KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, January 27, 2017

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA - KUATKAN SEMANGAT, LAKUKAN PERUBAHAN


KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Negeri Pahang yang menyambutnya dengan penul iltizam dan usaha untuk melakukan perubahan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Tahun 2017 merupakan 'Tahun Ayam Jantan".  Atas semangat 'Ayam Jantan" yang biasanya apabila bersabung atau bertarung akan melawan habis-habisan sehingga mati di dalam pertarungan, maka semangat ini harus kita implimentasikan di dalam perjuangan kita untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Mudah-mudahan tahun ini mendatangkan kebaikan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.  "Tahun Ayam Jantan" juga memberi makna bahawa sebarang kejayaan tidak harus ditunggu sebaliknya perlu diusaha dan dicari.  

SELAMAT TAHUN BARU CINA - GONG XI FA CHAI.

Wednesday, January 25, 2017

SELAGI TIDAK TOLAK UMNO, PENEROKA FELDA AKAN TERUS DIPERDAYA

BANGKITLAH WARGA FELDA...JANGAN ANDA SENTIASA DITIPU. ANDA HANYA DIANGGAP BERGUNA SETELAH MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA KEPADA UMNO YANG MENGGUNAKAN KERINGAT DAN USAHA ANDA SEMATA MATA.












Selain orang Melayu, pihak lain yang barangkali bernasib malang di negara kita ialah para peneroka Felda.

Kedua-duanya, orang Melayu dan peneroka Felda, sering dijadikan sebutan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan kerajaan kononnya untuk diberi pembelaan dan dinaikkan taraf kehidupan, tetapi malangnya kelompok itu jugalah yang paling mundur dan terkebelakang.
 
 Jika mendengar pemimpin Melayu bercakap tentang Melayu sejak dulu, apatah lagi jika menjerit perkataan "Hidup Melayu", aduhh...gegak-gempitanya sehingga berdiri bulu roma dibuatnya.

Namun, lagi kuat menjerit, lagi besar khianatnya mereka. Tidak cukup bersekongkol dengan tauke-tauke Cina mencairkan tanah rizab Melayu, bukan untuk menolong orang Melayu, tetapi lebih bertujuan memperkaya diri sendiri, ketamakan itu akhir-akhir ini melebar sehingga ke negara China jauhnya.

Tidak cukup dengan tanah, projek keretapi, rumah, kondo, pelabuhan, menjaga sempadan dan cara mencegah jenayah telah diserahkan kepada China, terbaru ini dimetrai bahawa program-program televisyen daripada China juga mahu dilambakkan untuk tontotan rakyat kita sekeluarga.

 
Seperti biasa, pemimpin-pemimpin yang sama tetap menjerit "Hidup Melayu" tanpa henti dan tidak malu pula mengatakan keutamaan mereka tetap membela dan menjaga orang Melayu.

Begitu juga dengan peneroka Felda, walaupun mereka merupakan penentu dan penyumbang kemenangan kepada UMNO dan BN di 54 kawasan Parlimen di seluruh negara, hakikatnya nasib mereka tidak banyak yang dibela.

Di ketika suara-suara bergema mahu membela peneroka, hakikatnya Felda teruskan dijadikan lubuk untuk mengaut kekayaan oleh segelintir mereka yang diberikan amanah untuk menjaganya.

Penangkapan empat pegawai kanan Felda berhubung penipuan dan salah guna kuasa dalam pelaburan penternakan ikan sturgeon bernilai RM47 juta tidaklah begitu menghairankan sebenarnya.

Ini kerana sebelum ini kita juga dihidangkan dengan banyak kes mengenai Felda seperti pembelian hotel dan hartanah mewah di luar negara, pelaburan dalam syarikat yang meragukan, pembelian kondo, pembayaran elaun dan penggunaan apartment untuk anak pegawai yang sedang belajar, pemberian kontrak kepada kroni, pembelian ladang di Indonesia pada harga luar biasa serta berbagai-bagai lagi.

Semua itu tidak sama sekali memberi keuntungan kepada peneroka, sebaliknya hanya orang-orang tertentu yang mengaut laba daripadanya.

 
Susulan tangkapan empat pegawai Felda semalam, dikhabarkan terdapat dua atau tiga lagi orang kuat agensi itu sedang dalam pemerhatian SPRMdan tidak mengejutkan jika mereka akan turut dicekup sama dalam tempoh terdekat ini.

Dilaporkan ada di antara mereka yang mempunyai berpuluh-puluh kereta, memiliki restoran di beberapa pusat membeli-belah di dalam dan luar negara, selain sudah tentu turut mempunyai rumah besar dan perhiasan mahal-mahal untuk isteri masing-masing.

Sama seperti nasib orang Melayu yang hanya digula-gulakan, tiada apa-apa yang akan berubah kepada kehidupan peneroka Felda selagi UMNO yang menjaga mereka.

