20 MAC 2013
Sejak
pencerobohan di Lahad Datu berlaku, pelbagai spekulasi timbul akibat
maklumat yang samar-samar yang diberikan oleh Dato’ Seri Najib Tun
Razak, sebagai penjawat awam tertinggi yang bertanggungjawab kepada
rakyat.
Salah
satu persoalan yang paling besar ialah latar belakang kumpulan
bersenjata ini. Walaupun secara rasminya mereka diisytiharkan sebagai
orang asing dari satu kumpulan yang mewakili Kesultanan Sulu, banyak
spekulasi timbul apabila ada tokoh-tokoh pimpinan tertentu dari kumpulan
itu yang dikatakan rakyat Malaysia.
Perkara
ini penting kerana ia membayangkan kesan sampingan Projek IC yang
dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamad dan setakat ini disahkan oleh
keterangan-keterangan kepada Suruhanjaya diRaja Mengenai Kerakyatan di
Sabah. Wujudnya tokoh-tokoh dari kumpulan bersenjata Sulu ini dari
kalangan rakyat Malaysia mengesahkan keresahan rakyat bahawa pemberian
kerakyatan bagi tujuan politik tanpa melalui proses yang sah mengundang
ancaman keselamatan.
Sejak
tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu, KEADILAN telah mengadakan
pertemuan dengan penduduk tempatan untuk cuba mendapat maklumat lanjut
mengenai latar belakang tokoh-tokoh ini. Salah seorang yang sering
disebut ialah ketua kumpulan itu sendiri yang menggelarkan dirinya Raja
Muda Sulu, bernama Agbimudin @ Azzimuddie Kiram.
Maklumat
awal penduduk tempatan menyatakan bahawa dia pernah bertugas sebagai
pegawai kerajaan di Pejabat Daerah Kudat dan mengesahkan bahawa dia
adalah rakyat Malaysia setelah diberikan kad pengenalan.
Dari
maklumat tersebut, Timbalan Setiausaha Agong KEADILAN, Sdr Darell
Leiking telah menjejaki maklumat kakitangan Kerajaan Negeri Sabah di
beberapa tempat termasuklah di Jabatan Arkib Negara Sabah.
Dari maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti
yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah, disahkan bahawa Datu
Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat
Daerah Kudat dengan lantikan bermula 1 Mac 1974 bergaji RM610 sebulan.
(Sila rujuk dokumen Senarai Kakitangan 1975 yang disertakan bersama)
Dengan
maklumat ini, Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak lagi boleh bersembunyi
disebalik alasan keselamatan nasional untuk mengelak dari menjawab
soalan-soalan yang berlegar di pemikiran rakyat:
1. Berapa
orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata merupakan rakyat
Malaysia yang berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru
seperti Agbimudin Kiram?
2. Berapa orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata rakyat Malaysia itu adalah ahli Umno?
3. Kenapa
Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak berterus terang dengan rakyat bahawa
ketua kumpulan bersenjata ini adalah rakyat Malaysia berasal dari
Filipina yang diberikan kad pengenalan biru?
Penemuan
ini membuka dimensi baru mengenai pencerobohan ini yang jelasnya
mengesahkan hubung kait di antara pencerobohan bersenjata dengan Projek
IC yang dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamad dan Umno.
Untuk
mengupas perkara ini dengan lebih lanjut, KEADILAN akan meganjurkan
Bicara Kedaulatan dan Keselamatan Negara (BKKN) dalam bentuk forum yang
disertai oleh Leftenan Jeneral (B) Dato’ Abdul Ghafir Abdul Hamid
(mantan Timbalan Panglima Tentera Darat) dan Tuan Yusuf Barji (mantan
Penolong Pesuruhjaya Polis/ACP dan Pengarah Cawangan Khas PDRM Sabah) di
Kuala Lumpur, Sungai Petani dan Johor Bahru.
BKKN
yang pertama akan berlangsung di Dewan Dato’ Ahmad Razali Ampang pada
hari Khamis, 21 Mac 2013 jam 9 malam dan akan dipengerusikan oleh saya
sendiri. Melaui BKKN, persoalan hubungkait Projek IC dan ancaman
keselamatan akibat dari semborono Umno itu akan dikupas dengan
sejelasnya, selain dari isu-isu kedaulatan dan keselamatan negara yang
lain.
KEADILAN
menunggu jawapan dari Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Tun Mahathir
Mohamad agar perkara sebenarnya dapat dijelaskan kepada rakyat.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
DARELL LEIKING
Timbalan Setiausaha Agong
No comments:
Post a Comment