KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, August 28, 2014

ISU MB SELANGOR - SEJAK DULU MEMANG HANTAR SATU NAMA KE ISTANA

Akhirnya Pegawai Istana Selangor Dedah Tembelang Khalid Ibrahim?


Istana Selangor hari ini menghantar surat rasmi kepada parti-parti Pakatan Rakyat menitahkan mereka menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar sebelum 3 September depan.
Surat itu dihantar oleh pegawai Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan tangan kepada Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya  kira-kira jam 3.15 petang.

Surat yang dialamatkan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, dengan salinan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut mahukan calon yang dinamakan itu beragama Islam dan berketurunan Melayu menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.
Kandungan surat yang dilihat Malaysiakini itu tiada merujuk sebarang nota mengenai jantina calon menteri besar dan ini bermakna Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail masih tidak ditolak Istana.Surat itu ditandatangani Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Abdul Munir Bani itu.
Semalam, Sultan menangguh menerima peletakan jawatan Khalid sehingga penggantinya ditentukan.Munir berkata, Sultan Selangor juga menitahkan agar pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon  layak menggantikan Khalid.Ia, menurut Munir lagi, bagi memudahkan sultan menentukan dan memberi perkenannya.
Sementara itu, Malaysiakini mendapati kenyataan media dari Munir bertarikh 14 Mei tahun lalu menyatakan hanya nama Khalid yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat. Kenyataan itu merupakan kenyataan Istana mengiktiraf pelantikan semula Khalid selepas pilihan raya umum lalu.
"Ketua-ketua komponen Pakatan Rakyat iaitu PKR, PAS dan DAP telah mengemukakan hanya satu nama iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai calon menteri besar Selangor," petik kenyataan itu.Surat dari Istana bertarikh 7 Mei sebelum itu turut menjelaskan Sultan meminta empat nama daripada Pakatan Rakyat sebagai calon menteri besar.
Sementara itu Pengerusi DAP Selangor Tony Pua mendakwa Khalid 'mengarut' dan mengesahkan bahawa parti-parti Pakatan Rakyat hanya mengemukakan nama Khalid untuk jawatan menteri besar kepada istana selepas pilihan raya umum 2008 dan 2013.
Dalam SMS kepada Malaysiakini, Pua berkata tidak pernah ada lebih daripada satu nama yang dihantar kepada istana untuk jawatan MB.

Petang tadi, Khalid menolak hujah PKR dan DAP bahawa ia akan mengemukakan satu nama sahaja, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kepada istana untuk menjadi menteri besar yang baru, berdasarkan kepada konvensyen yang lalu.
Sebaliknya, Khalid mendakwa parti-parti Pakatan mengemukakan lebih daripada satu nama, termasuk namanya, kepada istana selepas dua pilihan raya umum sebelum ini.Kemudian, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Wan Azizah menafikannya, dengan mendakwa bahawa hanya nama Khalid yang dikemukakan. ~mk

Sunday, August 24, 2014

PERPADUAN KUNCI KE PUTRAJAYA - PRESIDEN KEADILAN

 
 Ukhuwah perpaduan langkah ke Putrajaya – Wan Azizah

Perpaduan dan ikatan persaudaraan sesama ahli perlu diperkukuh bagi mengorak langkah ke Putrajaya, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

 
 
Beliau dalam ucapan dasarnya pada Kongres Nasional Tahunan ke-10 2014 pagi ini berkata, persaudaraan sesama ahli adalah teras kepada kekuatan Pakatan Rakyat.

“Atas dasar kehidupan, kita mahu terus eratkan perhubungan tanpa mengambil kira sebarang perbezaan bangsa dan warna kulit.

“Kita mahu persaudaraan dan jalinan ini diteruskan bagi membuka ruang kepada corak masa depan negara yang lebih terjamin. Seiring juga pertalian yang kukuh dalam Pakatan Rakyat ke arah menuju ke Putrajaya,” kata Wan Azizah disambut laungan ‘Reformasi’ kira-kira 3,000 perwakilan seluruh negara.

Tegasnya, persengketaan dalam kalangan ahli perlu dilenyapkan memandangkan banyak insiden yang mencemar imej parti.

“Lenyapkan perkara kurang senang seperti yang berlaku terutama semasa pemilihan yang lalu. 
 

“Rapatkanlah persaudaraan untuk terus berjuang. Kalau kita terus bercakaran, ingat kembali tujuan penubuhan parti. Demi rakyat kita bersama, moga Allah beri kita kekuatan,” kata Adun Kajang itu lagi.

Wan Azizah turut menyatakan solidariti terhadap kezaliman ke atas negara Islam khususnya di Gaza, Palestin.

