Baru-baru ini di Bentong, Setiausaha Agung DAP YB Lim Guan Eng telah membuat pengumuman bahawa DAP akan bertanding di Parlimen Bentong dengan meletakkan Wong Tack, aktivis Kumpulan Hijau yang terkenal sebagai calon parti tersebut.
Parlimen Bentong sebelum ini adalah kerusi yang diperuntukan kepada PKR namun bagi menghadapi PRU ke 13 ini beberapa rundingan telah dijalankan di antara PKR dan DAP bagi menentukan calon dan parti manakah yang mempunyai kelebihan dan mampu untuk menggugat Bn di kerusi panas tersebut. Di dalam perjumpaan dan rundingan yang beberapa kali telah diadakan, PKR tiada masalah untuk memberikan kerusi Parlimen Bentong kepada DAP demi untuk menambah bilangan kerusi di peringkat Persekutuan agar objektif PR menuju Putrajaya lebih terbuka, tetapi PKR juga berpendapat parti ini juga mempunyai peluang yang besar untuk menang di beberapa kerusi Dun yang sebelum ini dimiliki oleh DAP di Pahang.
Barisan MPN PKR Pahang bergambar selepas selesai Mesyuarat Khas semalam |
Sehubungan itu, satu persetujuan telah dibuat awal dahulu iaitu PKR bersedia untuk melepaskan Kerusi Parlimen Bentong kepada DAP dengan tukaran bahawa PKR mahu DAP memberi laluan untuk PKR di dua buah kerusi Dun iaitu di Dun Ketari (Bentong) dan Dun Tanah Rata (Cameroon Highland) yang sebelum ini adalah kerusi milik DAP.
Apabila DAP kelmarin mengumumkan bahawa Parlimen Bentong akan diwakili oleh parti tersebut, maka ini bermakna rundingan pembahagian kerusi di antara PKR dan DAP yang tertunggak begitu lama telah selesai dan PKR kini bersedia untuk meletakkan calon di Dun Ketari dan Dun Tanah Rata sebagaimana rundingan di peringkat awal.
Sdr Zaidi Ahmad (Pengarah Strategi PKR Pahang) mengadakan Sidang Media sejurus selesai mesyuarat |
PKR Pahang di dalam satu Mesyuarat Khas pagi semalam (13 Mac 2013) membuat keputusan menyokong penuh calon dari DAP yang bertanding di Parlimen Bentong dan PKR akan mengarahkan semua jentera di Bentong untuk turun membantu DAP di dalam menentukan kemenangan di Parlimen tersebut. Di dalam masa yang sama, PKR juga mengharapkan agar DAP boleh memberikan komitmen untuk bersama menggerakkan jentera PR di Dun Ketari dan Dun Tanah Rata agar matlamat PR menawan Pahang akan tercapai.
PKR juga telah menetapkan calonnya di kedua-dua Dun tersebut. Justeru itu, pengumuman dari DAP dan juga dari PKR Pahang ini telah berjaya menyelesaikan masalah pembahagian kerusi yang tertangguh sekian lama. Mesyuarat semalam juga mengambil keputusan bahawa pembahagian kerusi di Negeri Pahang kini sudah selesai dan dimuktamadkan.
Mulai sekarang, PKR kini mula fokus kepada gerak kerja pilihanraya dan mempunyai keyakinan hasil dari kerjasama di antara PAS dan DAP, kita mampu membuat kejutan di Negeri Pahang di dalam PRU ke 13 nanti, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment