KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, November 5, 2013

MARI ZIARAH TUAN HJ SUHAIMI DI HOSPITAL TEMERLOH

Di sebalik kita merasa bersyukur di atas kemenangan rakan kita, calon PAS di PRK Dun Sg Limau semalam, kita masih merasa dukacita dengan musibah berupa ujian yang dihadapi oleh orang kuat KEADILAN Pahang yang juga Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Tuan Hj Suhaimi Said yang kini diberitakan masih kritikal di Hospital Temerloh.
 
 
 
Sebelum ini, beliau telah beberapa kali dibawa ke HUKM, Ceras dan kini dirawat semula di Hospital Temerloh.  Selain dari menerima rawatan secara moden, Tuan Hj Suhaimi juga telah berikhtiar untuk menerima rawatan secara tradisional, namun sehingga kini kesihatannya masih belum berubah.  Sewaktu artikel ini ditulis, beliau masih tidak sedarkan diri dan hanya bergantung kepada bantuan pernafasan.

 
 
Beberapa rakan dan pimpinan parti termasuk dari Bn telah menziarahi beliau samada di rumahnya mahupun sewaktu beliau berada di hospital.  Oleh yang demikian, sesiapa yang mahu menziarahinya bolehlah datang ke Hospital Temerloh, di Aras 7, Kenanga 12, Katil No. 11. 
 
Marilah kita bersama-sama mengadakan Solat Hajat dan berdoa agar Tuan Hj Suhaimi Said diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini termasuk juga kaum keluarganya, di samping sentiasa berdoa agar beliau dipulihkan dari penyakit yang dihadapinya.  Sesungguhnya, perjuangan beliau amat ditagih dan diperlukan oleh rakyat terutamanya dari golongan peneroka Felda dan Orang Asal kerana beliau tidak pernah jemu memperjuangkan nasib golongan ini.
 
"Kepada Mu Ya Allah, kurniakan kesihatan yang baik dan kekuatan kepada hambamu yang lemah dan dhaif itu, hanya Engkau Maha Penyembuh Segala Penyakit".  Amin.

No comments:

Post a Comment