KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI
DENGAR RADIO KAMI?
SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI
Followers
Sunday, June 30, 2013
Friday, June 28, 2013
ISU DAKWAT KEKAL - MENTERI BERFIKIRAN KELAS TIGA
Oleh: Prof Muhammad Agus Yusoff
KELMARIN
saya tergamam apabila Menteri di JPM Menteri menyatakan di Dewan Rakyat
tentang dakwat kekal mengandungi pewarna makanan yang dibenarkan.
Tetapi kenyataan itu tidak mendesak saya untuk menulis biarpun saya
janggal mendengarnya.
HARI INI saya terkedu apabila Menteri Wilayah Persekutuan pula menyatakan Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya kerana negara ini bukannya seperti "negara dunia ketiga" lain.Saya kira kedua-dua kenyataan menteri tersebut terkeluar tajuk. Isunya ialah mengapa dakwat kekal yang digunakan oleh SPR dalam pilihan raya yang lalu tidak kekal, bukannya perlu atau tidak perlu menggunakan dakwat kekal? Saya kira soal harapan rakyat untuk melihat dakwat kekal seperti yang dijanjikan tetapi tidak kekal adalah isu besar yang perlu dijawab oleh menteri yang bertanggungjawab dan SPR. Oleh itu, kenyataan menteri di atas adalah satu jawapan yang pada saya menggambarkan bukannya negara kita dunia ketiga, tetapi komen pemimpin kita yang kelas ketiga.Buat apa kita membandingkan negara kita dengan dunia ketiga yang lain? Jika kita kahu bandingkan pun, dari segi sistem pengundian, negara kita masih jauh mundur ke belakang. India dan Indonesia menggunakan dakwat kekal, tetapi tidak ada kecelakaan yang menimpa pengundi mereka. Sebaliknya yang berlaku ialah sistem pilihan raya mereka dilihat demokratik, adil dan memenuhi aspirasi rakyat. Itu yang kita mahu—satu pilihan raya yang telus dan ada integriti supaya tidak timbul kontroversi seperti sekarang ini.Jika kita mahu bandingkan sistem pilihan raya kita dengan di negara maju, kedudukannya adalah jauh panggang dari api. Di negara maju, sistem pilihan rayanya adil dan bebas, medianya bebas dan pengurusan pilihan rayanya baik. Di negara maju, mereka tidak lagi menggunakan dakwat kekal, tetapi menggunakan sistem biometrik. Apakah kita mampu menjadi seperti mereka atau telahpun mencapai tahap seperti mereka?Baiklah, jika kita tidak mahu gunakan dakwat kekal, saya mahu cadangkan dalam pilihan raya yang akan datang, kita gunakan mesin mengesan cap jari. Penggunaan mesin ini baik kerana selain dapat mengesahkan identiti pengundi, mesin ini juga secara automatiknya dapat menolak mereka yang cuba untuk mengundi dua kali. Mengapa timbulnya persepsi adanya pengundian dua kali ini? Ini kerana keraguan kepada senarai pengundi SPR? Bilakah SPR dapat menyelesaikan persepsi rakyat yang negatif ini?YB pemimpin, tolong selesaikan isu dakwat kekal ini dengan baik. Tolong jangan berikan jawapan yang berterusan mendungukan rakyat. Setakat ini, saya lihat jawapan pemimpin adalah sama seperti pengail yang mengail, tetapi memilih menggunakan umpan yang tidak dimakan ikan./FaceBook Prof Muhammad Agus Yusoff
Thursday, June 27, 2013
PROGRAM "BLACK OUT" PAHANG- PENGURUSAN KES TERHADAP SU PKR PAHANG PAGI INI DI MAHKAMAH KUANTAN
Pengurusan Kes (Case
Management) berkaitan program Suara Rakyat Suara Keramat (Blackout 505 Peringkat Negeri Pahang di Kuantan) terhadap Saudara Kamarzaman Mohamad Yunus (Setiausaha PKR
Pahang) akan dibuat di Kompleks Mahkamah Kuantan, Bandar Indera Mahkota
pada hari ini (Khamis - 27 Jun 2013) jam 9 pagi.
Beliau dipertuduhkan di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana menganjurkan program Suara Rakyat Suara Keramat "Black Out 505" peringkat Negeri Pahang tanpa kebenaran pihak Polis.
