabila menubuhkan Ranting di kawasan pekan Sg Lembing, Kuantan.  Penubuhan Ranting dan bilik Gerakan itu diresmikan oleh Naib Presiden KEADILAN Pusat, YB Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu pada 26 Januari 2014.  Turut bersama adalah Pengerusi KEADILAN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota.

YB Tian Chua dan YB Dato' Fauzi tandatangani Papan Tanda Perasmian Ranting
Pejabat/Bilik Gerakan Ranting KEADILAN Sg Lembing

Turut hadir juga Adun Semambu, YB Lee Chean Chung dan juga Adun Teruntum, YB Sim Choon Siang.  Setiausaha KEADILAN Negeri, Sdr Kamarzaman juga turut hadir bersama AJK-AJK Cabang Paya Besar.

Buat waktu ini, KEADILAN Cabang Paya Besar masih belum mempunyai Ketua Cabang setelah Ketua Cabangnya sebelum ini keluar parti akibat tidak bersetuju di dalam pemilihan calon sebelum PRU 13 yang lalu.  Namun, aktiviti Cabang terus dijalankan oleh AJK Cabang yang lain di samping mendapat kerjasama baik dari pihak Negeri.  

YB Dato' Fauzi sedang berucap
Pak Cik yang pakai topi Bn juga turut hadir...
Kiri, Sdr Jefri (bekas Calon Dun Lepar), YB Tian Chua, Pn Norbaini (PA Adun Teruntum) dan Sdr Kamarzaman (SU KEADILAN Pahang)

Selepas MATC yang akan diadakan tidak berapa lama lagi, kita yakin KEADILAN Cabang Paya Besar akan lebih aktif dan bersemangat di bawah kepimpinan yang baru.   


Sunday, January 26, 2014

PERSEMBAHAN TEATER BUKAN TEATER "BILIK SULIT" MALAM TADI BERJAYA






Malam tadi (Sabtu - 25 Jan 2014), julung kalinya bertempat di Pusat Khidmat Adun Semambu, YB Lee Chean Chung telah diadakan Teater Bukan Teater "Bilik Sulit" anjuran NGO bersama Pusat Khidmat Adun Semambu, Indera Mahkota, Kuantan.


Teater yang diarahkan oleh aktivis terkenal Sdr Hishamuddin Rais @ Tukar Tiub bermula jam 09.00 malam di dalam ruang yang agak terhad di Pusat Khidmat Adun Semambu.  Selain dari Teater, turut juga tampil membacakan puisi adalah Sdr Zukri Aksah, seorang Penulis dan juga aktivis.  Setiap penonton yang menyaksikan Teater ini memberikan sumbangan RM12.00 dengan membeli tiket/kopun yang disediakan oleh pihak Penganjur.



Teater yang mengisahkan kehidupan seorang tahanan di bawah Akta ISA ini mendapat sambutan yang menggalakkan walaupun promosi Teater ini dijalankan agak sederhana memandangkan lokasi dan ruang yang amat terhad.  Apa pun kejayaan Teater ini pastinya akan menjadi permulaan menghidupkan seni Teater yang mengisahkan kehidupan rakyat tertindas di masa-masa akan datang.  


Saturday, January 25, 2014

KENYATAAN MEDIA OLEH YB LEE CHEAN CHUNG ATAS FITNAH BLOGGER PRO UMNO

 
Berlanjutan daripada berita fitnah yang disebarkan oleh beberapa blog pro Umno kononnya terdapat pergaduhan di antara Wakil Rakyat dari KEADILAN di sebuah restoren di bandar Kuantan yang melibatkan Adun Semambu, YB Lee Chean Chung dan Pengerusi KEADILAN Negeri Terengganu, YB Azan Ismail seperti yang dipetik oleh Pahang Daily di SINI, maka YB Lee Chean Chung tampil membuat kenyataan media seperti berikut:

KENYATAAN MEDIA

Saya difahamkan bahawa terdapat berita yang disiarkan oleh blogger-blogger pro UMNO di internet bahawa saya telah bergaduh dengan ADUN Bandar Terengganu YB Azan di Restoran Maya, Beserah pada pagi semalam.

