KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI
DENGAR RADIO KAMI?
SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI
Followers
Tuesday, July 30, 2013
Friday, July 26, 2013
MP INDERA MAHKOTA SOLAT JEMAAH DAN BERBUKA PUASA DI BALOK
Pada 24 Julai 2013 baru-baru ini, Ahli Parlimen Indera Mahkota YB Dato' Fauzi Abdul Rahman berkesempatan bertemu rakyat di sekitar Balok, Kuantan dan bersolat Jemaah serta berbuka puasa di Dataran Putra Balok.
Kesempatan itu diambil oleh Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang itu untuk beramah mesra dengan masyarakat setempat. Selain dari program ini, beberapa program lain khususnya di sekitar Parlimen Indera Mahkota turut disertai oleh beliau apatah lagi di Bulan Ramadhan ini banyak program berunsurkan kebajikan mendapat perhatian dari Ahli Parlimen ini.
Segala aktiviti beliau boleh diikuti di laman web beliau di http://datofauzi.com/v1/
Wednesday, July 24, 2013
TUAN HJ SUHAIMI SAID BERCERITA TENTANG DATO' FAUZI....
Saya adalah diantara Ketua PKR peringkat cabang-cabang PKR di Pahang yang menyambut baik apabila Pusat mengumumkan Dato Fauzi Abdul Rahman sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang menggantikan Zakaria Hamid. Dan saya juga adalah diantara Ketua Cabang yang memberikan sokongan kepada Zakaria Hamid semasa beliau menjadi Pengerusi MPN Negeri.
Pengerusi KEADILAN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman (MP Indera Mahkota) |
Semasa Zakaria menjadi Pengerusi Negeri berbagai-bagai masalah yang pada waktu itu menghambat PKR Pahang kerana pada waktu itu PKR Pahang masih belum bertapak. Orang yang bijak-bijak sukar menghulurkan khidmat sukarela mereka kepada parti kerana belum yakin bahawa parti boleh berkembang di Pahang. Dan Zakaria telah berusaha kearah mengembangkan parti di Pahang.
Apabila Dato Fauzi diangkat menjadi Pengerusi Negeri dan Zakaria diangkat memegang jawatan penting di peringkat Pusat, berbagai pihak mengambil sikap pro-dan-anti terhadap perlantikan Fauzi. Ada yang anti-Dato Fauzi sehingga memboikot program parti, ada yang enggan lagi bergerak didalam parti.

Tuan Hj Suhaimi Said - Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat/Ketua Cabang PKR K.Krau |
Kedua-dua golongan ini adalah kecil dan tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap perkembangan PKR Pahang. Ada golongan yang menentang Dato Fauzi tetapi setelah dibawakan dengan dialog sebenarnya mereka tidak mempunyai pegangan kukuh kenapa mereka menentang Dato Fauzi dan mereka itu berbalik menyokong pilihan PKR Pusat melantik Dato Fauzi sebagai Pengerusi PKR Negeri Pahang.
Saya hanya dapat berkenalan rapat dengan Dato Fauzi apabila Dato Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan Dato Fauzi diatas suatu pentas semasa ceramah di Kuantan. Dan apabila saya selaku pengerusi Majlis mengalu-alukan Dato Fauzi sebagai seorang musuh politik saya semasa sama-sama belajar di London, Dato Fauzi datang kehadapan saya dan memeluk saya, dan selepas Majlis itu saya mengalu-alukan kehadiran Dato Fauzi dan berdoa semoga beliau boleh menyertai PKR untuk memperkukuhkan perjuangan rakyat.
Dato Fauzi memang sudah berbincang banyak kali dengan Anwar untuk menyertai PKR, dan setiap kali perbincangan itu, Fauzi belum bersedia untuk menyertai PKR walaupun sanggup memberikan sokongan kepada parti.
Maka amatlah busuk tuduhan pihak-pihak kecil di Negeri Pahang itu yang menyatakan Fauzi mahu mengambil alih pimpinan PKR Pahang sebagai syarat menyertai parti itu.
Fauzi semasa di London adalah orang kuat UMNO, sesuai dengan kedudukan arwah ayahnya, seorang Menteri Kerajaan Pusat; hanya orang-orang muda tidak mengetahui latar belakang Abdul Rahman Talib bahawa beliau bersama-sama Tan Sri Yahya, Ghafar Baba, Aishah Ghani dan pimpinan UMNO di Johor adalah anggota PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) dan kehadiran puak-puak mereka inilah yang mengubah dasar UMNO daripada HIDUP MELAYU kepada MERDEKA, dan menyebabkan begitu ramai penyokong-penyokong Merdeka menyertai UMNO apabila Tengku Abdul Rahman meniupkan semangat Merdeka.