Beliau mengingatkan supaya masyarakat dan anggota parti supaya lebih menghargai detik kehidupan dengan menyesali apa yang berlaku di negara luar sekaligus mengambil iktibar./KD

Friday, August 22, 2014

Senarai baharu pimpinan KEADILAN 2014-2017


 
 
KEADILAN hari ini mengumumkan senarai baharu Majlis Pimpinan Pusat bagi penggal 2014-2017.

Keputusan Pemilihan 2014 itu dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Datuk Johari Abdul pada sidang medianya di ibu pejabat parti pagi ini.

Berikut adalah senarai tersebut:

Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Presiden: Mohamed Azmin Ali

Naib Presiden:

1. Nurul Izzah Anwar
2. Tian Chua
3. Shamsul Iskandar
4. Rafizi Ramli

Majlis Pimpinan Pusat (MPP):

1. Latheefa Koya
2. Hee Loy Sian
3. Christina Liew
4. Fariz Musa
5. Elizabeth Wong
6. Ali Biju
7. Yaakob Sapari
8. Shuhaimi Shafie
9. S Manikavasagam
10. Azmizam Zamanhuri
11. Siti Aishah Shaik Ismail
12. Yunus Jamhari
13. Leong Jee Keen
14. Zakaria Hamid
15. Roland Chia
16. Khalid Jaafar
17. G Manivanan
18. M Ravi
19. Abdullah Sani
20. Gooi Hsiao Leung

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK): Nik Nazmi Nik Ahmad

Timbalan Ketua AMK: Dr Afif Bahardin

Naib Ketua AMK:

1. Raymond Ahuar

2. Radzlan Jalal

3. J Sangetha

Ketua Wanita: Zuraida Kamaruddin

Timbalan Ketua Wanita: Haniza Talha

Naib Ketua Wanita:

1. Dr Daroyah Alwi

2. G Sivamalar

3. Norsham Abu Samah
 
/SK

Monday, August 18, 2014

KEMELUT MB SELANGOR - PAKATAN RAKYAT PAHANG TETAP BERSATU

Akhirnya Pakatan Rakyat buat satu keputusan yang bijak apabila menerima Datin Seri Wan Azizah, Presiden KEADILAN untuk diangkat sebagai MB Selangor menggantikan Tan Seri Khalid Ibrahim yang telah dipecat dari parti.  Keputusan muhibbah itu amat melegakan semua setelah berbagai propaganda sesama Pakatan bermain di media sosial.

KEADILAN Pahang merasa bersyukur kerana Pakatan Rakyat Pahang sepanjang krisis ini berlaku tidak mencetuskan sebarang kontroversi malahan program parti berjalan seperti biasa dan saling bersama di dalam program yang diatur.  Di dalam program PAS umpamanya, wakil KEADILAN turut dijemput tanpa ada rasa prasangka sedikitpun.  Itulah yang paling membahagiakan kami Pakatan Rakyat Pahang.

Mudah-mudahan kerjasama ini berterusan dan dipereratkan lagi di masa akan datang.  Komitmen KEADILAN Pahang adalah untuk bekerjasama dengan rakan-rakan di dalam PAS dan DAP meskipun kami sedari terdapat perbezaan sesama kami.  Namun, perkhidmatan kepada rakyat haruslah diutamakan.

 

Thursday, August 14, 2014

KRISIS MB SELANGOR - APA KATA PEMIMPIN PAS?




Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, "Bagaimana kita (PAS) boleh menyokong Khalid apabila beliau tidak lagi dalam PKR?". 

"Beliau adalah seorang menteri besar Bebas sekarang. Tak ada isu lagi untuk kita menyokong Khalid," katanya ketika ditemui di Pulau Pinang hari ini.

Untuk ini, Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu , berkata, "Sudah pasti kita bersama dengan Pakatan." 

 "Ia adalah wajib bagi kita untuk bersama Pakatan. Kita tidak boleh lari daripada ini. 

 "Kita akan rugi jika kita berpecah dari Pakatan," katanya, merujuk kepada kerjasama dimanfaatkan dengan sekutunya DAP dan PKR terutamanya semasa pilihan raya kecil sejak 2008.

 "Ada pendapat peribadi tertentu yang mengatakan sebaliknya tetapi itu masih pendapat peribadi mereka, kepimpinan adalah komited kepada Pakatan," katanya di sini

PAS SUDAH BERI CUKUP MASA KPD KHALID

Sementara itu MP PAS Khalid Samad berkata parti itu sudah memberi masa secukupnya untuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berundur.

