KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, June 24, 2013

TAHNIAH DAN SYABAS DARI KEADILAN PAHANG, SEKITAR HIMPUNAN DI PADANG MERBOK

KEADILAN Negeri Pahang merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua ahli parti dan para penyokong khususnya dari Negeri Pahang yang telah hadir ke Himpunan Suara Rakyat 505  #622 bertempat di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 22 Jun 2013 baru-baru ini.

Rakyat memenuhi Padang Merbok, KL
Meskipun media kawalan Umno/Bn sebelum ini mewar-warkan kononnya himpunan tersebut akan mencetuskan huru-hara dan provokasi oleh para peserta yang akan hadir di himpunan tersebut, ternyata fitnah mereka tetap merupakan suatu fitnah yang amat jahat.  Bermula dengan berbagai alasan dan hujah dangkal untuk menggagalkan himpunan tersebut sehingga kepada ancaman dan ugutan dari pihak berkuasa kepada rakyat, namun semuanya tidak berkesan.  Akhirnya rakyat sendiri membuat keputusan tepat bahawa himpunan tersebut wajar diadakan kerana rakyat semakin benci dan meluat dengan SPR khususnya yang bukan sahaja telah menipu bahkan bersikap angkuh lagi bongkak.

Rakyat berarak menuju ke Padang Merbok, KL tanda membantah penipuan PRU 13
Himpunan telah berjaya menarik puluhan ribu rakyat untuk berada di Padang Merbuk, bahkan ada laporan dari media asing yang menganggarkan himpunan tersebut tidak kalah dengan himpunan HKL yang telah diadakan di Stadium Merdeka sebelum ini.  Rata-rata yang berada di Padang Merbok merasa puas hati bukan kerana dapat mendengar ucapan para pimpinan politik dan NGO, tetapi mereka merasa puas hati kerana dapat berarak memenuhi segenap penjuru Ibu Negara pada hari tersebut.

Kaum Cina tidak lagi takut dan segan membawa bendera PAS
Pengerusi KEADILAN Pahang yang juga MP Indera Mahkota, YB Dato; Fauzi bersama "Auntie BERSIH"
Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Bung Hatta bersama salah seorang anak muda dari Komrad SAMM
Sekali lagi rakyat telah dilatih untuk bersedia dari segi mental dan fizikal melalui perarakan dan perhimpunan ini.  Latihan ini penting agar kita sentiasa bersedia untuk ke jalanraya seandainya ruang demokrasi di negara ini yang semakin sempit terus tertutup buat rakyat.  

Hampir kesemua pimpinan dari KEADILAN Pahang telah hadir di perhimpunan tersebut yang diketuai sendiri oleh Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang sendiri, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman yang juga selaku Ahli Parlimen Indera Mahkota.  Kesemua Adun/MP dari KEADILAN Pahang juga turut hadir.

Tahniah rakyat Pahang.

No comments:

Post a Comment