KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, November 18, 2013

AGEN PERISIK MELIBATKAN PEGUAM NEGARA - SAMM PAHANG BUAT LAPORAN POLIS

Kenyataan Terbuka SAMM Pahang
17 November 2013

Agen Perisikan di Pejabat AG: Kerajaan Malaysia Perlu Jawab Kelancangan Tun Mahathir.

Sikap pengecut Kerajaan Malaysia yang terus ‘bersembunyi’ dari membicarakn kelancangan tuduhan Tun Mahathir bahawa kemungkinan wujud agenda jahat Amerika Syarikat secara terus melalui pejabat Peguam Negara terus menimbulkan tanda tanya.

Adakah Kerajaan Malaysia ‘tidak terkata’ apabila satu tuduhan yang mencalar kredibiliti Pejabat Peguam Negara yang juga ‘Pintu keadilan Malaysia’ datang dari wira bangsa melayu sendiri atau mereka sendiri sedang ‘kepanasan’ dengan kebenaran yang sekian lama dirahsiakan? Benar atau tidak persoalan yang kami timbulkan, rakyat perlu jawapan, rakyat berhak mendapat jawapan!
 
Selesai buat laporan Polis di IPD Kuantan oleh SAMM Pahang pada 16 Nov 2013
Justeru itu, bagi terus memberi tekanan supaya pejabat AG dibersihkan dari anasir pengintip dan tindakkan lebih agresif oleh pihak polis, laporan polis telah dibuat oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) secara serentak di seluruh pelusuk negara.

Hari ini, SAMM Pahang serta SAMM setiap negeri mengambil langkah bersama dengan membuat laporan polis di balai polis di setiap negeri masing-masing yang juga negara kelahiran bagi menunjukkan tanda aras kritikalnya kes ini untuk segera diberi perhatian oleh yang berhormat PM sendiri

SAMM Pahang juga menegaskan bahawa kami tidak akan sekali-kali bertolak ansur dalam perkara yang melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara dari campur tangan luar terutama Amerika Syarikat yang kononnya cuba menjadi ‘polis dunia’.

Kami akan berkumpul dan memberi tekanan jika kerajaan terus mendiamkan diri. IPD Dang Wangi akan menjadi saksi ketegasan kami pada 24 November 2013 sekiranya kerajaan terus berdiam diri.
 
Sekian,

Amirul Syazwan
Penyelaras Bersama SAMM Pahang

No comments:

Post a Comment