KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, August 8, 2014

KEMELUT DI SELANGOR - PEMUDA PAKATAN MAHU ELAK KONTROVERSI

KENYATAAN MEDIA PEMUDA PAKATAN RAKYAT

(7 Ogos 2014)

"PERTEMUAN 8 MATA"

Krisis dalaman Pakatan Rakyat(PR) rentetan isu penggantian Menteri Besar Selangor berada pada tahap membimbangkan. Kami dari Pemuda PR berpendapat isu ini boleh merosakkan masa depan PR dalam melakukan perubahan kepada negara tercinta.

Kami berpendapat krisis yang sedang melanda ini memberi gambaran kurang baik kepada generasi muda yang akan mewarisi kepimpinan akan datang. Anak muda Malaysia mahukan segala masalah yang timbul dalam PR diselesaikan melalui meja rundingan dengan segera.

Kami berpandangan, penyelesaian paling munasabah pada tahap ini adalah pertemuan lapan mata di antara Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abd Hadi Awang Presiden PAS, Dato' Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum KeADILan, Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP dan Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor. Berdasarkan pengalaman, ketokohan dan kebijaksanaan yang mereka miliki kami penuh yakin pertemuan ini mampu merungkai dan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.

Kami yang mewakili sayap anak muda juga mengharapkan para pimpinan tertinggi PR khususnya PAS untuk menjadi pemudahcara pertemuan 8 mata ini. Pengalaman PAS menghadapi konflik politik Kelantan yang melibatkan jawatan Menteri Besar pada tahun 1977 boleh dijadikan panduan dan pengajaran untuk kita semua.

Kami juga berharap pertemuan yang dicadangkan ini berlaku dalam suasana mahabbah, berlapang dada dan meletakkan kepentingan kolektif demi masa depan generasi kami di masa akan datang. Kami mengesa semua pihak yang bersimpati seperti NGO, pimpinan, tokoh agama dan masyarakat agar menyokong usaha murni yang kami cadangkan ini.

SUHAIZAN KAIAT
KETUA PEMUDA PAS

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN

TEO KOK SEONG
KETUA DAPSY

No comments:

Post a Comment