“Beliau tidak setia pada Pakatan Rakyat dan apabila (Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin) menyokongnya tanpa belah bagi, menyebabkan timbul lebih banyak tanda tanya.

 “Jadi, walau (PKR dan DAP) marah dan cuba menekan PAS agar membuat keputusan lebih awal, saya percaya perkembangan yang berlaku kini akan membantu kami membuat keputusan yang betul,” katanya dalam satu sidang media di sini 


Siapa Khalid? Mengapa dia begitu istimewa?

 Sebelum ini, Mujahid Yusof Rawa, seorang AJK PAS Pusat telah berkata, "Menukar seorang MB adalah satu biasa. Mungkin akan ada lebih banyak kes-kes atau cabaran seumpama itu pada masa akan datang. Malah, parti itu tidak memerlukan sebab untuk mengeluarkan Khalid. Ia adalah dalam kuasa parti itu untuk melakukannya. 

 "Siapa Khalid? Mengapa dia begitu istimewa? Kita telah melihat Menteri Besar datang dan pergi. Ia tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang istimewa atau mengejutkan," katanya di sini

Wednesday, August 13, 2014

Adun PAS gesa mesyuarat disegerakan, sokong Pakatan tolak Khalid

 
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang dari PAS Saari Sungib menggesa agar kepimpinan PAS Pusat menyegerakan mesyuarat yang dijadualkan berlangsung 17 Ogos depan serta menyokong DAP dan PKR menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. 
 
Saari ketika dihubungi berkata, langkah itu perlu bagi "menamatkan" percaturan Khalid sebelum beliau melakukan tindakan lanjut ekoran pemecatan 6 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) Selangor dari PKR dan DAP hari ini. "PAS perlu segerakan mesyuarat kerana seolah-olah akan ada keputusan besar, sedangkan kita perlu mengukuhkan hubungan dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR)," katanya kepada The Malaysian Insider. 
 
"Sebelum Barisan Nasional (BN) melakukan sebarang tindakan, lebih baik PAS segera memutuskan untuk bersama DAP dan PKR untuk mengukuhkan PR," katanya, dan menambah, Khalid kini bukan lagi menteri besar PR kerana keahliannya sudah dipecat, sekaligus keputusan PAS untuk tidak menyokongnya tidak memberikan kesan. Beliau berkata, tindakan PAS menangguhkan mesyuarat berkenaan seolah-oleh pendirian parti itu untuk terus bersama PR masih lagi samar-samar sehingga membuatkan penyokong dan rakyat terpaksa menanti keputusan mereka.
 
 "Sekiranya mesyuarat hanya memutuskan perkara dasar, iaitu untuk terus bersama PR, kita sudah ketahui perkara itu sekian lama. "Sekiranya untuk memutuskan keluar dari PR, ia memerlukan muktamar khas bagi mendapatkan persetujuan," katanya. "PR Selangor termasuk PAS seharusnya mengukuhkan kedudukan majoriti mereka dalam Dewan Undangan negeri (DUN) dengan bilangan kerusi dan PAS harus menyertai mereka bagi memastikan kerajaan PR Selangor kekal memerintah.
 
 "Kita nampak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan secara terbuka mereka menyokong Khalid, itu petunjuk jelas mereka (BN) mempunyai pasukan memantau perkara itu," katanya.

Sunday, August 10, 2014

PEMECATAN TAN SRI KHALID - PESANAN DARI NAIB PRESIDEN PAS

Pecat Khalid: Pemimpin, ahli PAS diminta bertenang

 
 
 
KUALA LUMPUR: Para pemimpin dan ahli PAS diminta bersabar dan bertenang berhubung tindakan PKR memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata para pendukung parti perlu menunggu arahan daripada pemimpin utama berhubung perkara itu.

Beliau juga menyeru para pemimpin parti supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan.

"Ahli-ahli PAS juga diingatkan agar tidak menyertai jika ada mana-mana himpunan atau demo yang dianjurkan sama ada pihak yang menyokong atau menentang keputusan pemecatan itu," ujarnya kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Katanya, ahli-ahli PAS perlu mengambil iktibar suasana yang pernah berlaku di Kelantan apabila berlaku demonstrasi dalam kalangan anggota parti yang menyebabkan pihak lawan mengambil kesempatan.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berpandangan kemelut yang berlaku itu boleh diselesaikan secara keluarga dalam kalangan pemimpin PKR. - HARAKAHDAILY 9/8/2014

Friday, August 8, 2014

KEMELUT DI SELANGOR - PEMUDA PAKATAN MAHU ELAK KONTROVERSI

KENYATAAN MEDIA PEMUDA PAKATAN RAKYAT

(7 Ogos 2014)

"PERTEMUAN 8 MATA"

Krisis dalaman Pakatan Rakyat(PR) rentetan isu penggantian Menteri Besar Selangor berada pada tahap membimbangkan. Kami dari Pemuda PR berpendapat isu ini boleh merosakkan masa depan PR dalam melakukan perubahan kepada negara tercinta.

