KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Negeri Pahang yang menyambutnya dengan penul iltizam dan usaha untuk melakukan perubahan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Tahun 2017 merupakan 'Tahun Ayam Jantan". Atas semangat 'Ayam Jantan" yang biasanya apabila bersabung atau bertarung akan melawan habis-habisan sehingga mati di dalam pertarungan, maka semangat ini harus kita implimentasikan di dalam perjuangan kita untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.
Mudah-mudahan tahun ini mendatangkan kebaikan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. "Tahun Ayam Jantan" juga memberi makna bahawa sebarang kejayaan tidak harus ditunggu sebaliknya perlu diusaha dan dicari.
SELAMAT TAHUN BARU CINA - GONG XI FA CHAI.
No comments:
Post a Comment