Menjelang PRU ke 13 ini, kita harus berhati-hati dengan pihak-pihak tertentu yang kononnya mewakili 'Third Force" mengaku 'Pro Rakyat" tetapi tidak berparti dan ada juga yang bekas ahli parti cuba untuk mengambil kesempatan untuk kepentingan diri mereka.
Kaedah mereka adalah dengan melaga-lagakan parti di dalam Pakatan Rakyat, kemudiannya mereka akan tampil menjadi calon kononnya untuk meredakan keadaan. Contohnya, di kerusi Dun Teruntum kini menjadi perhatian mereka untuk cuba dipecah-belahkan sesama Pakatan Rakyat. Dijaja merata-rata kononnya berlaku perpecahan di antara KEADILAN dan DAP berkaitan calon di Dun Teruntum, dan pihak ini mengaitkan pula bagaimana Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh telah berbelanja besar untuk mengubahsuai kenderaan bagi kegunaan berkempen.
YB Fuziah Salleh pula dijadikan sasaran |
Jelas, pihak ini cuba menunjukkan seolah-olah Ahli Parlimen Kuantan ini berbelanja besar dan mereka persoalkan dari mana datangnya wang untuk mengubahsuai kenderaan yang digunakan untuk berkempen. Niat pihak ini adalah untuk menimbulkan kesangsian terhadap YB Fuziah Salleh sekaligus mereka ingin menunjukkan pihak mereka lah selama ini yang berjuang untuk rakyat sekitar Parlimen Kuantan. Kita semua tahu beberapa orang yang mengaku dari kumpulan "Third Force" kononnya 'Pro Rakyat" ini hanya berhajat untuk menjadi calon Bebas di dalam PRU akan datang. Sebelum ini mereka cuba mengkucar-kacirkan Pakatan Rakyat di Parlimen Indera Mahkota, namun mereka gagal kerana di Parlimen Indera Mahkota kini kekuatan Pakatan Rakyat semakin kukuh bahkan tidak beberapa lama lagi satu kejutan bakal berlaku di kawasan ini yang akan mengejutkan Umno di kawasan tersebut.
Kita dapat maklumat, terdapat bekas ahli KEADILAN yang kecewa dan mengaku kononnya beliau adalah 'Pro Rakyat" akan bertanding di kawasan yang mana melibatkan pertandingan di antara calon kaum Cina dari Pakatan Rakyat menentang calon Cina dari Bn. Kerusi Dun Teruntum atau Dun Semambu menjadi impiannya, justeru itu mereka cuba melaga-lagakan KEADILAN, PAS dan DAP untuk memenuhi hajat mereka.
Sehubungan itu, kita harus menolak kumpulan "Third Force" yang mengaku "Pro Rakyat" ini apatah lagi kita kenali orang ini umpama 'lalang' yang ke hulu ke hilir dan tidak langsung punyai prinsip.
No comments:
Post a Comment