Sdr Kamarzaman - SU PKR Pahang |
Sdr Kamarzaman akan diwakili oleh peguam
Irfan Abdullah. Kepada yang berkesempatan,
bolehlah hadir untuk memberikan sokongan moral kepada beliau. Sila berpakaian dengan kemas mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah.
Wednesday, June 26, 2013
Anwar: Titah Agong hanya pandangan untuk dibahas
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam majlis perasmian sidang Parlimen ke-13 bukan satu arahan kepada Dewan Rakyat.
Sebaliknya, ia hanyalah pandangan yang diusulkan dan dinasihatkan oleh Perdana Menteri untuk pihak kerajaan bagi membolehkan perbahasan terbuka di Dewan Rakyat diadakan, katanya.
"Ucapan Tuanku adalah titah Diraja atas usul oleh perdana menteri bagi pihak kerajaan. Dan itu membolehkan ada perbahasan terbuka.
"Agong berucap berdasarkan usul oleh perdana menteri untuk pertimbangan Parlimen dan kita akan pertimbang dan bahas supaya Agong dapat maklumat tentang kecurangan besar pilihan raya.
"Kalau faham perlembagaan, ucapan pidato Tuanku Agong untuk dibahaskan, bukan arahan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian persidangan pertama Parlimen ke-13 hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas titah Tuanku yang menyeru kepada semua pihak untuk menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.
Baginda juga bertitah agar ahli Parlimen tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh memusnahkan negara. /MK
Monday, June 24, 2013
TAHNIAH DAN SYABAS DARI KEADILAN PAHANG, SEKITAR HIMPUNAN DI PADANG MERBOK
KEADILAN Negeri Pahang merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua ahli parti dan para penyokong khususnya dari Negeri Pahang yang telah hadir ke Himpunan Suara Rakyat 505 #622 bertempat di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 22 Jun 2013 baru-baru ini.
Rakyat memenuhi Padang Merbok, KL Meskipun media kawalan Umno/Bn sebelum ini mewar-warkan kononnya himpunan tersebut akan mencetuskan huru-hara dan provokasi oleh para peserta yang akan hadir di himpunan tersebut, ternyata fitnah mereka tetap merupakan suatu fitnah yang amat jahat. Bermula dengan berbagai alasan dan hujah dangkal untuk menggagalkan himpunan tersebut sehingga kepada ancaman dan ugutan dari pihak berkuasa kepada rakyat, namun semuanya tidak berkesan. Akhirnya rakyat sendiri membuat keputusan tepat bahawa himpunan tersebut wajar diadakan kerana rakyat semakin benci dan meluat dengan SPR khususnya yang bukan sahaja telah menipu bahkan bersikap angkuh lagi bongkak.
Rakyat berarak menuju ke Padang Merbok, KL tanda membantah penipuan PRU 13 Himpunan telah berjaya menarik puluhan ribu rakyat untuk berada di Padang Merbuk, bahkan ada laporan dari media asing yang menganggarkan himpunan tersebut tidak kalah dengan himpunan HKL yang telah diadakan di Stadium Merdeka sebelum ini. Rata-rata yang berada di Padang Merbok merasa puas hati bukan kerana dapat mendengar ucapan para pimpinan politik dan NGO, tetapi mereka merasa puas hati kerana dapat berarak memenuhi segenap penjuru Ibu Negara pada hari tersebut.
Kaum Cina tidak lagi takut dan segan membawa bendera PAS
Pengerusi KEADILAN Pahang yang juga MP Indera Mahkota, YB Dato; Fauzi bersama "Auntie BERSIH"
Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Bung Hatta bersama salah seorang anak muda dari Komrad SAMM Sekali lagi rakyat telah dilatih untuk bersedia dari segi mental dan fizikal melalui perarakan dan perhimpunan ini. Latihan ini penting agar kita sentiasa bersedia untuk ke jalanraya seandainya ruang demokrasi di negara ini yang semakin sempit terus tertutup buat rakyat.
Hampir kesemua pimpinan dari KEADILAN Pahang telah hadir di perhimpunan tersebut yang diketuai sendiri oleh Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang sendiri, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman yang juga selaku Ahli Parlimen Indera Mahkota. Kesemua Adun/MP dari KEADILAN Pahang juga turut hadir.