Rahman Talib pernah ditahan oleh Inggeris untuk menjalani hukuman berat di Singapura tetapi di dalam perjalanan keretapi dari Kuala Lipis ke Singapura, Rahman Talib telah diselamatkan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan dan selepas itu diangkat oleh Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar menjadi orang kuat Istana Pahang dan hukuman Inggeris terhadapnya dibatalkan.
Mana ada Menteri sehingga akhir perjuangannya tidak diberikan darjah Dato melainkan Rahman Talib lah. Ini dapat menunjukkan bahawa walaupun Rahman adalah orang UMNO, pemimpin UMNO, Menteri Pusat, tetapi beliau bukan kaki bodek, bukan kaki ampu, dan bukan kaki penjilat feudalisme.
Saya tidaklah rapat dengan Fauzi semasa saya mengaji di London. Beliau berada di dalam kelompok lain iaitu kelompok Kesatuan Melayu United Kingdom manakala saya berada di kelompok pelajar-pelajar kiri Malaysian and Singapore Students Forum (Mass Forum) yang sentiasa mempunyai dasar yang berbeza. KMUK mengambil dasar semacam pro-UMNO. Manakala MASS Forum mengambil dasar memperjuangan perpaduan kaum yang luas untuk demokrasi tulen.
Apabila Fauzi kembali ke tanah air beliau bergerak di dalam UMNO manakala saya bergerak di dalam Parti Pembangkang, tidak pernah bersamanya.
Apabila Dato Fauzi dilantik sebagai Pengerusi PKR Negeri Pahang, saya pun bukanlah menjadi pilihannya untuk menduduki jawatan yang penting didalam parti peringkat Negeri Pahang; saya berada didalam pimpinan Negeri Pahang semata-mata kerana saya adalah Ketua Cabang dan di Pahang ini, secara otomatik Ketua Cabang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa PKR Pahang.
Keeratan antara saya dengan Dato Fauzi berkembang apabila Dato Fauzi selaku Pengerusi PKR Pahang dilantik secara otomatik sebagai Anggota Majlis Pimpinan Pusat. Saya telah dilantik oleh Biro Politik PKR Pusat menjadi Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR dan pada tahun kedua saya memegang jawatan itu, saya juga dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Di sana kami acap berbincang bagaimana untuk memperkukuhkan kekuatan PKR didalam rancangan Felda, dan diperingkat Negeri Pahang pula Dato Fauzi mengangkat saya sebagai Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Negeri Pahang dan PKR Pusat mengambil kaedah ini dan menjadikan Biro yang saya pegang diperingkat Pusat merangkumi hal ehwal masyarakat Felda dan Orang Asal.
Saya cukup gemar berkhidmat dibawah Dato Fauzi kerana dia akan hanya mengambil sesuatu tindakan untuk negeri setelah berbincang, khususnya dengan pengerusi-pengerusi yang berkenaan. Dan saya cukup memahami kekeciwaan Dato Fauzi kerana pegawai-pegawai yang dilantik dan diberikan tugas tidak mempunyai inisiatif sendiri untuk mengambil tindakan mengikut tugas yang dilantik.
Kadang-kadang mereka itu menghadiri mesyuarat pun tidak mahu bahkan kalau menghadiri mesyuarat pun tidak mahu melakukan tindakan-tindakan yang sepatutnya digalas oleh mereka. Bahkan terdapat dikalangan mereka itu akan hanya mahu menunjukkan muka apabila pimpinan pusat menunjukkan muka, apatah lagi kalau Dato Seri Anwar Ibrahim muncul.
Sejak beberapa bulan sebelum PRU saya tidak lagi menghadirkan diri untuk mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri dan adakalanya saya diwakili oleh Timbalan Ketua Cabang. Ada dikalangan pimpinan Negeri bertanya kenapa saya tidak lagi mahu hadir seperti dulu-dulu. Jawapan saya mudah. Ada yang kata bahawa saya tamak dengan jawatan. Oleh itu saya menyusun semula biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pahang dengan melantik orang-orang kuat PKR Pahang mengambil alih jawatan-jawatan didalam biro peringkat Pahang. Tetapi seperti kata Man Kadir. "Disinilah matinya Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Pahang kerana orang-orang itu hanya minat kepada jawatan tetapi langsung tak minat buat kerja."
Betul telahan Man Kadir itu. Sejak dipilih Pengerusi baru dan ahli-ahli jawatankuasa yang merangkumi hampir semua pimpinan utama PKR Cabang dan pimpinan Orang Asal Negeri Pahang, Biro itu terus mati dan layu, dan oleh kerana saya tidak lagi duduk di dalam Biro itu peringkat Negeri Pahang, tidak ada apa-apalah yang dapat saya lakukan.
