KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, July 17, 2012

VIDEO - HASSAN ALI SETARAF UMI HAFILDA YANG MENGHINA HUKUM ISLAM

Di dalam satu ceramahnya di Batu Caves baru-baru ini, Hassan Ali bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat dari PAS telah meletakkan dirinya setaraf dengan Umi Hafilda jika pun tidak lebih dari Blogger upahan lucah Papagomo. Beliau secara jelas menuduh Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali telah sanggup "berkongsi isteri". 
Betapa jijik dan jahat serta busuknya hati Hassan Ali semenjak ditendang keluar dari PAS. Dendam kesumat beliau telah mengatasi ilmu agama yang sedikit ada padanya. Apakah Hassan Ali mahu menafikan hukum Al-Quran yang melarang menuduh seseorang Muslim dengan perbuatan zina tanpa mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan Allah? Adakah beliau menjadi 'sesat' setelah keluar dari PAS? 
Apa bezanya Hassan Ali dengan 'Datuk T'? Bezanya, "Datuk T' telah mengaku menjadi `Penerbit' kepada video seks dan mereka berani `bersumpah laknat' tentang dakwaan mereka terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sehingga kini, tiada seorang Ulamak pun berani menyebut bahawa tindakan "Datuk T" itu menepati hukum Islam berkaitan isu tuduhan zina seperti yang mereka dakwa itu. Tetapi Hassan Ali tanpa video, jauh sekali beliau melihat dengan kedua-dua matanya telah sanggup menuduh YB Azmin Ali `berkongsi' isteri. 
Jelas sekali Hassan Ali kini menjadi kuda tunggangan Iblis Laknatullah untuk mengelirukan umat Islam. Hakikatnya, Hassan Ali mahu melindungi `aib'nya yang sudah terbongkar iaitu beliau sebenarnya mengidamkan kerusi MB Selangor. Semua sudah tahu kisah Hassan Ali ini yang juga merasa malu apabila didedahkan belanja ubahsuai pejabat beliau sewaktu menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor memakan belanja paling tinggi.

No comments:

Post a Comment