KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, January 13, 2017

KONVENSYEN KEADILAN PAHANG AHAD (15 JAN 17) INI TUMPU ISU RAKYAT



KEADILAN Pahang akan mengadakan Konvensyen pada Ahad ini (15 Jan 2017) bertempat di Dewan De Grand Singgahsana, Kg Baharu, Bentong.  Konvensyen kali ini akan disertai oleh lebih kurang 300 Perwakilan dan pemerhati, di mana setiap Cabang seluruh Negeri Pahang akan menghantar seramai 15 orang Perwakilan masing-masing.

Konvensyen kali ini agak berbeza sedikit dari tahun-tahun yang lepas di mana pada kali ini konvensyen lebih menumpukan idea serta cadangan dari pakar-pakar yang terlibat dan suara dari perwakilan di akar umbi berkaitan isu-isu rakyat khususnya di negeri ini.   Formatnya digabungkan di antara bentuk konvensyen dan bengkel agar suara akar umbi boleh diambil kira untuk menghasilkan resolusi untuk diangkat sebagai fokus KEADILAN untuk direalisasikan sekiranya KEADILAN mendapat kuasa memerintah negeri ini atau sekurang-kurangnya mendesak kerajaan negeri yang memerintah agar ianya dapat dilaksanakan.

Beberapa tokoh yang berwibawa telah dijemput untuk membentangkan permasalahan dan cadangan penyelesaiannya dan ianya akan dibantu oleh Moderator yang telah dipilih.  Setiap topik kemudiannya akan diserahkan kepada para perwakilan yang akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut topik untuk mendapat maklumbalas dan pandangan dari mereka.  Selepas itu, kesemuanya akan dibuat penggulungan oleh beberapa pimpinan sebelum resolusi diserahkan kepada pimpinan negeri dan pusat.

Topik-Topik yang akan dibentang dan dibahaskan adalah seperti berikut:

1.  Isu-Isu Felda -  Dibentangkan oleh Sdr Mazlan Aliman (Pengerusi ANAK) 
 Moderator - Sdr Razali Ithnin (Ketua Cabang Jerantut/Timb Biro Felda KEADILAN Pahang)

2.  Isu-Isu Orang Asal  -  Dibentangkan oleh Sdr Nasir Dolah (Urusetia JHOA)
Moderator  -  Sdr Bob Monalan (Ketua Biro Orang Asal KEADILAN Pahang)

3.  Isu Anak-Anak Muda/Sosial  -  Dibentangkan oleh Sdr Adam Adli (Aktivis Muda)
Moderator  -  Sdr Wong Chun Yuan (Ketua AMK Pahang)

4.  Isu Kos Sara Hidup, Pendidikan dan Kesihatan  - Dibentangkan oleh Sdr Amidi Abd Manan (Pensyarah UNISEL)
Moderator  -  Sdr Ahmad Nizam Hamid (Timb Pengerusi KEADILAN Pahang)

5.  Isu-Isu Wanita  -  Dibentangkan oleh YB Rodziah Ismail
Moderator -  Puan Sitarunnisa Kadir (Timb Ketua Wanita KEADILAN Pahang)

Konvensyen akan bermula pada jam 08.30 pagi (Pendaftaran) sehingga jam 06.00 petang itu akan diresmikan oleh Presiden KEADILAN, Dato' Seri Wan Azizah bte Wan Ismail.  Penutupannya pula akan dilakukan oleh Dato' Saifuddin Abdullah, Ketua Sekretariat Pakatan Harapan.

Semua ahli KEADILAN di negeri ini dijemput hadir sebagai Pemerhati.   

No comments:

Post a Comment