Saya juga meletakkan jawatan saya sebagai Pengerusi 1 PKR Pahang untuk menyambut beberapa cabaran dari mereka yang mencabar saya bahawa saya terlalu banyak memegang jawatan didalam parti dengan sindiran yang lebih pedas dari pedas, ada yang mengatakan saya sudah terlalu tua dan ada yang mengatakan Haji Suhaim itu hanya sekadar merajuk, jika dipujuk pasti akan terima semula jawatan, dengan sindiran bahawa didalam parti sekarang ini, itulah yang menjadi tradisi. Letak jawatan dan apabila dipujuk akan terima kembali.
Jauh sebelum tarikh penamaan calon, saya telah menghantar notis berhenti daripada jawatan Pengerusi 1 PKR Pahang. Tetapi Dato Fauzi menyembunyikan notis saya itu dan tidak pernah mahu bentangkan didalam mesyuarat MPN, tetapi bagi saya samada Dato Fauzi terima atau pun tidak, saya sudahpun meletakkan jawatan dan mahu tengoklah orang yang suka mencabar dan menyindir saya itu supaya menjalankan kerja parti. Tak juga rupanya, hanya sekadar nak menegur tak tentu arah begitu saja. Itulah salah satu penyakit didalam parti, tidak menyukai orang yang nak buat kerja didalam parti.
Sebelum Pilihanraya saya juga meminta Dato Fauzi sebagai pengerusi Negeri supaya tidak meletakkan nama saya, kerana saya tidak mahu tohmahan mengatakan bahawa saya, Zakaria dan Haji Abas sebagai kroni pimpinan tertentu didalam parti diberikan kerusi untuk bertanding dengan mereka lupa bahawa Zakaria sememangnya sudah tidak ada kerusi untuk dipertandingkan tetapi diminta bertanding apabila kawasan Parlimen Temerloh diambil alih oleh PAS dan Nizam Abdul Hamid enggan bertanding untuk kerusi Parlimen Bera, dan Zakaria dijadikan calon sebagai bidan terjun. Dan Pahang tetap meletakkan saya sebagai calon DUN Jenderak.
Semasa PRU-13 sedang berjalan, beberapa hari sebelum mengundi, saya sudah banyak berihat daripada menjalankan kerja PRU. Masa itu saya sudah sakit, tetapi tak tergamak nak berceritakan kepada kawan-kawan bahawa saya sudah diserang oleh penyakit yang berat. Saya bimbang kalau saya memberitahu kawan-kawan, takut-takut mereka patah hati dan enggan menjalankan kerja-kerja pilihanraya.
Selepas PRU itu saya terus tidur di Bilik Gerakan parti di Kuala Krau, rasa sangat tidak bermaya. Dan apabila saya kembali ke Temerloh, badan saya bergoyang, seolah-olah mahu tumbang. Isteri saya terus bawa saya ke Klinik Sulaiman, saya dipinta oleh Klinik itu supaya berihat sejam dua dengan diberikan obat yang kuat, dan apabila badan sudah menunjukkan reaksi yang positif barulah saya diberikan rawatan, dan doktor di klinik itu terus memberikan surat rujukan untuk saya dimasukkan ke Hospital Temerloh. Saya pergi ke bahagian emergency, dan diambil temperature dan sukatan darah saya. Temperature saya sudah naik 240 lebih dan darah saya naik 26.
Saya diberikan obat mengatasi tekanan darah dan gula. Jam lebih kurang 9.00 malam, darah dan gula saya naik melampau-lampau, dan pihak emergency memutuskan supaya saya dimasukkan ke dalam wad, tetapi malangnya tidak ada wad kosong dan saya terpaksalah tinggal di wad emergency bersama-sama dengan 5, 6 orang yang lain yang kesemuanya sepatutnya dimasukkan kedalam wad tetapi tidak ada katil yang kosong.
Kesemua mereka dipinta balik dan diberikan tarikh lain untuk memasuki wad, sedangkan saya dengan seorang pesakit Cina dari Triang diminta menunggu hingga diberikan rawatan seterusnya. \ Pada jam 12.00 malam tekanan darah dan gula saya sudah tidak dapat dibaca lagi, terlalu tinggi. Selain dari obat darah tinggi, saya disuntik dengan insulin. Pada jam 2.00 pagi, darah tinggi saya turun kepada 140 atas dan 80 bawah. Hampir normal. Tetapi bacaan gula saya masih tinggi, masih belum boleh dibaca, terlalu tinggi.
Sekali lagi saya disuntik dengan insulin. Pada jam 2.00 pagi, sekali lagi saya diperiksa dan bacaan gula masih juga belum turun, dan sekali lagi saya disuntik dengan insulin.
Jam 3.00 pagi, doktor yang bertugas menyatakan bahawa saya dan Cina dari Triang itu diarahkan balik dengan opsyen bahawa kalau ada sesiapa yang menemani, kami boleh tidur diwad emergency itu, jika kami mahu. Tetapi anak saya Sufizal sudah berada disisi saya, dia mahu menemani saya dan jika perlu pulang, dia akan membawa saya pulang.
