KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, January 9, 2018

Tun M terharu Anwar maafkan beliau demi Malaysia


Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad menyanjung sikap besar hati dan berlapang dada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya yang sanggup memaafkan beliau demi Malaysia yang lebih baik.

Dr Mahathir yang baru diumumkan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan itu merakamkan perasaan tersebut menerusi akaun Twitter dan Facebook beliau selepas selesai Konvensyen Pakatan Harapan hari ini. 
 
 

“Saya terhutang budi dan berterima kasih kepada keluarga Anwar Ibrahim kerana sanggup membelakangkan apa yg telah berlaku pada masa lalu, untuk menyelamatkan Malaysia.

“Perjuangan rakyat fokus utama kami berdua,” katanya ringkas.

Mahathir dipercayai merujuk kepada insiden pemecatan Anwar selaku timbalan perdana menteri pada 1998 yang dibuat atas arahannya.

Anwar kemudian memimpin gerakan Reformasi namun dipenjarakan kerana Fitnah I.

Hari ini Anwar menerusi mesej yang disampaikan anaknya Nurul Izzah Anwar menyeru rakyat agar “bertumpu soal dasar dan prinsip perjuangan” selepas pengumuman Mahathir sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan./KD

No comments:

Post a Comment