KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, July 22, 2013

KOMRAD SAMM PAHANG MENYANTUNI KELUARGA YANG DHAIF DI KUANTAN

Pada petang tadi, Ahad (21 Jul 2013) di sebelah petang sekumpulan anak muda dari Komrad Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pahang yang diketuai oleh Amirul (Pembantu Penyelaras SAMM Pahang), Zamri (aktivis) beserta rakan-rakannya termasuk beberapa anak gadis (SAMM Wanita) telah berkunjung ke beberapa rumah mereka yang tidak bernasib baik di sekitar perkampongan Tanjung Api, Tanjung Lumpur dan juga di Taman LKNP, Kuantan, Pahang.


Kunjungi SAMM menemui beberapa keluarga yang serba kekurangan

Kunjungan sempena Bulan Ramadhan itu lebih kepada untuk mendekati golongan ini bagi merasai sendiri kesempitan hidup serta permasalahan yang mereka hadapi.  Anak-anak muda ini telah mendengar sendiri berbagai kisah daripada keluarga yang serba kekurangan ini di samping mereka juga bertuah mendapat panduan dari nasihat dari pak cik serta mak cik yang menjadi ketua keluarga di situ.

Kunjungan Komrad SAMM Pahang disambut baik oleh tuan rumah yang dikunjungi

Menjelang waktu berbuka puasa, kesemua keluarga yang mereka kunjungi ini telah dibawa ke Padang MPK 1, Kuantan untuk berbuka puasa dan Solat Maghrib di Masjid Negeri berhampiran.  Program secara santai itu benar-benar menyeronokkan anak-anak muda ini dan juga keluarga yang berkenaan.  Kehidupan mereka dapat dirasai oleh anak-anak muda ini dan mereka juga sedikit sebanyak dapat menggembirakan ahli keluarga tersebut.

Salah seorang Remaja Wanita dari SAMM Pahang berbual mesra dengan Mak Cik Zaitun
Pak Amir mengalami 'Stroke' lebih 10 tahun
 Kehidupan mereka yang agak dhaif memberi keinsafan kepada anak-anak muda SAMM Pahang

Tahniah kepada SAMM Pahang, mudah-mudahan usaha mulia ini mendapat keredhaan dan keberkatan Illahi.


No comments:

Post a Comment