KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, January 26, 2018

SELAMAT DATANG KE KONVENSYEN PAKATAN HARAPAN PAHANG ESOK (SABTU 27/1/2018) DI EASTERN OCEAN RESTAURANT (MUN CHING RESTOREN), JALAN AIR PUTIH, KUANTAN BERTHEMAKAN "BERSAMA MEMAKMURKAN PAHANG"



Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Pahang (MPN) mengucapkan selamat datang kepada semua perwakilan dari seluruh cabang Keadilan Negeri Pahang ke Konvensyen Pakatan Harapan Negeri Pahang yang akan diadakan pada hari Sabtu (27/1/2018) bermula jam 08.30 pagi sehingga jam 06.00 petang bertempat di Eastern Ocean Restaurant (Mun Ching Restoren), Jalan Air Putih, Kuantan.

Seramai 150 orang perwakilan dari Keadilan Pahang akan bersama perwakilan-perwakilan dari rakan sekutu Pakatan Harapan pada hari Konvensyen yang kali pertama diadakan di peringkat negeri. Dijangkakan seramai 600 perwakilan dari seluruh negeri Pahang akan hadir Konvensyen esok.

Konvensyen esok akan dirasmikan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman manakala Majlis Penutupan serta Amanat Presiden akan menampilkan Presiden Pakatan Harapan, YB Dato' Seri Wan Azizah binti Wan Ismail. Turut serta adalah Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Dato' Saifudin Abdullah serta wakil pimpinan Pakatan Harapan. Kesemua pimpinan dari parti di dalam Pakatan Harapan Negeri Pahang juga akan hadir.

" Bersama Memakmurkan Pahang" telah dipilih sebagai thema Konvensyen Pakatan Harapan Pahang yang kali pertama diadakan dan juga mungkin kali terakhir sebelum tamat penggal pemerintahan kerajaan Bn menjelang PRU14. Thema ini bersesuaian dengan nama Pahang Darul Makmur yang seharusnya rakyat negeri ini mendapat kemakmuran dan kesejahteraan. Inilah objektif utama di dalam manifesto Pakatan Harapan Negeri Pahang yang mana isi penting manifesto berkenaan akan dijadikan Ikrar Pimpinan Pakatan Harapan di dalam Konvensyen esok.

Pendaftaran untuk perwakilan akan bermula jam 08.00 pagi sehingga jam 08.30. Selain dari pidato pimpinan, Konvensyen kali ini akan menjadi lebih menarik apabila beberapa wakil dari berbagai golongan masyarakat akan diberi kesempatan untuk berucap. Golongan dari petani, nelayan, bekas kakitangan kerajaan, warga felda, Orang Asal, bekas tentera/perajurit dan beberapa golongan lagi akan berucap termasuk golongan wanita serta pemuda.

Kemuncak Konvensyen esok adalah Bacaan Ikrar Pimpinan Pakatan Harapan Pahang di dalam mengemudikan pentadbiran Negeri Pahang sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk Kerajaan Negeri. Seterusnya perwakilan akan dapat mendengar amanat dari Presiden Pakatan Harapan sebagai penyuntik semangat untuk terus bekerja kuat bagi mencapai kejayaan di dalam PRU14 tidak beberapa lama lagi.

SELAMAT BERKONVENSYEN.

"Bersama Memakmurkan Pahang"

 
WAN FAUZULDIN WAN SAMAD
Pengarah Komunikasi
Keadilan Pahang


26 Januari 2018

# Konvensyen Pakatan Harapan Pahang akan disiarkan secara LIVE melalui Media Oren.

Tuesday, January 9, 2018

Tun M terharu Anwar maafkan beliau demi Malaysia


Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad menyanjung sikap besar hati dan berlapang dada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya yang sanggup memaafkan beliau demi Malaysia yang lebih baik.

Dr Mahathir yang baru diumumkan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan itu merakamkan perasaan tersebut menerusi akaun Twitter dan Facebook beliau selepas selesai Konvensyen Pakatan Harapan hari ini. 
 
 

“Saya terhutang budi dan berterima kasih kepada keluarga Anwar Ibrahim kerana sanggup membelakangkan apa yg telah berlaku pada masa lalu, untuk menyelamatkan Malaysia.

“Perjuangan rakyat fokus utama kami berdua,” katanya ringkas.

Mahathir dipercayai merujuk kepada insiden pemecatan Anwar selaku timbalan perdana menteri pada 1998 yang dibuat atas arahannya.

Anwar kemudian memimpin gerakan Reformasi namun dipenjarakan kerana Fitnah I.

Hari ini Anwar menerusi mesej yang disampaikan anaknya Nurul Izzah Anwar menyeru rakyat agar “bertumpu soal dasar dan prinsip perjuangan” selepas pengumuman Mahathir sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan./KD

Saturday, January 6, 2018

SELAMAT BERKONVENSYEN DARI KEADILAN PAHANG

 
Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana setelah mengharungi berbagai mehnah dan cabaran di dalam mewujudkan gabungan mantap Pembangkang, akhirnya tanpa kita sedari Pakatan Harapan telah berada pada Konvensyennya untuk kali kedua.