Saya menegaskan bahawa berita tersebut merupakan satu penipuan dan cerita rekaan yang berniat jahat. Pada masa kejadian yang disebarkan oleh blogger berkenaan, saya sedang berada di rumah dan tidak berada di mana-mana Restoran di sekitar Beserah.

Saya akan membincangkan perkara ini dengan peguam saya dan saya akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan seterusnya terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Lee Chean Chung
Ahli Dewan Negeri
Kawasan N13 Semambu

UCAPAN TAKZIAH DARI KEADILAN PAHANG DI ATAS PEMERGIAN ALLAHYARHAM USTAZ HARUN TAIB KE RAHMATULLAH

Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota, serta seluruh Ahli MPN dan KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan Takziah di atas pemergian Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Haji Harun Taib ke Rahmatullah pada jam 12.05 malam tadi.

Allahyarham Ustaz Haji Harun Taib
Mengikut berita yang diterima dari Web Harakahdaily, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.  Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh Almarhum dan di tempatkan di dalam golongan orang yang Soleh dan pejuang-pejuang agama Allah.  Mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan dan kesabaran kepada keluarga Almarhum di dalam menghadapi ujian dan ketentuan dariNya.

AL-FATIHAH.

Wednesday, January 22, 2014

YB DATO' FAUZI DAN USTAZ SUHAIMI MD SAAD MALAM INI DI KERATONG 8

YB Dato' Fauzi Abdul Rahman
Ybhg Us Suhaimi Md Saad
Kepada anda yang berada di kawasan Rompin dan berhampiran kawasan Keratong 8, Rompin dijemput untuk menghadiri Program Ceramah Umum anjuran PAS Kawasan Rompin malam ini, Rabu (22/1/2014) mulai jam 09.00 malam bertempat di Markas PAS, Keratong 8.

Di antara penceramah malam ini adalah YB Dato' Fauzi Abdul Rahman iaitu MP Indera Mahkota yang juga Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang.  Turut bersama adalah Ustaz Suhaimi Md Saad, Ketua Penerangan PAS Pahang dan beberapa pimpinan tempatan.

Mohon hebahkan.

Monday, January 20, 2014

Anwar dilarang masuk ke negara Jepun - Wisma Putra Perlu Jelaskan


 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang daripada memasuki Jepun hari ini, ekoran sesuatu yang berlaku tahun lalu, walaupun sudah memasuki negara itu tanpa halangan sebelum itu – pada 2006, 2009 dan 2012.

Ketua umum PKR itu berkata, pegawai imigresen di Lapangan Terbang Narita memintanya mengambil penerbangan pertama untuk kembali sejurus sahaja tiba atau akan dihantar pulang.

“Ekoran saya terus menuntut penjelasan, mereka akhirnya memberitahu terpaksa mengambil langkah itu 'kerana laporan terkini' kemungkinan pada 2013,” katanya. Beliau kemudian mengambil pesawat keluar pada jam 10.45 pagi waktu Tokyo.

Anwar berlepas ke negara matahari terbit itu untuk membentangkan kertas kerja untuk Yayasan Nippon.

Dalam kenyataannya malam ini, Anwar berkata, pejabatnya sudah menyemak dengan kedutaan Jepun berhubung keperluan penerbangannya minggu lalu dan tidak dimaklumkan sebarang halangan.

Justeru, beliau mendesak Wisma Putra menjelaskan perkara itu, terutamanya berhubung “laporan terkini” yang menyebabkan beliau dilarang/MK

Friday, January 17, 2014

Kenaikan Inflasi Hasil Polisi Kerajaan Yang Merugikan Rakyat - Anwar Ibrahim


 
 
Rakyat Malaysia terus dibebankan oleh kenaikan kos barangan dan sara hidup akibat pengurangan subsidi oleh pihak kerajaan.