Tahniah rakyat Pahang.
Thursday, June 20, 2013
Wednesday, June 19, 2013
"JELAJAH SUARA RAKYAT - COUNTDOWN KL622" DI TEMERLOH PADA 20 JUN 2013
PAKATAN Rakyat sepakat bahawa mereka tetap akan turun ke Padang Merbok, KL pada 22 Jun ini nanti bersama-sama dengan berpuluh-puluh NGO yang lain bagi menunjukkan solidariti rakyat Malaysia semua kaum dan agama menentang sebarang bentuk penipuan oleh SPR, khususnya.
Tiada istilah 'Malaysia Spring' kerana rakyat Malaysia masih mempunyai ruang untuk suarakan kehendak mereka walaupun ruang itu terlalu sedikit bahkan cuba untuk ditutup. Jika ruang itu ditutup, maka ada lojiknya untuk kita mendakwa terdapat gerakan umpama "Arab Spring".
Sebelum kita ke Padang Merbok, KL pada 22 Jun ini, di Pahang akan diadakan 'Jelajah Suara Rakyat Countdown Menuju KL622". Program ini akan diadakan pada 20 Jun ini bermula jam 08.30 malam bertempat di Perkarangan Pejabat KEADILAN Cabang Temerloh, Persimpangan Taman Saga, Mentakab.
Program tersebut adalah anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama SAMM Pahang sendiri.
Di antara yang akan hadir adalah:
1. YB Tian Chua (PKR - MP Batu)2. YB Lee Chean Chung (PKR - Adun Semambu)3. YB Syed Hamid (PAS -Adun Semantan)4. YB Tengku Zulpuri (DAP - Adun Mentakab)5. Sdr Ahmad Nizam Hamid - Timb Pengerusi KEADILAN Pahang5. Sdr Chegu Bard - Penyelaras SAMM Kebangsaan6. Sdr Adam Adli - Mahasiswa7. Sdr Safwan Anang - Mahasiswa8. Sdr Haris - Pengerusi ABU9. Sdr Hishamuddin Rais - Aktivis10. Sdr Bung Hatta - Penyelaras SAMM Pahang11. Sdr WFauzdin NS - Wakili KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera)
Orang ramai dijemput hadir dan mohon hebahkan.
Tuesday, June 18, 2013
DAP, PAS Turut Kerah Anggota ‘Hitamkan’ Padang Merbok 22 Jun Ini
KUALA LUMPUR, 17 JUN: DAP sudah mengarahkan anggotanya dari pelbagai peringkat agar turun beramai-ramai ke himpunan ‘Black 505′ 22 Jun ini di Padang Merbok, kata Pengarah Pendidikan Politik parti itu, Liew Chin Tong.
“Kami menyokong penuh himpunan ini dan akan turun beramai-ramai pada 22 Jun sebagaimana hasrat yang sudah dinyatakan pimpinan tertinggi parti.
Kami juga bersetuju dengan tiga tujuan himpunan diadakan termasuk mendesak semua anggota SPR terutama pengerusi dan timbalannya meletak jawatan kerana bersubahat menipu dalam pilihanraya,” katanya kepada Keadilandaily.
Beliau yang juga antara wakil DAP dalam jawatankuasa himpunan itu turut mencadangkan pelantikan anggota SPR baru bukan sahaja mesti dipersetujui bersama oleh Pakatan Rakyat, BN dan NGO tetapi mesti diurus sebuah jawatankuasa khas parlimen yang bebas.
Mesyuarat Pas Pusat tegaskan ahli turun Padang Merbok
Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menegaskan semua anggota parti itu diharuskan hadir pada himpunan itu sebagaimana keputusan mesyuarat PAS Pusat pada 3 Jun lalu yang turut dihadiri presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Kita pasti akan turun dan arahan kepada semua ahli parti sudah dikeluarkan sebagaimana dipersetujui dalam mesyuarat PAS Pusat pada 3 Jun lalu,” katanya yang juga Timbalan Presiden PAS Pusat.
Kehadiran itu katanya sebagai tanda solidariti bersama rakyat membantah penipuan dalam PRU lalu terutama melibatkan konspirasi SPR bersama Umno-BN.