Kebetulan jam 3.00 pagi itu, tekanan darah ada 140/80 dan tekanan gula sudah turun kepada 14. Maka saya mengambil keputusan untuk pulang kerana di wad emergency itu pun tiada sesiapa lagi bertugas. Tetapi Cina Triang itu kata dia tetap mahu tidur di emergency wad itu, "Biar gua mati sinilah," katanya.
Keesukannya saya dibawa ke Dr Chan, doktor pakar di Mentakab dan mendapatkan rawatan seterusnya dari doktor itu. Melaratlah rawatan saya ke pakar urut di Jengka 12, dan rawatan tradisi di Taman Temerloh Jaya dan juga di Shah Alam.
Setakat ini belum ada rezeki lagi.

Pagi ini saya menjalani proses MRI di Hospital Temerloh untuk menentukan apakah jenis penyakit yang sebenarnya menyerang saya.
Pada 24hb Julai ini akan diketahuilah apa-apa punca penyakit saya, walaupun seorang doktor yang mengenali anak saya menyatakan bahawa jika benarlah bahawa penyakit yang sedang saya hadapi itu adalah TB Tulang, MRI juga sukar mengesaninya, tetapi daripada beberapa diagnosis akan dibuatlah andaian jika sebenar penyakit TB tulang.
Kata doktor itu, TB tulang is curable, but it takes long time to be cured. Saya sudah berusaha, sembuh atau sebaliknya terserahlah kepada Allah swt.
Saya telah beritahu penyakit saya ini kepada Dato Fauzi, dan saya meminta supaya perletakan jawatan saya sebagai Pengerusi 1 PKR Pahang dan Ketua PKR Cabang Kuala Krau diterima supaya bolehlah pimpinan muda menggantikan tempat saya agar tidak kerugian kerana saya sendiri sudah tidak dapat menggerakkan parti.
Saya memberitahu Dato Fauzi bahawa jawatan saya selaku MPP akan saya buat keputusan beberapa bulan lagi. Dato Fauzi menerima perletakan jawatan saya sebagai Pengerusi 1 PKR Pahang dan meminta saya menangguhkan sedikit masa lagi untuk perletakan jawatan saya di peringkat Cabang sehingga dapat ditemui pengganti saya yang sesuai.
Janji saya kepada parti bahawa saya akan memberi bantuan semampu saya kepada parti seandainya saya pulih semula dari penyakit saya. Tetapi saya tidak mahu lagi memegang apa-apa jawatan didalam parti.
Terima kasih Dato Fauzi.
PROGRAM ADUN SEMAMBU DI BULAN RAMADHAN
Sempena Bulan Ramadhan tahun ini, tangungjawab kepada masyarakat setempat tidak pernah dilupakan oleh Wakil Rakyat dari KEADILAN sepertimana juga seperti sewaktu berkempen di dalam PRU 13 yang lalu. Keikhlasan menyantuni rakyat tidak mengira sewaktu berkempen mahupun setelah menjadi Wakil Rakyat.
YB Lee Chean Chung menyantuni pengunjung |
Sdr Bung Hatta, Penyelaras SAMM Pahang turut membantu |
Berucap rengkas kepada orang ramai yang mendapatkan khidmat di Pusat Khidmat bergerak |
Inilah yang telah ditunjukkan oleh Adun Semambu, YB Lee Chean Chung. Pada petang kelmarin dan semalam (22 Jul/23 Julai 2013), beliau bersama rombongannya dari Pusat Khidmat Dun Semambu telah meluangkan masa bertemu rakyat di sekitar Dun Semambu, Indera Mahkota, Kuantan. Kawasan yang sempat dikunjungi beliau adalah di sekitar Bukit Beirut dan semalam di kawasan Taman Impian. Program bertemu rakyat, mengedar makanan dan minuman berbuka puasa serta menyediakan Pusat Khidmat Bergerak di kawasan Pasar telah menarik perhatian orang ramai.
Menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai |
Meskipun YB Lee Chean Chung seorang Non Muslim, tetapi masyarakat setempat amat mengenalinya sebagai anak muda yang benar-benar berjiwa rakyat tanpa pilih kasih. Tahniah kepada Adun Semambu serta semua petugas-petugas beliau yang terus berkhidmat kepada rakyat sebagaimana yang dijanjikan sewaktu kempen PRU yang lalu.
YB Lee Chean Chung bersama di antara para petugas yang membantu beliau |
Semoga usaha murni dapat diteruskan demi rakyat.