Pendekatan yang diambil pihak kerajaan bagi meringankan bebanan kewangannya tidak menjurus kepada pengurangan keborosan perbelanjaan mereka ataupun merawat ketirisan perbelanjaan yang jelasnya semakin membarah setiap tahun.
Sebaliknya, kerajaan lebih gemar menggunapakai langkah-langkah yang menekan rakyat melalui kenaikan harga barang keperluan asas serta penambahan cukai kepada rakyat terbanyak (seperti GST).

Kenaikan kos barangan dan sara hidup boleh dinilai secara kuantitatif melalui kadar inflasi yang diukur melalui Indeks Harga Pengguna, CPI (Consumer Price Index).

 
 
Data rasmi Bank Negara menyatakan bahawa kadar inflasi negara berada pada tahap 1.2% pada bulan Disember 2012, seterusnya meningkat hampir setiap bulan sepanjang tahun 2013 kepada 1.3% pada Januari, 1.5% pada Februari, 1.6% pada Mac, 1.7% pada April, 1.8% pada Mei dan Jun dan 2.0% pada Julai 2013.

Menurut Monetary Policy Statement oleh Bank Negara, bertarikh 7 November 2013, CPI rasmi terkini di Malaysia telah melonjak kepada 2.6% pada bulan September 2013 berbanding 1.9% pada bulan Ogos 2013, rentetan daripada pengurangan subsidi petrol sebanyak 20 sen/liter dan kenaikan harga barang makanan.

Berdasarkan anggaran terkini oleh Trading Economics, kadar inflasi untuk bulan Oktober 2013 terus meningkat kepada 2.8% dan November 2013 pada 2.9%. Ini menunjukkan bahawa kadar inflasi di Malaysia telah melonjak sebanyak 2.4 kali hanya dalam masa setahun (1.2% Disember 2012 kepada 2.9% November 2013)!

 
 
Rakyat harus sedar bahawa bebanan ini dijangka akan terus bertambah apabila kerajaan melasanakan program pengurangan subsidi serta GST pada masa hadapan.

Kenaikan kadar inflasi yang berterusan bakal merugikan negara, terutama sekali apabila kadar inflasi naik lebih tinggi daripada kadar pertambahan pendapatan rakyat. Kerugian ini bakal menjadi kenyataan apabila rakyat terpaksa merubah gaya hidup kepada alternatif yang lebih murah secara berkekalan. Ini akan mengakibatkan penguncupan pendapatan kepada para peniaga yang akhirnya mengakibatkan penguncupan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) negara.

Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

Wednesday, January 15, 2014

MP KUANTAN DI FITNAH AKIBAT INGIN MENUTUP KELEMAHAN KERAJAAN


 
 

Fitnah kononnya MP Kuantan ini menyalahgunakan dana bantuan banjir tidak lain tidak bukan untuk mengalih perhatian rakyat terhadap kegagalan Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Negeri menangani isu banjir baru-baru ini dengan cekap dan efisyen.
Mungkin juga mereka terkejut dan menggelabah apabila lebih 100 orang ahli Umno di Kuantan baru-baru ini telah menyertai PKR akibat merasa tidak puas hati terhadap pengurusan banjir oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.  Sehubungan itu, mereka mencipta fitnah ini untuk cuba memburukkan YB Fuziah Salleh sekaligus ingin mencemarkan imej PR.

Seperkara lagi yang menjadi topik bualan rakyat terutamanya mangsa-mangsa banjir sekitar Kuantan dan Indera Mahkota adalah " Mana wang bantuan banjir RM500 dari Kerajaan Pusat dan RM 250 dari Kerajaan Negeri yang diperuntukkan kepada mangsa-mangsa banjir?". 