Kami berpendapat krisis yang sedang melanda ini memberi gambaran kurang baik kepada generasi muda yang akan mewarisi kepimpinan akan datang. Anak muda Malaysia mahukan segala masalah yang timbul dalam PR diselesaikan melalui meja rundingan dengan segera.

Kami berpandangan, penyelesaian paling munasabah pada tahap ini adalah pertemuan lapan mata di antara Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abd Hadi Awang Presiden PAS, Dato' Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum KeADILan, Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP dan Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor. Berdasarkan pengalaman, ketokohan dan kebijaksanaan yang mereka miliki kami penuh yakin pertemuan ini mampu merungkai dan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.

Kami yang mewakili sayap anak muda juga mengharapkan para pimpinan tertinggi PR khususnya PAS untuk menjadi pemudahcara pertemuan 8 mata ini. Pengalaman PAS menghadapi konflik politik Kelantan yang melibatkan jawatan Menteri Besar pada tahun 1977 boleh dijadikan panduan dan pengajaran untuk kita semua.

Kami juga berharap pertemuan yang dicadangkan ini berlaku dalam suasana mahabbah, berlapang dada dan meletakkan kepentingan kolektif demi masa depan generasi kami di masa akan datang. Kami mengesa semua pihak yang bersimpati seperti NGO, pimpinan, tokoh agama dan masyarakat agar menyokong usaha murni yang kami cadangkan ini.

SUHAIZAN KAIAT
KETUA PEMUDA PAS

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN

TEO KOK SEONG
KETUA DAPSY

Wednesday, August 6, 2014

Anwar: Pakatan terus bersatu, tolak cubaan pecah belah parti

Pakatan Rakyat akan terus kekal bersatu dan tidak akan berpecah semata-mata kerana pilihan calon Menteri Besar Selangor, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Pakatan juga tidak akan berkompromi pada prinsip-prinsip dasar gabungan itu.

Beliau berkata, perpecahan boleh berlaku jika ada parti komponennya yang sanggup berkompromi dalam prinsip-prinsip dasar seperti kewibawaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban di dalam pengurusan kerajaan.

 
 
Katanya, atas prinsip-prinsip inilah Pakatan dizahirkan sebagai sebuah kerajaan alternatif untuk rakyat. Prinsip-prinsip ini juga
telah dicabuli oleh Barisan Nasional ketika berkuasa lima dekad lalu.

“Keputusan PRU ke-12 pada 8 Mac 2008 menunjukkan dengan jelas bahawa perjuangan Pakatan yang berpaksikan di atas prinsip-prinsip ini telah diterima baik oleh rakyat yang rata-ratanya mengharapkan sebuah kerajaan yang bersih, berprinsip dan bersungguh-sungguh dalam membela kepentingan rakyat,” kata Anwar dalam kenyataan.

Jelas beliau, gabungan ini bersama semua yang menyokong usaha ini telah bersama-sama menggembleng tenaga pada PRU ke-13 dalam menghadapi cabaran hebat untuk terus memberi harapan kepada rakyat Malaysia.

Tambahnya, usaha ini tidak sia-sia kerana telah memenangi jiwa dan minda majoriti pengundi walaupun Pakatan dihalang daripada membentuk sebuah kerajaan.

“Kekuatan ini tidak boleh dibina atas dasar keinginan dan impian semata, lebih bahaya lagi sekiraya kekuatan ini dilandaskan dengan perasaan curiga, dendam dan irihati dan ianya perlu dibina atas iltizam dan kenyakinan, dan inilah kekuatan yang telah mendorong rakan kongsi Pakatan untuk berjuang bersama-sama pada PRU 13 lalu,” kata Anwar.

Dalam pada itu, beliau mahu menyatukan kekuatan ini untuk terus kekal bersama dan terus menolak sebarang percubaan untuk memecahbelahkan parti, malah setiap parti di dalam gabungan ini wajib menghormati sebarang keputusan yang dicapai selepas rundingan bersama.

Katanya, persefahaman berhubung hak lantikan MB telahpun wujud di kalangan pimpinan Pakatan, sepertimana KEADILAN juga telah bersetuju soal hak parti-parti lain dalam membuat keputusan yang sama di negeri-negeri lain dan ia wajib dipatuhi./KD