KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, June 13, 2013

Bohong isu penurunan kereta, Utusan harus minta maaf

KUALA LUMPUR, 13 JUN: Utusan Malaysia harus meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan pengeluar kereta yang dimanipulasi kononnya penurunan harga kereta syarikat mereka sebahagian dari manifesto pilihan raya BN.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tindakan Utusan menyiar berita palsu itu tindakan terdesak melindungi kegagalan Umno mencari makanisme menurunkan harga kereta seperti dijanjikan.

“Utusan mestilah memohon maaf segera kepada semua rakyat Malaysia disamping pembuat-pembuat kereta di atas berita ini.
 
 

“Laporan Utusan bahawa 10 model kereta telah mencatatkan penurunan harga adalah suatu percubaan terdesak untuk memperbodohkan rakyat.

“Kedua-dua Volkswagen dan Peugeot sudah menafikan dakwaan tersebut,” kata Nik Nazmi dalam kenyataannya.

Pada 10 Jun lalu, akhbar milik itu melapor kerajaan memenuhi janji menurunkan harga kereta secara berperingkat apabila lima syarikat pengeluar
kereta mengumumkan penurunan harga 10 model kereta keluaran mereka.

Utusan melapor, penurunan antara RM449 hingga RM12,775 (dari 0.7 hingga 11 peratus) dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini membabitkan kereta keluaran Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda.

Bagaimanapun Volkswagen dan Peugeot Malaysia di Facebook menjawab soalan pelayar Internet, menafikan dakwaan Utusan Malaysia.

Volkswagen Malaysia menjelaskan, harga model Golf tidak diturunkan dari RM169,888 kepada RM157,888, sebaliknya memang dilancarkan dengan harga RM157,888.

Manakala Peugeot menyatakan, harga ditunjukkan iaitu 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya dua varian berbeza dari Peugeot 308.

“Komitmen untuk menurunkan harga kereta oleh UMNO-BNI dibuat hanya selepas mereka menyedari betapa popularnya kempen Turunkan Harga Kereta Pakatan.
 

“Utusan menunjukkan betapa akhbar yang suatu ketika dahulu mendepani kewartawanan melayu kini menjadi simbol etika kewartawanan yang pincang dalam usahanya untuk menjaga kepentingan pemiliknya , iaitu Umno,” kata Nik Nazmi./KD

No comments:

Post a Comment