KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, March 11, 2016

SOKONG KEMPEN ANTI PENCEMARAN BAUKSIT ‪#‎RED2GREEN‬ WALK TO PARLIAMENT PADA 12 MAC 2016

SOKONG KEMPEN ANTI PENCEMARAN BAUKSIT ‪#‎RED2GREEN‬ WALK TO PARLIAMENT PADA 12 MAC 2016

InsyaAllah, mulai 12 Mac ini, sukarelawan akan memulakan langkah sebagai Musafir dari Beserah (Tapak perlombongan Bauksit, (Rumah Che Long) Kg Jeram Badak, Jeram, Beserah) menuju ke Parlimen bagi menunjukkan mereka benar-benar serius untuk mendesak kerajaan peka terhadap keselamatan dan kesihatan rakyat hasil dari kesan perlombongan Bauksit di kawasan mereka.

Ini bukan isu politik. Ini isu rakyat keseluruhannya dan mangsa-mangsa yang telah pun mengalami kesannya sebelum ini terdiri dari kanak-kanak, tua dan muda, semua kaum dan agama dari berbagai fahaman politik termasuk yg tidak mempunyai fahaman politik mana-mana. Seharusnya kita berganding bahu bagi menyelesaikan masalah ini jika kita seorang yang bertanggungjawab.

Berikut adalah laluan-laluan yang akan dilalui oleh para sukarelawan terlibat;

1. 12 hb Mac jam 0700 pagi - Memulakan langkah dari Kg Jeram, Beserah (Rumah Che Long) dan berhenti rehat dan bermalam di sekitar Masjid Lapang Pasar, Jln Tun Ismail (berdekatan Mega Mall).

2. 13 hb Mac jam 0700 pagi - Dari Masjid berjalan ke UTC, Kuantan untuk pelancaran perjalanan dan jualan Cenderahati. Seterusnya meneruskan perjalanan sehingga ke Kg Melayu, Gambang untuk bermalam.

3. 14 hb Mac jam 0700 pagi - Bergerak dari Gambang sehingga ke Seri Jaya, Maran (berhampiran Balai Polis Seri Jaya) untuk berehat dan bermalam.

4. 15 hb Mac jam 0700 pagi - Bergerak dari Seri Jaya ke Bandar Maran (Pejabat Keadilan Maran, berdepan Terminal bas Maran) untuk berehat dan bermalam.

5. 16hb Mac jam 0700 pagi - Bergerak dari Maran ke Kg Awah, Maran (Masjid Kg Awah) untuk bermalam.

6, 17 hb Mac - 0700 pagi - Dari Kg Awah meneruskan perjalanan ke Mentakab dan berehat (Padang Awam berhampiran Masjid Taman Saga, Mentakab). Di sini akan diadakan Program santai dan ceramah Bauksit oleh YB Fuziah dan Sdr Saifuddin Abdullah.

7. 18 hb Mac jam 0700 pagi - Bergerak dari Mentakab menuju ke Lanchang dan berehat di rumah Ngah Kadir atau Pak Jabit.

8. 19 hb Mac jam 0700 pagi - Dari Lanchang meneruskan perjalanan ke Karak dan bermalam.

9. 20 hb Mac jam 0700 pagi - Dari Karak menuju ke Bentong dan berehat serta bermalam di sana.

10. 21 hb Mac jam 0700 pagi - Dari Bentong terus menuju ke Temiang dan berehat dan bermalam.

11. 22 hb Mac jam 0700 pagi - Dari Temiang bergerak ke Bukit Tinggi, Cameroon Highland dan berehat serta bermalam.

12. 23 hb Mac jam 0700 pagi - Bergerak dari Bukit Tinggi ke Genting Sempah dan berehat/bermlm di sana.

13. 24 hb Mac jam 0700 pagi - Dari Genting Sempah ke Taman Rimba untuk berehat dan bermalam.

14. 25 hb Mac jam 0700 pagi - Dari Taman Rimba terus menuju ke Tol Gombak, Selangor dan berjalan ke Masjid Genting Klang ( Diuruskan oleh AMK Selangor).

15. 26 hb Mac jam 0700 pagi - Dari Genting Klang menuju ke Sentul untuk bermalam. (Urusan Cabang Keadilan Batu).

16. 27 hb Mac jam 0700 pagi - Dari Sentul menuju ke Dataran Merdeka (Mengelilingi bandar KL) dan bermalam di Dataran Merdeka (Urusan March2Freedom).

17. 28 hb Mac jam 0700 pagi - Dari Dataran Merdeka menuju ke Dataran Parlimen.

Wakil penduduk akan menyerahkan memorandum kepada semua MP dan kepada Menteri yang bertanggungjawab bagi pihak kerajaan.

Mohon mana-mana pihak atau individu yg menyokong kempen ini berikan apa jua bentuk bantuan yang dirasakan perlu dengan berhubung No Tel yg tertera pada poster ini. Kepada mana-mana pertubuhan/Parti politik/NGO yg menawarkan tempat penginapan untuk sukarelawan berehat dan bermalam amat dihargai dan boleh berhubung dengan No tel yang sama agar dapat dikordinasikan dengan baik.

Sebarang pertukaran atau perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Radio KOBAT FM akan menyiarkan liputan setiap hari dari semasa ke semasa tentang perkembangan yang berlaku sepanjang perjalanan para sukarelawan ini.
 
Wfauzdin Ns's photo.

No comments:

Post a Comment