Pada 14 Ogos
2013 Dato’ Fauzi Abdul Rahman, Ahli Parlimen Indera Mahkota bersama Adun
Beserah dan Adun Semambu telah mengadakan jamuan Hari Raya bersama
dengan keluarga kurang berkemampuan dari sekitar kawasan Parlimen Indera
Mahkota. Majlis ini telah diadakan dengan sederhana tetapi sangat
meriah di perkarangan rumah beliau.
Antara keluarga yang hadir adalah mereka
yang lumpuh, cacat, buta dan ibu tunggal. Antara yang paling menyentuh
hati semua hadirin ialah kehadiran seorang ibu yang merupakan saudara
baru bersama anak perempuannya berusia 20 tahun yang cacat sejak lahir.
Bila melihat kekurangan keluarga ini, kami merasa amat bersyukur dikurnia kesempurnaan oleh Allah.
Setiap keluarga diambil oleh sebuah
kenderaan petugas. Terima kasih semua petugas sukarela dari semua
kaum.
Kami merancang untuk mengadakan majlis ini setiap tahun,
seterusnya mengadakan juga untuk perayaan Deepavali dan Tahun Baru Cina
yang akan datang. Sukarelawan dan penderma amatlah dialu-alukan untuk
menjayakan majlis seterusnya. Sila hubungi kakitangan Pejabat Ahli
Parlimen Indera Mahkota untuk pendaftaran serta untuk menyampaikan
sumbangan.
Kunjungi Program dan Aktiviti seterusnya di laman web datofauzi.com
No comments:
Post a Comment