Akhirnya Pakatan Rakyat buat satu keputusan yang bijak apabila menerima Datin Seri Wan Azizah, Presiden KEADILAN untuk diangkat sebagai MB Selangor menggantikan Tan Seri Khalid Ibrahim yang telah dipecat dari parti. Keputusan muhibbah itu amat melegakan semua setelah berbagai propaganda sesama Pakatan bermain di media sosial.
KEADILAN Pahang merasa bersyukur kerana Pakatan Rakyat Pahang sepanjang krisis ini berlaku tidak mencetuskan sebarang kontroversi malahan program parti berjalan seperti biasa dan saling bersama di dalam program yang diatur. Di dalam program PAS umpamanya, wakil KEADILAN turut dijemput tanpa ada rasa prasangka sedikitpun. Itulah yang paling membahagiakan kami Pakatan Rakyat Pahang.
Mudah-mudahan kerjasama ini berterusan dan dipereratkan lagi di masa akan datang. Komitmen KEADILAN Pahang adalah untuk bekerjasama dengan rakan-rakan di dalam PAS dan DAP meskipun kami sedari terdapat perbezaan sesama kami. Namun, perkhidmatan kepada rakyat haruslah diutamakan.
No comments:
Post a Comment