KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, January 26, 2018

SELAMAT DATANG KE KONVENSYEN PAKATAN HARAPAN PAHANG ESOK (SABTU 27/1/2018) DI EASTERN OCEAN RESTAURANT (MUN CHING RESTOREN), JALAN AIR PUTIH, KUANTAN BERTHEMAKAN "BERSAMA MEMAKMURKAN PAHANG"



Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Pahang (MPN) mengucapkan selamat datang kepada semua perwakilan dari seluruh cabang Keadilan Negeri Pahang ke Konvensyen Pakatan Harapan Negeri Pahang yang akan diadakan pada hari Sabtu (27/1/2018) bermula jam 08.30 pagi sehingga jam 06.00 petang bertempat di Eastern Ocean Restaurant (Mun Ching Restoren), Jalan Air Putih, Kuantan.

Seramai 150 orang perwakilan dari Keadilan Pahang akan bersama perwakilan-perwakilan dari rakan sekutu Pakatan Harapan pada hari Konvensyen yang kali pertama diadakan di peringkat negeri. Dijangkakan seramai 600 perwakilan dari seluruh negeri Pahang akan hadir Konvensyen esok.

Konvensyen esok akan dirasmikan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman manakala Majlis Penutupan serta Amanat Presiden akan menampilkan Presiden Pakatan Harapan, YB Dato' Seri Wan Azizah binti Wan Ismail. Turut serta adalah Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Dato' Saifudin Abdullah serta wakil pimpinan Pakatan Harapan. Kesemua pimpinan dari parti di dalam Pakatan Harapan Negeri Pahang juga akan hadir.

" Bersama Memakmurkan Pahang" telah dipilih sebagai thema Konvensyen Pakatan Harapan Pahang yang kali pertama diadakan dan juga mungkin kali terakhir sebelum tamat penggal pemerintahan kerajaan Bn menjelang PRU14. Thema ini bersesuaian dengan nama Pahang Darul Makmur yang seharusnya rakyat negeri ini mendapat kemakmuran dan kesejahteraan. Inilah objektif utama di dalam manifesto Pakatan Harapan Negeri Pahang yang mana isi penting manifesto berkenaan akan dijadikan Ikrar Pimpinan Pakatan Harapan di dalam Konvensyen esok.

Pendaftaran untuk perwakilan akan bermula jam 08.00 pagi sehingga jam 08.30. Selain dari pidato pimpinan, Konvensyen kali ini akan menjadi lebih menarik apabila beberapa wakil dari berbagai golongan masyarakat akan diberi kesempatan untuk berucap. Golongan dari petani, nelayan, bekas kakitangan kerajaan, warga felda, Orang Asal, bekas tentera/perajurit dan beberapa golongan lagi akan berucap termasuk golongan wanita serta pemuda.

Kemuncak Konvensyen esok adalah Bacaan Ikrar Pimpinan Pakatan Harapan Pahang di dalam mengemudikan pentadbiran Negeri Pahang sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk Kerajaan Negeri. Seterusnya perwakilan akan dapat mendengar amanat dari Presiden Pakatan Harapan sebagai penyuntik semangat untuk terus bekerja kuat bagi mencapai kejayaan di dalam PRU14 tidak beberapa lama lagi.

SELAMAT BERKONVENSYEN.

"Bersama Memakmurkan Pahang"

 
WAN FAUZULDIN WAN SAMAD
Pengarah Komunikasi
Keadilan Pahang


26 Januari 2018

# Konvensyen Pakatan Harapan Pahang akan disiarkan secara LIVE melalui Media Oren.

No comments:

Post a Comment