Ia seperti meminta memerang menjaga kolam ikan atau musang menjaga reban ayam.

Orang Melayu dan peneroka Felda harus berani membuat perubahan, jika tidak, sehingga tahun 2050 pun, mereka terus menjadi barang mainan dan sekadar modal mengaut sokongan dalam ucapan.

Setelah berkali-kali diperdayakan, menolak UMNO bukan lagi pilihan, tetapi kewajipan. (SH 25/01/2017).

Friday, January 13, 2017

KONVENSYEN KEADILAN PAHANG AHAD (15 JAN 17) INI TUMPU ISU RAKYAT



KEADILAN Pahang akan mengadakan Konvensyen pada Ahad ini (15 Jan 2017) bertempat di Dewan De Grand Singgahsana, Kg Baharu, Bentong.  Konvensyen kali ini akan disertai oleh lebih kurang 300 Perwakilan dan pemerhati, di mana setiap Cabang seluruh Negeri Pahang akan menghantar seramai 15 orang Perwakilan masing-masing.

Konvensyen kali ini agak berbeza sedikit dari tahun-tahun yang lepas di mana pada kali ini konvensyen lebih menumpukan idea serta cadangan dari pakar-pakar yang terlibat dan suara dari perwakilan di akar umbi berkaitan isu-isu rakyat khususnya di negeri ini.   Formatnya digabungkan di antara bentuk konvensyen dan bengkel agar suara akar umbi boleh diambil kira untuk menghasilkan resolusi untuk diangkat sebagai fokus KEADILAN untuk direalisasikan sekiranya KEADILAN mendapat kuasa memerintah negeri ini atau sekurang-kurangnya mendesak kerajaan negeri yang memerintah agar ianya dapat dilaksanakan.

Beberapa tokoh yang berwibawa telah dijemput untuk membentangkan permasalahan dan cadangan penyelesaiannya dan ianya akan dibantu oleh Moderator yang telah dipilih.  Setiap topik kemudiannya akan diserahkan kepada para perwakilan yang akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut topik untuk mendapat maklumbalas dan pandangan dari mereka.  Selepas itu, kesemuanya akan dibuat penggulungan oleh beberapa pimpinan sebelum resolusi diserahkan kepada pimpinan negeri dan pusat.

Topik-Topik yang akan dibentang dan dibahaskan adalah seperti berikut:

1.  Isu-Isu Felda -  Dibentangkan oleh Sdr Mazlan Aliman (Pengerusi ANAK) 
 Moderator - Sdr Razali Ithnin (Ketua Cabang Jerantut/Timb Biro Felda KEADILAN Pahang)

2.  Isu-Isu Orang Asal  -  Dibentangkan oleh Sdr Nasir Dolah (Urusetia JHOA)
Moderator  -  Sdr Bob Monalan (Ketua Biro Orang Asal KEADILAN Pahang)

3.  Isu Anak-Anak Muda/Sosial  -  Dibentangkan oleh Sdr Adam Adli (Aktivis Muda)
Moderator  -  Sdr Wong Chun Yuan (Ketua AMK Pahang)

4.  Isu Kos Sara Hidup, Pendidikan dan Kesihatan  - Dibentangkan oleh Sdr Amidi Abd Manan (Pensyarah UNISEL)
Moderator  -  Sdr Ahmad Nizam Hamid (Timb Pengerusi KEADILAN Pahang)

5.  Isu-Isu Wanita  -  Dibentangkan oleh YB Rodziah Ismail
Moderator -  Puan Sitarunnisa Kadir (Timb Ketua Wanita KEADILAN Pahang)

Konvensyen akan bermula pada jam 08.30 pagi (Pendaftaran) sehingga jam 06.00 petang itu akan diresmikan oleh Presiden KEADILAN, Dato' Seri Wan Azizah bte Wan Ismail.  Penutupannya pula akan dilakukan oleh Dato' Saifuddin Abdullah, Ketua Sekretariat Pakatan Harapan.

Semua ahli KEADILAN di negeri ini dijemput hadir sebagai Pemerhati.   

Wednesday, January 11, 2017

TAKZIAH DARI KEADILAN PAHANG DI ATAS PEMERGIAN ALMARHUM TAN SRI ADENAN SATEM KE RAHMATULLAH


 
 
Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Negeri Pahang mewakili seluruh pimpinan serta ahli-ahli KEADILAN negeri ini mengucapkan Takziah kepada keluarga dan waris, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem (KM Sarawak) yang telah kembali ke Rahmatullah siang tadi.
 
Allahyarhan merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, dimasukkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan, kelmarin selepas mengadu mengalami keletihan melampau dan kesukaran bernafas.  Meskipun belum diketahui punca kematian, Adenan sebelum ini memberitahu beliau mengalami masalah jantung sejak empat tahun lalu.
 