“Selamat berhimpun dan ajak seramai mungkin keluarga dan kenalan dengan berpakaian hitam pada himpunan 22 Jun ini,” katanya lagi.
Sumber: Keadilan Daily
Monday, June 17, 2013
RAKYAT BANGKIT TUNTUT HAK - ULAMAK
Sistem p’raya pincang, ulama gesa rakyat bangkit tuntut hak
KUALA LUMPUR, 15 JUN: Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin berkata, umat Islam tidak boleh membiarkan penipuan tanpa sebarang usaha mencegah, terutamanya melibatkan sistem pilihan raya yang pincang.
“Pasrah kepada kezaliman dan penyelewengan bukan akhlak Islam. Kita wajib bangkit menuntut kembali hak kita yang dinafikan.“Islam melarang kita melihat kemungkaran tanpa berusaha untuk mencegahnya,” katanya kepada Keadilandaily
Justeru,, beliau menyokong kuat usaha penganjur himpunan Suara Rakyat Black 505 dan menyeru rakyat Malaysia untuk hadir beramai-ramai ke himpunan akan diadakan di Padang Merbok 22 Jun ini.
Tegasnya, rakyat Malaysia tidak sepatutnya berasa lemah semangat dan pasrah dengan keputusan pilihan raya umum lalu kerana diketahui dicemari dengan pelbagai bentuk penipuan.
“Keputusan pilihan raya lalu mendedahkan seluruh rakyat kepada sistem demokrasi yang herot. Himpunan itu nanti menjadi platform terbaik menyedarkan rakyat hak mereka yang dicabuli pemerintah,” kata Aziz.
Katanya, sesebuah negara tidak akan dapat melahirkan rakyat yang bermaruah dan bermartabat akibat cara pemilihan pemimpin negara yang penuh tipu helah dan muslihat.
“Usaha dilakukan penganjur Blackout 505 patut disokong oleh semua rakyat yang cintakan keadilan,” tegasnya.
Oleh Mohd Arif Juhani - Keadilan Daily
Friday, June 14, 2013
Pakatan Rakyat perintah jika menang 25 petisyen - Hatta Ramli
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mampu mengambilalih pemerintahan negara daripada BN, jika menang kesemua 25 petisyen PRU13 bagi kawasan Parlimen yang difailkan di Mahkamah Tinggi yang telah berakhir tempohnya kelmarin.
Parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi dan daripada jumlah itu, parti-parti yang bertanding memerlukan 149 kerusi untuk mendapatkan majoriti 2/3 serta 112 kerusi untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.
Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, berdasarkan perkiraan itu, Pakatan sememangnya sudah berkemampuan untuk mengambil alih pemerintahan daripada BN di peringkat Persekutuan jika menang 25 petisyen itu.
Menurut beliau, Pakatan kini telah memiliki 89 kerusi di Parlimen dan sekiranya menang 25 petisyen itu menjadikan jumlah kerusi yang dimiliki oleh Pakatan nanti sebanyak 114, melebihi dua kerusi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.
Katanya, namun proses untuk mengambilalih pemerintahan daripada BN itu tidak akan berlaku secara langsung jika 25 petisyen itu berpihak kepada Pakatan, sebaliknya mesti melalui pilihan raya semula bagi kesemua kawasan Parlimen terbabit.
“Syaratnya, Pakatan Rakyat mestilah menang dalam pilihan raya semula yang akan diadakan di 25 kawasan parlimen itu. Jadi syaratnya, kita kenalah bekerja kuat untuk mencapai kemenangan itu,” katanya ketika dihubungi.
Untuk rekod, Pakatan Rakyat telah memfailkan sejumlah 39 petisyen bagi pilihan raya kali ini. Dari jumlah itu 25 adalah kerusi parlimen manakala 14 lagi adalah kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).
HarakahDaily
Thursday, June 13, 2013
Bohong isu penurunan kereta, Utusan harus minta maaf
KUALA LUMPUR, 13 JUN: Utusan Malaysia harus meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan pengeluar kereta yang dimanipulasi kononnya penurunan harga kereta syarikat mereka sebahagian dari manifesto pilihan raya BN.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tindakan Utusan menyiar berita palsu itu tindakan terdesak melindungi kegagalan Umno mencari makanisme menurunkan harga kereta seperti dijanjikan.