Monday, July 22, 2013
KOMRAD SAMM PAHANG MENYANTUNI KELUARGA YANG DHAIF DI KUANTAN
Pada petang tadi, Ahad (21 Jul 2013) di sebelah petang sekumpulan anak muda dari Komrad Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pahang yang diketuai oleh Amirul (Pembantu Penyelaras SAMM Pahang), Zamri (aktivis) beserta rakan-rakannya termasuk beberapa anak gadis (SAMM Wanita) telah berkunjung ke beberapa rumah mereka yang tidak bernasib baik di sekitar perkampongan Tanjung Api, Tanjung Lumpur dan juga di Taman LKNP, Kuantan, Pahang.
Kunjungi SAMM menemui beberapa keluarga yang serba kekurangan
Kunjungan sempena Bulan Ramadhan itu lebih kepada untuk mendekati golongan ini bagi merasai sendiri kesempitan hidup serta permasalahan yang mereka hadapi. Anak-anak muda ini telah mendengar sendiri berbagai kisah daripada keluarga yang serba kekurangan ini di samping mereka juga bertuah mendapat panduan dari nasihat dari pak cik serta mak cik yang menjadi ketua keluarga di situ.
Kunjungan Komrad SAMM Pahang disambut baik oleh tuan rumah yang dikunjungi |
Menjelang waktu berbuka puasa, kesemua keluarga yang mereka kunjungi ini telah dibawa ke Padang MPK 1, Kuantan untuk berbuka puasa dan Solat Maghrib di Masjid Negeri berhampiran. Program secara santai itu benar-benar menyeronokkan anak-anak muda ini dan juga keluarga yang berkenaan. Kehidupan mereka dapat dirasai oleh anak-anak muda ini dan mereka juga sedikit sebanyak dapat menggembirakan ahli keluarga tersebut.
Salah seorang Remaja Wanita dari SAMM Pahang berbual mesra dengan Mak Cik Zaitun |
Pak Amir mengalami 'Stroke' lebih 10 tahun |
Kehidupan mereka yang agak dhaif memberi keinsafan kepada anak-anak muda SAMM Pahang
Tahniah kepada SAMM Pahang, mudah-mudahan usaha mulia ini mendapat keredhaan dan keberkatan Illahi.
Sunday, July 21, 2013
SAMM PAHANG MENDAMPINGI KELUARGA KURANG BERNASIB BAIK DI DALAM PROGRAM BERBUKA PUASA PETANG INI
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pahang mengambil kesempatan sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini untuk melakukan kerja amal. Petang ini (21 Jul 2013), SAMM Pahang akan bersama keluarga yang kurang bernasib baik yang hidup serba kekurangan di dalam Program Berbuka Puasa bertempat di Padang MPK (berhampiran Masjid Negeri).
Mengikut kata jurucakap SAMM Pahang, Sdr Arm (Amirul) program tersebut dirancang oleh SAMM Pahang sejajar dengan hasrat SAMM Pusat melalui Retreat SAMM Kebangsaan baru-baru ini bahawa Komrad SAMM di setiap negeri mesti terus digerakkan mendampingi masyarakat. Ini satu perkembangan yang baik kerana sebelum ini kita melihat SAMM seolah-olah satu NGO yang hanya tahu berdemontrasi atau bergerak secara agresif di dalam satu-satu isu. Hakikatnya SAMM juga mempunyai keprihatinan terhadap permasalahan masyarakat sejagat.
Sehubungan itu, SAMM Pahang menjemput sesiapa sahaja yang berminat untuk bersama SAMM Pahang meraikan keluarga yang tidak bernasib baik ini pada Program Berbuka Puasa petang ini. SAMM Pahang juga memerlukan dana atau sebarang bentuk sumbangan untuk menggerakkan aktiviti dan program SAMM Pahang selepas ini.
Saturday, July 20, 2013
MESYUARAT MPN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA PETANG INI
Mesyuarat
MPN akan diadakan petang ini (20hb Julai 2013) bermula jam 4.45 petang
bertempat di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota, Jalan
Beserah, Kuantan.
Pemberitahuan ini juga telah dimaklumkan melalui email dan SMS kepada semua Ahli MPN dan AJK-AJK yang dilantik mewajibkan mereka hadir tanpa gagal. Selepas mesyuarat tersebut, semua Ahli MPN yang berugama Islam akan berbuka puasa dan Solat Maghrib di Pusat Khidmat tersebut.

Sehubungan itu, PKR Negeri Pahang mengalu-alukan kehadiran semua Ketua Cabang/Ahli MPN untuk hadir pada petang ini. Sebarang maklumat boleh menghubungi Setiausaha PKR Negeri atau SUK Negeri.