Kami mendoakan agar Allahyarham mendapat keampunan dan kerahmatan dari Allah dan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang Soleh.  Semoga waris Allahyarham dikuniakan kesabaran dan ketabahan di dalam menghadapi ujian dan ketentuan ini. 

AL FATIHAH
 
 

Monday, January 2, 2017

SKANDAL FELDA - BUKTI UCAPAN DASAR PRESIDEN HANYA OMONG KOSONG


Krisis yang melanda Felda hari ini sangat bertentangan dengan ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016, kata ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
"Najib cuba menimbulkan ketakutan bangsa Melayu kononnya jika Umno BN kalah PRU14 ini maka DAP yang akan menerajui kerajaan Malaysia dan Cina DAP yang akan jadi Perdana Menteri. 

"Bila Cina DAP jadi PM dan terajui kerajaan Malaysia maka habis semua institusi Melayu dan Islam akan ditutup termasuk agensi-agensi seperti Felda akan ditutup. 

"Ternyata ucapan tersebut adalah satu 'kurafat' yang ditanam untuk memperbodohkan bangsa Melayu khususnya ahli Umno sedangkan apa yang berlaku kini terhadap Felda adalah kerana ketidakcekapan mengurus," katanya dalam satu kenyataan. 

Menurut beliau, Felda yang berada dalam keadaan tenat serta tidak setabil dan saham Felda Global Venture Holdings Bhd (FGVH) yang jatuh ke paras rendah menimbulkan kerisauan peneroka dan rakyat tentang krisis pengurusan kewangan Felda. 

Ini katanya, ditambah lagi dengan pembelian 37 peratus saham Syarikat Eagle High Plantations (EHP) yang dimiliki PT Rajawali Capita dengan kadar harga dua hingga tiga kali ganda melebihi harga pasaran.
Pembelian Felda ini menggunakan syarikat khas milik penuh Felda iaitu FIC Properties Sdn Bhd (FICP). 

"Pembelian saham EHP dengan kadar harga yang tinggi tidak menjadikan FICP sebagai pemegang saham yang mempunyai kuasa pemutus atau kuasa pengawal dalam pengurusan EHP kerana majoriti saham EHP tetap dipegang PT Rajawali Capita walaupun FICP memiliki 37 peratus saham syarikat itu. 

Mahfuz mempersoal jenis plan perniagaan yang dilakukan oleh Felda apabila pembayaran RM2.26 bilion hanya sekadar menjadikan FICP pemegang saham minoriti (minoriti share holder) yang besar dalam kalangan pemegang saham minoriti dan tidak memiliki kuasa untuk pengawal pengurusan. 

"Sepatutnya FICP hanya perlu membayar pada harga RM826 juta sahaja. Apa yang berlaku FICP membayar 173% atau RM1.43 bilion, lebih dari harga sebenar. 

"Adakah titik akhir RM1.43 bilion berakhir dalam akaun peribadi Malaysian Official One (MO1) sebagai 'derma' dari Felda? 

"Kebimbangan dan kerisauan warga Felda dan rakyat Malaysia sekarang ialah apakah ini skandal 1MDB part 2 yang akan meranap ekonomi Malaysia". 

"Di samping itu EHP juga terkenal sebagai sebuah syarikat perladangan yang gagal menjual stok sahamnya sejak Julai 2012," jelasnya. 

Justeru kata Mahfuz, tindakan menyalahkan bangsa Cina dan DAP atas perbuatan jenayah yang dilakukan pimpinan Umno adalah satu perbuatan yang memalukan bangsa Melayu dan umat Islam. 

"Adakah Najib sedar bahawa reputasi beliau sebagai perdana menteri akan rosak, selain menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada peneroka Felda yang dipujuk untuk melabur dalam saham FGVH? 

"Tindakan perwakilan Umno bersama ahli Majlis Tertinggi meluluskan dan menerima ucapan dasar Najib dengan tepukan gemuruh suatu tindakan yang bodoh dan merelakan diri diperbodohkan oleh Najib. 

"Ternyata sebelum Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan BN tumbang pada PRU14 nanti, Felda yang menjadi tulang belakang 'institusi kebanggaan bangsa Melayu' terlebih dahulu sedang dirobohkan oleh Umno bersama Najib," katanya. 

Beliau mencadangkan Umno mengadakan sidang khas untuk membawa usul bagi menarik balik kelulusan dan penerimaan ucapan dasar dan membawa usul baharu menolak ucapan dasar tersebut. 

"Apa yang sedang berlaku pada Felda pada hari ini mewajar dan mewajibkan untuk seluruh rakyat khususnya bangsa Melayu menolak Umno BN pada PRU14 demi menyelamatkan kelangsungan kuasa politik Melayu yang bermaruah, beretika dan beramanah bagi menegakkan kerajaan 'Malaysia Baru' tanpa Umno BN," katanya.