Nampaknya memang benarlah Umno kini ketandusan pemimpin yang boleh diangkat sebagai pemimpin parti jauh sekali sebagai pemimpin negara. Kenyataan Dr Mohd Fuad Zarkashi yang mahukan Najib dan Muhyiddin dikekalkan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden Umno sudah cukup untuk membuktikan kedua-dua mereka adalah yang 'terbaik' di dalam Umno kini.
Mohd Puad dalam satu laporan Berita Harian
berkata, beliau tidak melihat pemimpin lain yang layak menggantikan
gandingan Presiden Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan, Tan Sri
Muhyiddin Yassin pada waktu ini. “Secara peribadi saya tidak nampak siapa yang berpotensi berada di kerusi mereka,” katanya seperti dipetik akhbar tersebut. (Malaysiakini).
Kita tahu prestasi Najib jauh lebih teruk dari Pak Lah. Kerusi Parlimen berkurangan 7 Kerusi berbanding di zaman Pak Lah. Pada tahun 2008, Bn kuasai 140 Kerusi Parlimen tetapi ghuyub di bawah Najib menjadikan 133 Kerusi Parlimen sahaja di dalam PRU 13 baru-baru ini. Hebat sangatkah Najib dan Muhyiddin? Di Johor, negeri Muhyiddin sendiri PR berjaya merampas begitu banyak sekali Kerusi Dun. Hebat sangatkah Muhyiddin?
Jika di zaman Pak Lah, Bn tidak memperolehi 2/3 majoriti, apa lebihnya zaman Najib, bahkan lebih teruk di zaman Najib yang hanya memperolehi sokongan rakyat lingkungan 47% sahaja, itu pun dengan berbagai kaedah yang 'luar biasa' sekali. Undi awal undi pos, pengundi pendatang asing, dakwat tidak kekal dan berbagai lagi, itu semua terkandung di dalam peratusan sokongan terhadap Najib. Hebat sangatkah?
Jika demikian keadaannya, memang tepat bahawa Umno kini sudah sampai waktunya untuk dikuburkan. Fuad Zarkashi sebut, Najib berjaya tingkatkan Kerusi Umno sahaja. Ini bererti Najib hanya layak jadi pemimpin Umno bukan pemimpin negara ini.
No comments:
Post a Comment