Wednesday, July 17, 2013
Percaya TV3, Utusan punca MP BN tak dapat maklumat penipuan PRU – Anwar
KUALA LUMPUR 16 JULAI: Terlalu bergantung kepada laporan TV3 dan Utusan Malaysia punca Ahli Parlimen BN tidak mendapat maklumat sebenar berhubung kecurangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama semasa mengendalikan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Umum KEADILAN itu mengulas dakwaan Ahli Parlimen BN kononnya kegagalan SPR hanya melibatkan penggunaan dakwat yang tidak kekal dan tiada isu lain melibatkan badan itu.
“Ahli Parlimen BN sering cabar selain dakwat kekal tiada isu lain yang dibangkitkan Pakatan Rakyat melibatkan SPR kerana mereka hanya baca Utusan dan tonton TV3, sedangkan kalau teliti petisyen (pilihan raya) yang dikemukakan, banyak kes seperti pengundi hantu.
“Petisyen (Parlimen) Libaran misalnya menyebut secara khusus (kewujudan) pengundi yang bukan warga negara dalam senarai (daftar pemilih),” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Anwar, insiden blackout (lampu padam) semasa pengundian 5 Mei lalu dan petisyen bantahan berhubung isu itu melibatkan Parlimen Baram di Sarawak, DUN Klias, Sabah dan kawasan lain yang pernah didedah Pakatan Rakyat dinafi SPR dan pemimpin BN.
“Begitu juga di Parlimen Tapah yang kini menjadi kes mahkamah. Bagaimana SPR mengizinkan kakitangan Majlis Daerah mengangkut keluar peti-peti undi dari lokap pada masa yang tidak dibenarkan.
“Manakala penipuan di Parlimen Balik Pulau, bilangan undi melebihi jumlah kertas undi yang dikeluarkan. Sebanyak 700 kertas undi diterima pegawai pengurus SPR sedangkan bilangan yang ada hanya 424, selain Borang 14 menyebut 556,” kata Anwar lagi.
TV3 dan Utusan tidak memberi peluang kepada Ketua Pembangkang itu untuk diwawancara tetapi memberi temuramah khas kepada SPR untuk menyerang Pakatan./KD
Monday, July 15, 2013
Friday, July 12, 2013
MESYUARAT MPN PADA 20HB JULAI INI - AMBIL PERHATIAN
Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Negeri Pahang akan diadakan pada masa berikut:-Tarikh : 20 hb Julai, 2013 (Sabtu)Masa : 4.45 PetangTempat : Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Indera MahkotaLot 1051, Jalan Beserah, Kuantan
Semua Ahli MPN/AJK di WAJIBKAN untuk menghadiri mesyuarat tersebut yang akan di Pengerusikan oleh Pengerusi MPN, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman. Mohon maklumkan kehadiran terus kepada Setiausaha KEADILAN Negeri melalui SMS ataupun melalui Email. Sekiranya terdapat keuzuran atau sebarang masalah, mohon nyatakan secara bertulis melalui Email kepada Setiausaha.
Mudah-mudahan semua Ahli MPN/AJK mengambil perhatian.
Selepas mesyuarat akan diadakan majlis berbuka puasa dan Solat Maghrib. Sila beri maklum balas kehadiran.
Sumber: SU PKR Negeri
Wednesday, July 10, 2013
PRK DUN KUALA BESUT - KEADILAN PAHANG SEDIA TURUN MEMBANTU
KEADILAN Negeri Pahang menyokong sepenuhnya keputusan yang telah dibuat oleh PAS untuk meletakkan calon muka baru untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan
Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut iaitu seorang ahli perniagaan yang
terkenal di kalangan masyarakat tempatan, Azlan Yusof atau lebih
dikenali dengan nama Che Long.
Che Long, 48, seorang anak tempatan Kuala Besut telah diumumkan sebagai calon mewakili PAS di dalam PRK Dun Kuala Besut di dalam program ceramah di Kampung Nail, Kuala Besut malam tadi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari pengundian untuk PRK manakala 20 Julai hari pembuangan undi awal. Penamaan Calon ditetapkan pada 12 Julai ini.
PRK Dun Kuala Besut terpaksa diadakan ekoran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, selepas 50 hari terpilih untuk kali kedua sebagai Adun.
KEADILAN Negeri Pahang bersedia untuk dikerah membantu PAS di dalam mengerakkan kempen di Dun Kuala Besut. Kita yakin di atas kemampuan calon tersebut dan PAS untuk menawan Kerusi tersebut dari Bn seterusnya mencerahkan peluang buat PR mengambil alih Kerajaan Negeri Terengganu. KEADILAN akan turun membantu kempen seolah-olah kami yang bertanding di situ.

Tuesday, July 9, 2013
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN - MPN PAHANG
Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman mewakili seluruh Ahli Majlis Pimpinan Negeri mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1434H kepada seluruh kaum Muslimin dan Muslimat , semoga keberkatan Ramadhan tahun ini akan menyuntik semangat kita untuk terus memperbanyakkan amalan kepada Allah di samping memperkuatkan saf perjuangan kita.