YB Fuziah menjelaskan, "Adalah tidak wajar dan tidak adil kawasan lain yang terlibat dengan banjir seperti Kemaman telah menerima bantuan seperti yang telah dilaporkan, sedangkan kawasan Kuantan yang mangsa banjir melebihi 20 ribu orang belum lagi diambil perhatian sewajarnya."

Mengenai bantuan kemanusiaan dari Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed Al-Nahyan berjumlah USD10 juta, beliau sendiri telah menulis surat kepada Sheikh Khalifa Zayed Al-Nahyan untuk membetulkan maklumat di mana kawasan kuantan adalah kawasan di mana mengalami banjir yang teruk tambahnya.

Mengenai percutian di Guangzhou, China pula ianya telah dirancang lebih awal, percutian itu merupakan percutian keluarga menurutnya.

"Bukan sahaja anak-anak saya yang ikut bahkan adik beradik saya pun ikut, tetapi perkara ini telah disalah erti dan di manipulasi oleh orang tidak bertangjawab yang telah mengatakan saya telah mengunakan duit RM50,000 daripada Kerajaan Selangor untuk ke sana".

Jelas, berbagai fitnah telah dilemparkan kepada MP Kuantan ini semenjak awal lagi di Parlimen di mana MP dari BN, Bung Mukhtar telah memperlekehkan YB Fuziah sewaktu beliau membawa usul untuk menyenaraikan Kuantan dan Indera Mahkota sebagai kawasan Dharurat yang memerlukan bantuan segera kerana diwaktu itu banjir besar telah melanda kawasan-kawasan tersebut.  Tindakan memalukan dari Bung Mukhtar itu telah menghina mangsa-mangsa banjir keseluruhannya.

Monday, January 13, 2014

"TEATER BUKAN TEATER - BILIK SULIT" - 25HB JAN 2014 DI PUSAT KHIDMAT DUN SEMAMBU


Pusat Khidmat Dun Semambu dengan kerjasama Parlimen Indera Mahkota dan NGO akan mengadakan "Teater Bukan Teater - Bilik Sulit"  mengisahkan tentang tahanan ISA.  Teater ini akan diadakan pada 25 Januari 2013 (Sabtu) jam 08.00 Malam bertempat di Pusat Khidmat Adun Semambu, Jalan Hj Ahmad, Kuantan.
 
Teater yang bakal menampilkan Blogger/Aktivis Hishamuddin Rais @ Tukar Tiub ini pasti memberikan persembahan yang menarik.  Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pahang juga terlibat di dalam penganjuran Teater ini.
 
Orang ramai dijemput hadir dan dapatkan tiket sebagai sumbangan kepada perjuangan rakyat menentang kezaliman dengan menghubungi Sdr Arm (Penyelaras SAMM Pahang) No Tel 017-9140080 atau Sdr Wong No Tel - 010 9020925.

Mohon hebahkan.

Thursday, January 9, 2014

ISU BUGHAH - SOKONG MUFTI P.PINANG TAPI TOLAK PENDAPAT MUFTI PERAK

Isu "Bughah" adalah isu agama yang sepatutnya difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.  Tidak releven langsung hanya seorang Mufti boleh memberikan hukum yang serius walau atas kefahamannya atau ijtihad sendiri.  Negara ini tidak boleh mengikut fatwa atau ijtihad seorang Mufti kerana kita mempunyai Ketua Agama iaitu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong serta Sultan di setiap negeri.

Mufti Perak - Tan Sri Harussani, sekadar pendapat sendiri
Tugas Majlis Fatwa di setiap negeri atau Kebangsaan hendaklah bersidang menetapkan sesuatu hukum sebelum dipersembahkan kepada Ketua Agama iaitu Sultan kemudian barulah dikuatkuasakan fatwa berkenaan.  Apakah rakyat di negara ini perlu dipaksa menerima Ijtihad oleh seorang Mufti apatah lagi terlalu banyak perkara yang boleh dibahaskan sebelum menerima Ijtihadnya berkaitan Himpunan Turun di Dataran Merdeka pada 31 Disember tahun lalu.