“Utusan mestilah memohon maaf segera kepada semua rakyat Malaysia disamping pembuat-pembuat kereta di atas berita ini.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tindakan Utusan menyiar berita palsu itu tindakan terdesak melindungi kegagalan Umno mencari makanisme menurunkan harga kereta seperti dijanjikan.
“Utusan mestilah memohon maaf segera kepada semua rakyat Malaysia disamping pembuat-pembuat kereta di atas berita ini.
“Laporan Utusan bahawa 10 model kereta telah mencatatkan penurunan harga adalah suatu percubaan terdesak untuk memperbodohkan rakyat.
“Kedua-dua Volkswagen dan Peugeot sudah menafikan dakwaan tersebut,” kata Nik Nazmi dalam kenyataannya.
Pada 10 Jun lalu, akhbar milik itu melapor kerajaan memenuhi janji menurunkan harga kereta secara berperingkat apabila lima syarikat pengeluar
kereta mengumumkan penurunan harga 10 model kereta keluaran mereka.
Utusan melapor, penurunan antara RM449 hingga RM12,775 (dari 0.7 hingga 11 peratus) dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini membabitkan kereta keluaran Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda.
Bagaimanapun Volkswagen dan Peugeot Malaysia di Facebook menjawab soalan pelayar Internet, menafikan dakwaan Utusan Malaysia.
Volkswagen Malaysia menjelaskan, harga model Golf tidak diturunkan dari RM169,888 kepada RM157,888, sebaliknya memang dilancarkan dengan harga RM157,888.
Manakala Peugeot menyatakan, harga ditunjukkan iaitu 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya dua varian berbeza dari Peugeot 308.
“Komitmen untuk menurunkan harga kereta oleh UMNO-BNI dibuat hanya selepas mereka menyedari betapa popularnya kempen Turunkan Harga Kereta Pakatan.
Tuesday, June 11, 2013
SENARAI KAWASAN YANG DIFAILKAN PETISYEN OLEH PR
25 PETISYEN PILIHANRAYA PARLIMEN DIFAILKAN
Saya boleh mengesahkan bahawa bermula hari ini, ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat akan memfailkan petisyen pilihanraya di kawasan-kawasan Parlimen berikut:
DIFAILKAN OLEH PKR
1. P014 Merbok
2. P018 Kulim Bandar Baru
3. P026 Ketereh
4. P029 Machang
5. P053 Balik Pulau
6. P072 Tapah
7. P075 Bagan Datok
8. P075 Bagan Datok (petisyen perbelanjaan melebihi RM200,000)
9. P092 Sabak Bernam
10. P118 Setiawangsa
11. P140 Segamat
12. P144 Ledang
13. P146 Muar
14. P158 Tebrau
15. P159 Pasir Gudang
16. P168 Kota Marudu
17. P177 Beaufort
18. P182 Pensiangan
19. P220 Baram
DIFAILKAN OLEH PAS
1. P093 Sungai Besar
2. P096 Kuala Selangor
3. P119 Titiwangsa
4. P161 Pulai
DIFAILKAN OLEH DAP
1. P078 Cameron Highlands
2. P142 Labis
Ini bermakna 25 petisyen membabitkan 24 kerusi Parlimen telah dan akan difailkan bermula hari ini sehingga hari Rabu. Bagi kerusi Bagan Datok, selain petisyen pilihanraya, satu petisyen berasingan difailkan berhubung kesalahan calon BN, Dato’ Seri Zahid Hamidi melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk sesuatu pilihanraya.
Selain 24 kerusi Parlimen ini, Pakatan Rakyat juga memfailkan 10 petisyen pilihanraya bagi kerusi DUN di seluruh negara (9 DUN yang ditandingi PAS dan 1 DUN yang ditandingi PKR).