Di dalam kita berebut-rebut memperbanyakkan amalan kita di Bulan yang mulia ini, kita jangan lalai dari terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita di dalam wadah perjuangan Parti KEADILAN ini bagi menentukan ketidakadilan dan kezaliman sang Penguasa akan dapat dihentikan. Perbetulkan Nawaitu kita di dalam setiap langkah yang kita lakukan iaitu untuk melaksanakan perintah Allah yang mewajibkan kita sebagai umat Islam bangun menentang kezaliman.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Monday, July 8, 2013
MINGGU PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG - WAKIL KEADILAN TIDAK MENGHAMPAKAN
Bermula 01 Julai 2013 yang lalu, bermulalah tugas kesemua Adun dari Pakatan Rakyat di Negeri Pahang untuk melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat di Dewan Undangan Negeri Pahang. Terdapat dua Adun mewakili KEADILAN di dalam Dun iaitu Adun Semambu, YB Lee Chean Chung dan Adun Teruntum, YB Sim Chong Siang.
Bersama dengan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat, kesemua Adun dari KEADILAN setakat ini telah berjaya menunjukkan prestasi yang baik. Meskipun kedua-dua Adun dari KEADILAN tersebut tidak berpengalaman berada di dalam Dun, namun mereka begitu banyak pengalaman di luar khususnya di dalam tugas-tugas membantu permasalahan rakyat.
YB Lee Chean Chung - Adun Semambu |
YB Lee Chean Chung, Adun Semambu memang dikenali begitu aktif bergerak mendekati para penduduk di sekitar Indera Mahkota tidak mengira kaum dan agama. Kepetahan beliau bertutur di dalam bahasa Melayu mrmudahkan beliau berinteraksi dengan masyarakat yang majoritinya berbangsa Melayu di kawasan Semambu yang diwakilinya. Justeru itu, tidak menjadi masalah besar buat beliau untuk menyuarakan masalah rakyat di kawasannya apabila berpeluang berucap di dalam Dun.
YB Sim Chong Siang - Adun Teruntum |
Adun Teruntum pula, YB Sim Chong Siang sememangnya amat dikenali khususnya di kawasan Parlimen Kuantan. Beliau sebelum ini begitu lama berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh. Bahkan, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuantan itu sebelum PRU 13 lagi seolah-olah menjadi rumah kedua buat YB Sim Chong Siang. Maka, amat tepat sekali kali ini beliau diberi peluang bertindak sendiri sebagai Adun Teruntum bukan lagi pembantu kepada YB Fuziah Salleh yang terus dikekalkan di Parlimen Kuantan. Komitmen Adun Teruntum ini sebenarnya banyak meringankan bebanan yang terpaksa dipikul oleh YB Fuziah Salleh. Begitu juga Adun Semambu, YB Lee Chean Chung telah banyak membantu Ahli Parlimen Indera Mahkota yang baru iaitu Pengerusi KEADILAN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman.
Rakyat sememangnya mengharapkan kedua-dua wakil mereka di Dun Semambu dan Teruntum akan bekerja keras demi kebajikan rakyat. Kawasan Kuantan dan Indera Mahkota boleh dikatakan kawasan elit namun tidak bermakna tiada penduduk di sekitar kawasan ini yang berada di dalam kesempitan serta memerlukan perhatian dari Wakil Rakyat mereka. Ini lah cabaran buat kedua-dua Adun kita.
Saturday, July 6, 2013
SELINGKAR KISAH DARI YB USTAZ ROSLI JABBAR DARI DUN PAHANG
Sedikit sedutan perbahasan dewan:
Pada 3 julai, YB Andansura(PAS) berucap ketika memohon laluan dari YB Leong (DAP), YB Andansura menjelaskan tentang perpaduan dalam PR yang terdiri dari pelbagai kaum, tiba-tiba bangun YB Pulau Tawar mencelah menuduh bahawa PAS Munafiq sambil mengangkat kertas amanat Hj Hadi, beliau sifatkan PAS Munafiq sebab berkawan dengan DAP.
YB Ustaz Rosli - Adun Tanjung Lumpur |
Saya bangun dan tidak dibenarkan menjawap, sehinggalah pada hari semalam 4 Julai, saya dibenarkan untuk berucap membahas titah ucapan diraja, ketika saya sedang berucap berkaitan dengan rumah PPRT, YB Pulau Tawar sekali lagi bangun menganggu dan mengatakan orang yang lawan Ulil Amri tak perlu bagi bantuan, belumpun saya menjawabnya MB Pahang bangun dan berucap "tak payah bincang lah pasal ulil Amri, tu semua pembohong je, kita sekarang ni nak bantu orang miskin" lega jugak sebab MB dok bela saya, YB Pulau Tawar diam seribu bahasa.
