KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, September 1, 2013

SEKITAR RUMAH TERBUKA MP INDERA MAHKOTA DAN SESI DIALOG BERSAMA ANWAR IBRAHIM

Pada 31 Ogos 2013 (Sabtu), jam 4.00 petang bertempat di kediaman Ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman telah diadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri serta Ambang Merdeka yang telah dihadiri oleh Ketua Umum, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Majlis tersebut telah dihadiri lebih dari 1,000 tetamu dari berbagai kaum terutamanya yang tinggal di sekitar kawasan Kuantan dan Indera Mahkota.  Meskipun Majlis bermula jam 4.00 petang, namun terdapat tetamu yang datang lebih awal sehingga jam 06.00 petang.  Lebih kurang jam 04.15 petang, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba disambut oleh tuan rumah YB Dato' Fauzi Abdul Rahman serta pimpinan negeri.  Turut hadir adalah Adun Semambu, YB Lee Chean Chung, MP Kuantan YB Fuziah Salleh, Adun Beserah YB Andansura Rabu, pimpinan PR serta Ketua-Ketua Cabang.

Dato' Seri Anwar Ibrahim diberi kesempatan untuk berucap ringkas bagi menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua di samping itu juga beliau menerangkan erti sebenar kemerdekaan yang dihajati oleh rakyat Malaysia.  Negara ini tidak dilihat sempurna kemerdekaannya jika negara terus dipimpin oleh pemimpin yang rasuah, zalim dan suka melakukan fitnah, ujarnya.

Sejurus beliau menikmati jamuan yang disediakan, beliau telah berkenan untuk menerima memorandum yang telah disampaikan oleh sebuah pertubuhan (NGO) mewakili kaum Cina.  Selesai program jamuan hari raya, lebih kurang jam 05.30 petang, beliau bergegas pula ke satu program lain iaitu program Hi-Tea bersama anak-anak muda dan para pelajar serta golongan profesional di Seri Manja Boutique Hotel, Indera Mahkota, Kuantan.

Menanti kehadiran beliau di sana untuk sesi dialog dan minum petang tidak kurang dari 400 anak-anak muda yang hadir.  Kebanyakan mereka adalah dari para pelajar termasuk dari Universiti atau kolej yang berhampiran.  

Sepanjang program Jamuan Hari Raya di kediaman YB Dato Fauzi Abdul Rahman, Radio Kor Bekas Angkatan Tentera (KOBAT) iaitu KOBAT FM telah mengadakan siaran langsung di bawah kendalian DJ Wfauzdin NS dan DJ Kak Em.  Radio tersebut boleh diikuti melalui TUNEiN pada Anroid telefon bimbit/Tablet dan juga melalui blog KOBAT FM iaitu di http://kobatfm.blogspot.com 

Pada sebelah malam pula, lebih kurang jam 08.30 malam Ketua Umum Dato' Seri Anwar Ibrahim akan bersama rakyat di sekitar Temerloh dan Mentakab di dalam Jamuan Hari Raya yang diadakan di perkarangan Pejabat KEADILAN Temerloh, Taman Saga, Mentakab.

SUASANA RUMAH TERBUKA DI KEDIAMAN YB DATO' FAUZI ABDUL RAHMAN

Orang ramai menikmati jamuan yang disediakan
DJ KOBAT FM menemubual Adun Semambu, YB Lee Chean Chung
YB Dato' Fauzi berucap ringkas
Dato' Seri Anwar Ibrahim menikmati jamuan yang disediakan
Memberikan ucapan ringkas
Menerima memorandum dari NGO
DJ KOBAT FM bersama Krew
DJ Kak Em dari KOBAT FM
Kesempatan bergambar bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim

SEKITAR MAJLIS HI-TEA BERSAMA ANAK-ANAK MUDA/PROFESIONAL

Forum dan sesi soal jawab
Kesempatan mendapatkan tandatangan Dato' Seri Anwar Ibrahim

Ikuti program MP Indera Mahkota selanjutnya di http://datofauzi.com

No comments:

Post a Comment