Serentak dengan petisyen-petisyen ini, PKR juga akan memfailkan tindakan undang-undang berikut dalam tempoh 3 minggu dari sekarang:
1. Saman terhadap Pengerusi SPR, Timbalan Pengerusi SPR dan ahli-ahli SPR diatas kegagalan melaksanakan dakwat kekal;
2. Petisyen pilihanraya menuntut mahkamah menyemak senarai pengundi yang dicemari pengundi hantu di Sabah berdasarkan keterangan yang dibuat di Suruhanjaya Diraja setakat ini dan kajian dalaman PKR;
3. Tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan pindaan Seksyen 9A yang menghalang kesahihan daftar undi dicabar dimahkamah bertentangan (ultra vires) dengan Perlembangan. Pasukan PKR yang akan memulakan tindakan undang-undang ini akan diketuai oleh Prof Dr Aziz Bari, pakar perlembagaan.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan
10 JUN 2013
Monday, June 10, 2013
SPR GAGAL - PROF MOHAMAD AGUS
Saya tidak sependapat dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR yang menyatakan SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Pada saya SPR gagal.
Jika SPR berjaya, maka untuk apa PM mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas terdiri dari Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR pada 1 Jun 2013.
Saya yakin jika SPR berjaya menjalankan tugasnya dengan baik, PM tidak akan membuat pengumuman sedemikian. Saya yakin jika SPR berjaya menjalankan tugasnya dengan baik tidak akan berlaku bantahan dan perhimpunan 505 seperti yang berlaku sekarang ini.
Bagi saya, jika sekadar menyediakan dakwat kekal pun gagal dilaksanakan dengan baik, jika sekadar menyediakan daftar pemilih yang bersih gagal dilaksanakan dengan baik, maka saya kira sudah sampai masanya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan.
Jika SPR berjaya, maka untuk apa PM mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas terdiri dari Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR pada 1 Jun 2013.
Saya yakin jika SPR berjaya menjalankan tugasnya dengan baik, PM tidak akan membuat pengumuman sedemikian. Saya yakin jika SPR berjaya menjalankan tugasnya dengan baik tidak akan berlaku bantahan dan perhimpunan 505 seperti yang berlaku sekarang ini.
Bagi saya, jika sekadar menyediakan dakwat kekal pun gagal dilaksanakan dengan baik, jika sekadar menyediakan daftar pemilih yang bersih gagal dilaksanakan dengan baik, maka saya kira sudah sampai masanya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan.
Cumanya, yang saya tidak faham dengan pengumuman PM ini ialah kenapa perlu ditubuhkan jawatankuasa untuk memantau SPR?
Saya kira tidak perlu jawatankuasa untuk memantau SPR kerana SPR adalah sebuah badan bebas. Yang kita perlu sekarang ialah anggota SPR yang boleh bertindak cekap untuk mengurus pilihan raya yang adil dan bebas. Itu yang kita belum ada!
Begitupun, sekiranya kerajaan ingin menubuhkan jawatankuasa bagi mereformasikan SPR dan sistem pilihan raya kita, maka hal berikut perlu diberikan perhatian:
(i) kerajaan perlulah menubuhkan sebuah panel yang terdiri dari wakil parti mengikut kuota undi popular yang diterima oleh parti, dan setiap parti hendaklah berhak menamakan wakil masing-masing, bukannya ditentukan oleh kerajaan;
(ii) jawatankuasa ini juga perlulah diberi rangka kerja untuk mengkaji beberapa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981, Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002 dan Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003
Di akhir analisisnya, saya merasakan kerajaan dan PR perlu mengambil tindakan berikut:
(i) mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR supaya meletakkan jawatan,
(ii) PR menghentikan perhimpunan 505 bagi memberi peluang kepada proses petisyen pilihan raya diadili di mahkamah undang-undang.
Dengan pendekatan ini, semoganya tidak ada lagi perhimpunan 505 diadakan dan kerajaan boleh terus menumpukan masa untuk merancang pembangunan negara. Sesungguhnya, rakyat dahagakan kehidupan yang selesa.
- Mohamad Agus Yusoff
Sumber: FB Mohamad Agus Yusoff
Saya kira tidak perlu jawatankuasa untuk memantau SPR kerana SPR adalah sebuah badan bebas. Yang kita perlu sekarang ialah anggota SPR yang boleh bertindak cekap untuk mengurus pilihan raya yang adil dan bebas. Itu yang kita belum ada!
