Saban hari media Umno memburuk-burukkan Pakatan Rakyat, namun hakikatnya rakyat sendiri yang boleh menilai mana satukah intan berlian dan mana satukah kaca berbisa. Sehingga kini, tiada satu isu pun yang benar-benar boleh menjejaskan nama baik pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya yang kini sedang mengetuai beberapa kerajaan negeri.
Umno sentiasa mencari-cari isu untuk dijelmakan kepada rakyat kononnya kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat lebih teruk daripada mereka memerintah. Siapa yang boleh percaya akan propaganda murahan Umno ini, sedangkan Laporan Audit Negara sendiri pun memberikan pujian kepada negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat. Akhirnya, apabila kehabisan modal maka isu sampah yang tidak dikutip atau lewat dikutip pun menjadi isu besar seolah-olah lebih besar dari isu PKFZ, isu NFC atau isu rasuah Khir Toyo.
Datuk Jefrydeen bersama MB Selangor, Tan Sri Khalid |
Kelmarin di Selangor, seorang artis veteren iaitu Datuk Jefrydeen telah menerima surat hak milik tanah daripada kerajaan negeri. Tanah yang kini menjadi milik beliau secara sah berada di Kampong Melayu Subang Tambahan. Beliau di antara 20 penerima hak milik tanah di kawasan itu telah menetap di tanah tersebut sejak tahun 1996 tetapi tidak mendapat hak milik tanah sehinggalah kerajaan negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat.
“Saya berasa syukur dan gembira kerana menunggu lebih 10 tahun dan akhirnya ia menjadi kenyataan. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang prihatin akan masalah ini serta meluluskan permohonan saya. Sebelum ini saya pernah memohon beberapa kali sejak 1999 tetapi gagal,” kata penyanyi 65 tahun yang popular dengan lagu “Kenanganku” dan "Mas Mona" itu.
Majlis penyerahan itu disempurnakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan dihadiri Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Rodziah Ismail, serta ADUN Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim.
Apakah beliau mendapat hak milik tanah tersebut setelah menyertai PKR, PAS atau DAP? Jawapannya tidak. Bahkan difahamkan beliau adalah penyokong kuat Umno. Adakah penyokong Umno tidak berhak memiliki tanah? Penyokong Umno juga berhak memiliki tanah kerana tanah ini anugerah Allah bukan dijadikan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Pemimpin cuma pemegang amanah agar boleh mengurus negara atau negeri dengan baik, jujur dan amanah. Inilah dasar Pakatan Rakyat dan inilah juga yang bakal direalisasikan sekiranya kita dipilih untuk mentadbir negara ini.
No comments:
Post a Comment