KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, August 24, 2014

PERPADUAN KUNCI KE PUTRAJAYA - PRESIDEN KEADILAN

 
 Ukhuwah perpaduan langkah ke Putrajaya – Wan Azizah

Perpaduan dan ikatan persaudaraan sesama ahli perlu diperkukuh bagi mengorak langkah ke Putrajaya, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

 
 
Beliau dalam ucapan dasarnya pada Kongres Nasional Tahunan ke-10 2014 pagi ini berkata, persaudaraan sesama ahli adalah teras kepada kekuatan Pakatan Rakyat.

“Atas dasar kehidupan, kita mahu terus eratkan perhubungan tanpa mengambil kira sebarang perbezaan bangsa dan warna kulit.

“Kita mahu persaudaraan dan jalinan ini diteruskan bagi membuka ruang kepada corak masa depan negara yang lebih terjamin. Seiring juga pertalian yang kukuh dalam Pakatan Rakyat ke arah menuju ke Putrajaya,” kata Wan Azizah disambut laungan ‘Reformasi’ kira-kira 3,000 perwakilan seluruh negara.

Tegasnya, persengketaan dalam kalangan ahli perlu dilenyapkan memandangkan banyak insiden yang mencemar imej parti.

“Lenyapkan perkara kurang senang seperti yang berlaku terutama semasa pemilihan yang lalu. 
 

“Rapatkanlah persaudaraan untuk terus berjuang. Kalau kita terus bercakaran, ingat kembali tujuan penubuhan parti. Demi rakyat kita bersama, moga Allah beri kita kekuatan,” kata Adun Kajang itu lagi.

Wan Azizah turut menyatakan solidariti terhadap kezaliman ke atas negara Islam khususnya di Gaza, Palestin.

Beliau mengingatkan supaya masyarakat dan anggota parti supaya lebih menghargai detik kehidupan dengan menyesali apa yang berlaku di negara luar sekaligus mengambil iktibar./KD

No comments:

Post a Comment