KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, July 8, 2013

MINGGU PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG - WAKIL KEADILAN TIDAK MENGHAMPAKAN

Bermula 01 Julai 2013 yang lalu, bermulalah tugas kesemua Adun dari Pakatan Rakyat di Negeri Pahang untuk melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat di Dewan Undangan Negeri Pahang.  Terdapat dua Adun mewakili KEADILAN di dalam Dun iaitu Adun Semambu, YB Lee Chean Chung dan Adun Teruntum, YB Sim Chong Siang.

Bersama dengan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat, kesemua Adun dari KEADILAN setakat ini telah berjaya menunjukkan prestasi yang baik.  Meskipun kedua-dua Adun dari KEADILAN tersebut tidak berpengalaman berada di dalam Dun, namun mereka begitu banyak pengalaman di luar khususnya di dalam tugas-tugas membantu permasalahan rakyat.  

YB Lee Chean Chung - Adun Semambu
YB Lee Chean Chung, Adun Semambu memang dikenali begitu aktif bergerak mendekati para penduduk di sekitar Indera Mahkota tidak mengira kaum dan agama.  Kepetahan beliau bertutur di dalam bahasa Melayu mrmudahkan beliau berinteraksi dengan masyarakat yang majoritinya berbangsa Melayu di kawasan Semambu yang diwakilinya.  Justeru itu, tidak menjadi masalah besar buat beliau untuk menyuarakan masalah rakyat di kawasannya apabila berpeluang berucap di dalam Dun.

YB Sim Chong Siang - Adun Teruntum
Adun Teruntum pula, YB Sim Chong Siang sememangnya amat dikenali khususnya di kawasan Parlimen Kuantan.  Beliau sebelum ini begitu lama berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh.  Bahkan, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuantan itu sebelum PRU 13 lagi seolah-olah menjadi rumah kedua buat YB Sim Chong Siang.  Maka, amat tepat sekali kali ini beliau diberi peluang bertindak sendiri sebagai Adun Teruntum bukan lagi pembantu kepada YB Fuziah Salleh yang terus dikekalkan di Parlimen Kuantan.  Komitmen Adun Teruntum ini sebenarnya banyak meringankan bebanan yang terpaksa dipikul oleh YB Fuziah Salleh.  Begitu juga Adun Semambu, YB Lee Chean Chung telah banyak membantu Ahli Parlimen Indera Mahkota yang baru iaitu Pengerusi KEADILAN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman.

Rakyat sememangnya mengharapkan kedua-dua wakil mereka di Dun Semambu dan Teruntum akan bekerja keras demi kebajikan rakyat.  Kawasan Kuantan dan Indera Mahkota boleh dikatakan kawasan elit namun tidak bermakna tiada penduduk di sekitar kawasan ini yang berada di dalam kesempitan serta memerlukan perhatian dari Wakil Rakyat mereka.  Ini lah cabaran buat kedua-dua Adun kita.


No comments:

Post a Comment