Saya menyambung ucapan dan meminta supaya isu amanat TGHH dan Ulil Amri didebatkan, sebab ini adalah isu agama yang memerlukan masa dan adab saya bersedia untuk berdebat dengannya pada bila-bila masa dan tempat. Saya diarahkan untuk duduk.
YB Andansura juga sempat membuat ucapan dan banyak menyentuh tentang isu alam sekitar dan menegur beberapa salahlaku berkaitan projek yang menyukarkan rakyat, kelihatannya YB YB BN tekun mendengar ucapannya dan tiada yang mengganggunya dan ucapannya mendapat credit pujian dari MB Pahang, sewaktu saya keluar saya mendengar perbualan dari YB UMNO yang memuji ucapan YB Andansura..Tahniah sahabatku./FB YB Us Rosli
* YB Ustaz Rosli Abdul Jabbar adalah Adun Tanjung Lumpur, Kuantan dari PAS.
Anwar kecam penggulingan Morsi oleh tentera Mesir
KUALA LUMPUR 5 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan tentera Mesir menggulingkan Presiden yang dipilih oleh rakyat secara sah.
Dalam satu kenyataan, Anwar mengulas konflik terbaharu di Mesir yang menyaksikan presidennya, Mohammed Morsi digulingkan tentera, pagi semalam.“Setiap negara yang mengiktiraf demokrasi berperlembagaan mesti mengecam tindakan yang tidak berperlembagaan dan tidak demokratik dalam meraih kuasa.“Tindakan pihak tentera di Mesir merupakan satu tamparan hebat terhadap Kebangkitan Arab. Apa pun matlamat mereka, ia tidak sekali-kali menghalalkan cara.“Pemimpin yang dipilih secara demokratik menerusi pilihan raya yang bebas dan adil tidak sepatutnya diturunkan dengan cara sebegitu,” ujar Anwar dalam satu kenyataan.Morsi merupakan Presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi Jun tahun lalu selepas jutaan rakyat berhimpun di Dataran Tahrir, bagi menumbangkan Hosni Mubarak yang memerintah selama 30 tahun.Mubarak meletak jawatan sebagai Presiden Mesir selepas 18 hari menunjuk perasaan. Semasa kejatuhan beliau, rakyat dan tentera berpimpin tangan melaungkan slogan ‘rakyat dan tentera seiring bersama’.Namun, selepas setahun Morsi dipilih secara sah oleh rakyat, tentera Mesir pula bertindak menggulingkannya.Ketua angkatan tentera Andel Fattah al-Sisi pada 4 Julai lalu mengeluarkan satu deklarasi menggantung perlembangaan yang membawa kepada menyingkir Morsi.Beliau juga melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua interim negara yang berperanan sebagai Presiden sementara bagi Mesir.Puluhan rakyat Mesir dilapor terkorban diserang askar dan polis negara itu dalam himpunan di beberapa buah bandar bagi mempertahan kepimpinan Morsi.Insiden tersebut berlaku hanya beberapa jam selepas tentera Mesir mengumumkan rampasan kuasa sekaligus menggulingkan Morsi./KD
Friday, July 5, 2013
“Apa yang kerajaan ‘pakat’ dengan Lynas? – Fuziah
KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mempersoalkan sama ada kerajaan Malaysia telah ‘berpakat’ dengan Lynas kerana kenyataan yang bercanggah berhubung bahan buangan sisa toksik radioaktif.Fuziah membandingkan kenyataan media Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).
Menurut Fuziah, Setiausaha Eksekutif AELB pada 8 September 2012 menyatakan Lynas wajib mengeluarkan sisa radioaktif dari Malaysia.“Maksudnya AELB dan Mosti berkata, sisa mesti dikeluarkan daripada Malaysia. AELB menyatakan Lynas telah memberi surat terima untuk mengeluarkan sisa daripada Malaysia,” kata Fuziah di Dewan Rakyat hari ini.Namun menurut Fuziah, dalam syarat Lesen Pengoperasian Sementara (TOL) Lynas perlu menyediakan tapak pelupusan sisa kekal (PDF) dalam masa 10 bulan.Justeru Fuziah menyimpulkan, berdasarkan syarat tersebut, tapak pelupusan sisa kekal berada di negara ini.“Bila kita tanya dimana tapak PDF, ia tidak diberitahu. Kalau (sisa) kena bawa keluar negara, ia perlu dibawa keluar negara.“Sekarang, timbul laporan daripada Lynas untuk mengitar semula sisa dalam bentuk baja, nak buat jalan, nak buat gypsum boards.“Ini bercanggah dan berbeza. Rakyat Malaysia dan Kuantan khususnya perlu tahu. Apa yang sebenarnya berlaku. Kerajaan dah ‘pakat’ dengan Lynas?, soal Fuziah. /KD
Thursday, July 4, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)