Konvensyen Pakatan Harapan 2018 akan diadakan pada 07 Januari 2018 (Ahad) bertempat di IDCC, Shah Alam, Selangor bermula jam 09.00 pagi hingga 05.00 petang yang akan dihadiri oleh perwakilan-perwakilan dari semua parti komponen Pakatan Harapan.

Berbeza pada Konvensyen kali pertama yang kita adakan tahun lalu, Konvensyen Pakatan Harapan kali ini akan menerima 'adik bongsu' dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), parti baru yang diwujudkan pada September 2016 dan pada penghujung tahun yang sama telah diterima untuk menjadi parti komponen di dalam Pakatan Harapan.

Bagaikan keluarga yang menerima 'adik bongsu', kehadiran PPBM disambut penuh gembira dan mesra oleh rakan-rakan Pakatan Harapan. Kini, Pakatan Harapan kukuh bersama empat parti iaitu Keadilan, Dap, Amanah dan Dap.

Konvensyen Pakatan Harapan esok dinanti-nantikan bukan sahaja di kalangan penyokong Pakatan Harapan tetapi turut dinanti-nantikan oleh semua termasuk musuh Pakatan Harapan sendiri. Apakah Konvensyen Pakatan Harapan esok akan mempamirkan penyatuan, disiplin dan senada di dalam membawa obor perjuangan Pakatan Harapan. Rakyat kini tidak sabar untuk menanti kerajaan baru dan rakyat tiada pilihan untuk menukar kerajaan Kleptokrasi melainkan mereka berharap kepada Pakatan Harapan. Tiada pilihan lain lagi kerana rakyat faham untuk menjatuhkan kerajaan Kleptokrasi yang ada sekarang ini memerlukan penyatuan dan gabungan yang mantap. Ini hanya ada pada Pakatan Harapan.

Media-media kawalan Umno/Bn sudah semestinya akan memainkan isu-isu sensitif, propaganda dan strategi untuk memecahbelahkan Pakatan Harapan terutamanya menjelang Konvensyen kali ini. Isu-isu perkauman, agama sehingga ke tahap menentukan siapa PM sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan turut dimainkan oleh mereka. Ini membawa maksud, Umno/Bn sendiri sudah merasakan Kerusi mereka di Putrajaya semakin memanaskan punggung mereka.

Umno/Bn tidak konsisten apabila membicarakan soal siapa PM di kalangan Pakatan Harapan. Di dalam perhimpunan MCA, Najib secara jelas menyatakan 'Dap tidak akan menjadi PM walaupun Dap memiliki Kerusi terbanyak di kalangan Pakatan Harapan". Najib ingin mempengaruhi kaum Cina yang kini paling kuat menentang Umno/Bn agar mereka tidak lagi memberikan sokongan kepada Dap. Namun, apabila berhadapan dengan para perwakilan Umno baru-baru ini di PWTC, Najib memberikan gambaran jika Umno/Bn kalah, maka Dap akan berkuasa. Tujuan beliau adalah untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu kepada Dap. Ucapan Najib disambut oleh 'budak-budak'nya seperti Ketua Wanita Umno. Lihatlah, pemimpin Umno ini cuba untuk memperbodohkan ahli-ahli Umno dan orang-orang Melayu.

Setelah nama Dap dijaja kononnya akan menjadi PM, tiba-tiba sekarang ini mereka membuat andaian baru. Nama pemimpin Dap tidak lagi mereka mainkan kerana muslihat mereka tidak berjaya mengukuhkan lagi Umno/Bn. Cara terbaru, mereka sendiri mencaturkan kononnya Tun Dr Mahathir akan kembali menjadi PM dan Anwar diketepikan. Kemudian mereka jaja pula nama Azmin kononnya Azmin juga bakal menjadi PM. Begitulah percaturan mereka untuk menentukan siapa PM di kalangan Pakatan Harapan. Harapan mereka agar akan berlaku perbalahan di dalam Pakatan Harapan. Mereka tidak lagi ghairah untuk memperkatakan Najib wajar dikekalkan sebagai PM kerana mereka yakin Najib, Umno/Bn pasti tumbang di dalam PRU14 nanti.

Hakikatnya, rakyat tidak meletakkan keutamaan siapa PM selepas PRU14 akan datang. Rakyat rata-rata mahu agar Umno/Bn akan tumbang selepas PRU14 tidak beberapa lama lagi. Apabila kerajaan Kleptokrasi ini tumbang, Pakatan Harapan dengan lebih mudah untuk mengatur siapa yang akan menerajui kerajaan baru nanti. Siapa pun PM, yang pasti tokoh ini datang dari Pakatan Harapan yang akan menjunjung semua dasar yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan.

Kami yakin, Konvensyen Pakatan Harapan esok bakal memantapkan lagi persefahaman di dalam Pakatan Harapan. Letakkan kepentingan individu atau parti masing-masing ke tepi dahulu sebaliknya letakkan keutamaan rakyat di hadapan. Sebagai ahli parti di dalam Pakatan Harapan, wajiblah kita patuh atas keputusan pucuk pimpinan parti masing-masing. Manakala, di peringkat pimpinan pula kita serahkan di atas muafakat mereka untuk berunding berpandukan kepada semangat muafakat Pakatan Harapan.


SELAMAT BERKONVENSYEN PAKATAN HARAPAN


WAN FAUZULDIN WAN SAMAD
Pengarah Komunikasi
Keadilan Pahang


06 Januari 2018