KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, July 22, 2012

NAIB PENGERUSI KEADILAN SARAWAK TERBUNUH - TAKZIAH DARI KEADILAN PAHANG

TERKINI!!!Helikopter terhempas, Naib Pengerusi PKR terbunuh



KUCHING: Selang dua jam selepas penemuan mangsa pertama, Siti Khuzaimah Anwar, pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat Peter Ato Mayau di perairan berhampiran Kampung Tebelu, Sebuyau.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Law Hong Soon yang mengesahkan penemuan kira-kira pada jam 2 petang tadi, berkata mangsa tersebut juga dijumpai dalam keadaan lengkap berpakaian tetapi tanpa jaket keselamatan di tubuh.

Katanya, mayat Peter yang merupakan jurutera Sebiro Holdings dan juga Naib Pengerusi PKR Sarawak itu dibawa ke Hospital Daerah Simunjan untuk bedah siasat.

Pada kira-kira jam 11 pagi tadi, nelayan tempatan menjumpai mayat Khuzaimah seorang daripada tiga yang hilang dalam insiden helikopter terhempas di muara Sungai Teriso, Sri Aman semalam.

Mayat Khuzaimah, 27, dari Semariang di sini, ditemui terapung di kawasan perairan dekat Maludam.

Law berkata mayat mangsa lengkap berpakaian tetapi tanpa jaket keselamatan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Daerah Simunjan untuk bedah siasat dan akan diserahkan kepada keluarga mangsa. /PASB

TAKZIAH DARIPADA KEADILAN PAHANG

Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman serta seluruh Ahli MPN KEADILAN Pahang mewakili KEADILAN Pahang keseluruhannya mengucapkan Takziah kepada waris Mendiang Peter Ato Mayau, Naib Pengerusi KEADILAN Sarawak di atas tragedi yang menimpa.



Kami berharap agar seluruh ahli keluarga Mendiang menguatkan semangat dan bersabar menempuhi saat-saat yang menyedihkan ini.  Kehilangan Mendiang sudah tentunya merupakan satu kehilangan besar buat rakyat Sarawak khususnya kepada Parti KEADILAN. 

Kami juga turut menyampaikan Takziah kepada semua waris mangsa-mangsa yang terkorban di dalam nahas tersebut.  

No comments:

Post a Comment