Mufti P.Pinang - Datuk Seri Hassan Ahmad, gesa Muzakarah
Apakah benar rakyat yang berhimpun secara aman membantah kenaikan harga barang itu boleh dianggap "Bughah"?  Justeru itu, pendapat Mufti P.Pinang Yang Berbahagia Datuk Seri Hassan Ahmad agar JAKIM mengadakan Muzakarah Fatwa Kebangsaan untuk meneliti isu ini.  Muzakarah ini perlu melibatkan semua pihak dari kerajaan iaitu pihak keselamatan, pimpinan parti politik dan NGO-NGO yang terlibat di dalam himpunan tersebut untuk diteliti keterangan mereka.  Pihak keselamatan perlu bentangkan laporan hasil siasatan atau risikan mereka yang tepat untuk membuktikan himpunan tersebut benar-benar satu himpunan untuk menggulingkan kerajaan atau tidak.  Pimpinan politik pula perlu berikan keterangan penglibatan parti mereka di dalam himpunan tersebut begitu juga dengan NGO's.

Hasil daripada Muzakarah tersebut, Majlis Fatwa Kebangsaan boleh lah memberikan hukum atau fatwa berpandukan nas atau dalil yang sahih.  Jika ini boleh dilakukan barulah rakyat boleh menghormati kedudukan para-para Mufti di negara ini.  Sehubungan itu, kami dari KEADILAN Pahang menolak kenyataan "Bughah" dari Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini kerana bagi kami Ijtihad atau pendapat beliau tidak terpakai samasekali. 

Tuesday, January 7, 2014

Chandra tarik balik kenyataan berunsur fitnah terhadap Anwar

(Azuan Ab Rahman)

KUALA LUMPUR 7 JAN: Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), Dr Chandra Muzaffar hari ini menarik balik kenyataan berunsur fitnah yang dibuatnya terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Penarikan balik kenyataan tersebut dibuat Chandra di Kamar 3, Mahkamah Tinggi Sivil, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur pada pendengaran kes saman RM10 juta yang difailkan Anwar terhadap Chandra lebih 5 tahun lalu.

Tiada sebarang kos dan ganti rugi ditetapkan mahkamah.

“Pihak defendan dengan ini menarik balik keseluruhan perkataan-perkataan seperti yang dinyatakan di dalam perenggan 4(I)B dan 4(II)B di dalam pernyataan tuntutan terpinda,” ujar peguam Firuz Hassan, yang mewakili Chandra di hadapan Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohammad bagi memohon penyelesaian terhadap kes saman berkenaan.

Anwar Pada 6 Mac 2008 mendakwa Chandra telah membuat komen berunsur fitnah terhadapnya dalam satu forum bertajuk “Malaysia Decides 2008″ anjuran Star Publication Berhad di Menara Star,Petaling Jaya pada Mac 2008.

Kenyataan berunsur fitnah oleh Chandra itu kemudian disiarkan oleh akhbar The Star dengan tajuk “Disaster if Anwar is PM” (Malapetaka besar, jika Anwar jadi PM).

Pada penghakiman hari ini, Anwar hadir dengan diwakili Peguam N.Surendran dan Latefa Koya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58045

Friday, January 3, 2014

MUFTI PERAK HARUS TARIK BALIK KENYATAAN "BUGHAH" - KEADILAN PAHANG

KEADILAN Pahang amat merasa kesal dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melabelkan rakyat yang turun ke Dataran Merdeka pada 31 Disember 2013 baru-baru ini untuk membantah kenaikan harga barang sebagai 'Bughah' (Penderhaka) sekaligus menghalalkan darah mereka.
 