Begitupun, sekiranya kerajaan ingin menubuhkan jawatankuasa bagi mereformasikan SPR dan sistem pilihan raya kita, maka hal berikut perlu diberikan perhatian:
(i) kerajaan perlulah menubuhkan sebuah panel yang terdiri dari wakil parti mengikut kuota undi popular yang diterima oleh parti, dan setiap parti hendaklah berhak menamakan wakil masing-masing, bukannya ditentukan oleh kerajaan;
(ii) jawatankuasa ini juga perlulah diberi rangka kerja untuk mengkaji beberapa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981, Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002 dan Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003
Di akhir analisisnya, saya merasakan kerajaan dan PR perlu mengambil tindakan berikut:
(i) mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR supaya meletakkan jawatan,
(ii) PR menghentikan perhimpunan 505 bagi memberi peluang kepada proses petisyen pilihan raya diadili di mahkamah undang-undang.
Dengan pendekatan ini, semoganya tidak ada lagi perhimpunan 505 diadakan dan kerajaan boleh terus menumpukan masa untuk merancang pembangunan negara. Sesungguhnya, rakyat dahagakan kehidupan yang selesa.
- Mohamad Agus Yusoff
Sumber: FB Mohamad Agus Yusoff
Thursday, June 6, 2013
LAMAN WEB PUSAT KHIDMAT PARLIMEN INDERA MAHKOTA KINI BEROPERASI
Kepada semua terutamanya kepada rakyat di kawasan Parlimen Indera Mahkota, kini telah diwujudkan laman web Parlimen Indera Mahkota yang kini disandang oleh YB Dato' Fauzi Abdul Rahman.
Sebarang aktiviti dan program yang melibatkan Ahli Parlimen Indera Mahkota akan disiarkan di dalam laman web berkenaan. Anda juga boleh mengajukan apa jua permasalahan yang memerlukan khidmat atau bantuan dari Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota melalui laman web ini. Anda juga boleh terus berhubung dengan Staf Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota bertempat di alamat Lot 1051, KM 8, Jalan Beserah, Kuantan (Pejabat PKR Negeri dahulu).
Kunjungi laman web Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota di sini http://inderamahkota.my/v1/
Monday, June 3, 2013
NAJIB HANYA LAYAK JADI PEMIMPIN UMNO BUKAN PEMIMPIN NEGARA
Nampaknya memang benarlah Umno kini ketandusan pemimpin yang boleh diangkat sebagai pemimpin parti jauh sekali sebagai pemimpin negara. Kenyataan Dr Mohd Fuad Zarkashi yang mahukan Najib dan Muhyiddin dikekalkan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden Umno sudah cukup untuk membuktikan kedua-dua mereka adalah yang 'terbaik' di dalam Umno kini.
Mohd Puad dalam satu laporan Berita Harian
berkata, beliau tidak melihat pemimpin lain yang layak menggantikan
gandingan Presiden Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan, Tan Sri
Muhyiddin Yassin pada waktu ini. “Secara peribadi saya tidak nampak siapa yang berpotensi berada di kerusi mereka,” katanya seperti dipetik akhbar tersebut. (Malaysiakini).
Kita tahu prestasi Najib jauh lebih teruk dari Pak Lah. Kerusi Parlimen berkurangan 7 Kerusi berbanding di zaman Pak Lah. Pada tahun 2008, Bn kuasai 140 Kerusi Parlimen tetapi ghuyub di bawah Najib menjadikan 133 Kerusi Parlimen sahaja di dalam PRU 13 baru-baru ini. Hebat sangatkah Najib dan Muhyiddin? Di Johor, negeri Muhyiddin sendiri PR berjaya merampas begitu banyak sekali Kerusi Dun. Hebat sangatkah Muhyiddin?
Jika di zaman Pak Lah, Bn tidak memperolehi 2/3 majoriti, apa lebihnya zaman Najib, bahkan lebih teruk di zaman Najib yang hanya memperolehi sokongan rakyat lingkungan 47% sahaja, itu pun dengan berbagai kaedah yang 'luar biasa' sekali. Undi awal undi pos, pengundi pendatang asing, dakwat tidak kekal dan berbagai lagi, itu semua terkandung di dalam peratusan sokongan terhadap Najib. Hebat sangatkah?
