KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, July 27, 2012

Pakatan pelawa tema baru Hari Merdeka

Selepas memberi kerajaan tempoh seminggu untuk menukar tema sambutan Hari Kebangsaan, Pakatan Rakyat meminta orang ramai menghantar cadangan tema baru bagi menggantikan tema 'Janji ditepati' yang dianggapnya berat sebelah.



"Tema Sambutan Hari Kebangsaan yang dibuat sama dengan tema Kempen Barisan Nasional adalah tindakan yang tidak dapat diterima rakyat.

"Ini adalah kali pertama sambutan Hari Kebangsaan yang merupakan hari keramat setiap lapisan rakyat dicabuli dengan agenda parti bertujuan mengekalkan kuasa," kata pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Orang ramai boleh emelkan cadangan mereka kepada sekretariatpakatan@gmail.com.

Atau menghantarnya kepada Sekretariat Pakatan Rakyat, di alamat No. 17, Jalan 16/2, Seksyen 16, 16350 Petaling Jaya or faxed to 03-7958 1593./Malaysiakini

No comments:

Post a Comment