14 OKTOBER - HARI SAYANGI MALAYSIA
Tanpa mengira ideologi,
suku bangsa dan agama, marilah kita beramai-ramai berkunjung ke Padang Timur,
MBPJ, Petaling Jaya (berhampiran Pejabat PPBM) pada 14 Oktober 2017
bermula jam 04.00 petang.
Hanya satu matlamat, iaitu menunjukkan
kita rakyat Malaysia amat menyayangi negara tercinta ini. Bukti kasih
dan cinta kita kepada negara ini hanyalah satu, iaitu bersihkan negara
ini dari perosak-perosak kemakmuran dan kemajuan negara. Mana-mana negara tidak
akan selamat selagi dipimpin oleh kleptokrasi atau penyamun dan penyangak.
Bulatkan tekad untuk memulakan perubahan kepada negara. Ekonomi negara
perlu diselamatkan kerana ekonomi adalah punca kepada susah atau
senangnya sesebuah negara. Negara yang ekonominya kukuh dan mahu tetapi
jika dipimpin oleh kleptokrasi, pasti akan hancur. Apatah lagi negara
yang ekonominya dhaif, kewangannya susut, hutangnya bertambah, rakyat
semakin melarat, apakah negara itu akan selamat, aman maju dan jaya jika
dipimpin oleh kleptokrasi?
Sehubungan itu, Keadilan Pahang meminta semua ahli dan penyokong Keadilan serta Pakatan Harapan dan rakyat Pahang untuk turun beramai-ramai bagi menzahirkan suara kita yang mahukan perubahan.
Sehubungan itu, Keadilan Pahang meminta semua ahli dan penyokong Keadilan serta Pakatan Harapan dan rakyat Pahang untuk turun beramai-ramai bagi menzahirkan suara kita yang mahukan perubahan.
No comments:
Post a Comment