Jika demikian keadaannya, memang tepat bahawa Umno kini sudah sampai waktunya untuk dikuburkan. Fuad Zarkashi sebut, Najib berjaya tingkatkan Kerusi Umno sahaja. Ini bererti Najib hanya layak jadi pemimpin Umno bukan pemimpin negara ini.
Sunday, June 2, 2013
Saturday, June 1, 2013
SEKAT SAYA MASUK KE SABAH ARAHAN KM SABAH - YB NURUL IZZAH
31 MEI 2013
Semalam, 30 Mei 2013, saya telah ditahan apabila kad pengenalan saya diambil di pintu masuk imigresen untuk menghalang saya daripada memasuki negeri Sabah, walaupun hak saya selaku warganegara Malaysia termaktub di bawah Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63:
67. Hak untuk masuk ke Negeri Malaysia Timur bagi menjalankan hak-hak politik.
Semalam, 30 Mei 2013, saya telah ditahan apabila kad pengenalan saya diambil di pintu masuk imigresen untuk menghalang saya daripada memasuki negeri Sabah, walaupun hak saya selaku warganegara Malaysia termaktub di bawah Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63:
67. Hak untuk masuk ke Negeri Malaysia Timur bagi menjalankan hak-hak politik.
Seksyen 66 (1) hendaklah tidak berkuatkuasa dalam hubungan dengan seseorang warganegara yang memasuki Negeri Malaysia Timur hanya untuk menceburkan diri dalam aktiviti politik yang sah; tetapi beban membuktikan bahawa seseorang itu berhak memasuki Negeri Malaysia Timur di bawah seksyen ini terletak ke atasnya.
Lawatan saya ke Sabah adalah untuk menghadirkan diri dalam program Parti Keadilan Rakyat Sabah di samping menyambut pesta Kaamatan bersama warga tempatan.
Alasan yang diberikan atas penahanan saya adalah atas arahan Pejabat Ketua Menteri Sabah. Saya juga difahamkan ada nama-nama lain, termasuk aktivis tempatan beserta ahli politik Pakatan Rakyat yang akan juga dinafikan kemasukan ke dalam negeri Sabah atas arahan Pejabat Ketua Menteri Sabah.
Sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia, dan warganegara Malaysia, tindakan menyekat kemasukan yang tidak rasional dan bersebab ini merupakan salah guna kuasa yang melampau dan cukup anti-demokratik. Permohonan saya untuk mendapatkan senarai nama mereka yang terlarang ditolak atas sebab-sebab kerahsiaan. Tiada alasan lain diberikan dalam tangkapan dan penafian masuk saya ke Sabah.
Sekiranya saya dianggap mengancam keselamatan warga Sabah, maka kemukakan rasional serta penjelasan atas dakwaan tersebut. Rasional yang sama juga perlu diberikan dalam kes YB Tian Chua, Ahli Parlimen Batu dan Naib Presiden KEADILAN, yang juga dinafikan kemasukan pada 7 April yang lalu.
Isu keselamatan negara dan persempadanan tidak boleh sama sekali dipolitikkan. Malang, tindakan menghalang saya daripada masuk ke Negeri di Bawah Bayu ini berlaku di kala Sabah berhadapan dengan kebolosan sempadan – termasuklah pengeluaran kad pengenalan secara haram seperti yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja Sabah. Seharusnya tumpuan kerajaan negeri adalah mengawal selia masalah kebolosan yang mendesak ini, bukan menyalahgunakan kuasa dengan menafikan hak demokrasi dan aktiviti politik pimpinan Pakatan Rakyat demi mempertahan kedudukan UMNO mahupun BN.
Justeru itu, isu keselamatan dan kedaulatan negara sepatutnya tidak diperlekehkan dengan menjadikan ia alat politik menindas rakyat.
KEADILAN akan menghantar surat rasmi ke Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk mengemukakan aduan rasmi serta mendapatkan penjelasan sepenuhnya mengenai isu ini. KEADILAN akan turut meminta senarai nama-nama mereka yang dihalang memasuki negeri Sabah, serta sebab-sebab mereka dihalang.
Pada masa yang sama, YB Darrell Leiking, Ahli Parlimen Penampang, akan mengetuai sebuah jawatankuasa guaman di Sabah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri yang akan difailkan di Kota Kinabalu kelak.
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden KEADILAN
Subscribe to:
Posts (Atom)