Kenyataan beliau yang disiarkan melalui akhbar Berita Harian kelmarin amat mengejutkan, memalukan serta menjatuhkan imej beliau sebagai seorang Mufti.  Beliau dipetik berkata, "Sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)”. “Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah,” 
 
 
Sewajarnya sebagai seorang yang berilmu dan berkapasiti penting untuk mengeluarkan 'fatwa', beliau seharusnya menyiasat atau menyelidik dahulu apakah tujuan sebenar himpunan itu diadakan.  Amat malang sekali sebagai seorang Mufti beliau mudah tergoda dan tertipu dengan mainan media dan propaganda pemerintah yang sejak awal lagi sememangnya tidak mahu rakyat bangkit menentang kezaliman mereka.  Apakah sebagai seorang Mufti beliau tergamak bersekongkol dengan kezaliman?  

Paling menyedihkan, beliau telah menggunakan kedudukannya untuk mengeluarkan 'fatwa' sesuka hati tanpa nas dan dalil yang tepat untuk merujuk kepada himpunan tersebut.  Mengejutkan juga, beliau langsung tidak menyentuh program maksiat yang diadakan di tempat yang sama pada tarikh dan waktu yang sama.  Apakah beliau tidak tahu dengan himpunan aman tersebut menyebabkan program maksiat yang sedang berlangsung yang tengah melalaikan anak-anak muda berugama Islam waktu itu terpaksa dihentikan awal?

Sehubungan itu, KEADILAN Pahang meminta agar Tan Sri Harussani Zakaria menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada semua rakyat yang berhimpun secara aman pada malam tersebut sekiranya beliau benar-benar bukan penyokong Umno yang tegar.
 
 

Thursday, January 2, 2014

HIMPUNAN YANG BERJAYA, BAKAL SEMARAKKAN SEMANGAT RAKYAT MENENTANG BN TAHUN 2014

Tahniah dan syabas diucapkan kepada rakyat Malaysia terdiri dari berbilang kaum dan agama yang telah menunjukkan keberanian dan kebijaksanaan mereka untuk turun beramai-ramai di Dataran Merdeka malam kelmarin (31 Disember 2013).  

Dua akhbar melaporkan tentang himpunan di Dataran Merdeka tetapi mempunyai laporan yang berbeza
Kehadiran mereka bukan untuk menyaksikan Konsert Tahun Baru yang memakan belanja RM15 Juta wang rakyat, tetapi mereka turun untuk membantah kenaikan harga barang dan Tol di bawah rejim Umno/Bn berkuasa selepas PRU 13 yang lalu.  Meskipun berbagai tohmahan dan propaganda jahat yang telah mereka lakukan untuk menghalang rakyat dari turun ke Dataran, namun kehendak dan kemarahan rakyat tidak dapat dibendung.  Lebih 10 Ribu orang hadir pada malam kelmarin dan ini menunjukkan fitnah mereka bahawa perhimpunan tersebut untuk menggulingkan kerajaan ternyata silap dan melucukan.


Kononnya dijumpai senjata, kemudiannya disajikan dengan berita karut tentang pemasangan bom dan berbagai ugutan lagi menambahkan lagi semangat rakyat untuk ke Dataran Merdeka.  Jelas, tahun 2014 adalah tahun yang mengecutkan perut pimpinan Umno/Bn kerana rakyat telah bersedia untuk datang kembali ke KL dengan himpunan yang lebih besar lagi.


Kami menyanjung semangat rakyat yang kini bertambah sedar bahawa Umno/Bn tidak pernah insaf walaupun bernasib baik menjadi Kerajaan dengan hanya 47% sokongan rakyat.  Kita yakin, sekarang ini kurang dari 47% menyokong mereka kerana tindakan mereka yang terus menyeksa rakyat dan menipu di dalam janji-janji manis mereka sewaktu berkempen di dalam PRU 13 yang lalu.