Senarai calon pemilihan di dalam KEADILAN di peringkat Pusat telah pun dimuktamadkan baru-baru ini di mana kali ini pertandingan jawatan tertinggi agak sengit. Semua jawatan bermula dari Presiden, Timbalan, Naib dan MPP kesemuanya menyaksikan pertandingan termasuk sayap AMK dan Wanita. Keterbukaan merealisasikan demokrasi di dalam KEADILAN kali ini begitu terserlah.
|
YB Dato' Fauzi Abdul Rahman - Pengerusi MPN |
Di dalam Mesyuarat MPN KEADILAN Pahang baru-baru ini, Pengerusi MPN, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman mengucapkan tahniah dan selamat bertanding kepada semua calon dari Pahang yang begitu komited untuk menawarkan diri memikul tanggungjawab di peringkat Pusat.
|
YB Fuziah Salleh - Bertanding mempertahankan Jawatan Naib Presiden |
Wakil dari Pahang yang terlibat adalah MP Kuantan, YB Fuziah Salleh yang akan bertanding jawatan Naib Presiden. Jawatan MPP pula, wakil dari Pahang adalah Sdr Zakaria Abdul Hamid. Bagi jawatan Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda pula, calon dari Pahang terdiri dari Adun Semambu, YB Lee Chean Chung dan bekas Calon Parlimen Paya Besar iaitu Sdri Murnie Hidayah Anuar.
|
Sdr Zakaria Abdul Hamid - Bertanding pertahankan Ahli MPP |
|
YB Lee Chean Chung - Bertanding Ahli Majlis Pimpinan AMK |
|
Sdri Murnie Hidayah Anuar - Bertanding Ahli Majlis Pimpinan AMK |
Pengerusi MPN mengharapkan kesemua wakil dari Pahang akan mendapat sokongan dan berjaya di dalam pemilihan kali ini. Pengundian pemilihan akan berlangsung selama tiga minggu mengikut pecahan Zon bermula 25 April sehingga 11 Mei depan.
No comments:
Post a Comment