KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, March 25, 2016

KEADILAN Sokong “Red2Green Walk” dan Himpunan “Muafakat Selamatkan Malaysia”

Kenyataan Media
Jumaat, 25 Mac 2016
Sokong “Red2Green Walk” dan Himpunan “Muafakat Selamatkan Malaysia”

Inisiatif Jalan Kaki “Red2Green” dari Kuantan ke Parlimen untuk menyampaikan memorandum di Parlimen bagi memohon pelanjutan tempoh moratorium operasi bauksit sudah berada di Selangor setelah berjalan lebih 200km dan akan mula bergerak ke Kuala Lumpur mulai Sabtu 26 Mac 2016 menuju destinasi akhir di Bangunan Parlimen pada Isnin 28 Mac 2016.

Ramai yang telah memberi sokongan termasuk badan bukan kerajaan, individu dan pemimpin politik. Dijangka warga kota juga akan memberi sokongan di hujung minggu ini. Ketua Pembangkang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka turun bersama pada Ahad 27 Mac 2016.

Inisiatif ini perlu disokong kerana ia melambangkan seruan nurani hati rakyat dalam menyelamatkan Malaysia dan memperolehi masa hadapan negara yang lebih baik. Pejalan kaki berkorban bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Ia bukan sekadar tuntutan melanjutkan moratorium tiga bulan (15 Januari – 15 April) ke atas operasi bauksit tetapi tuntutan memberi keutamaan kepada soal kemanusiaan, kesihatan dan alam sekitar yang dibangkitkan oleh rakyat, pakar-pakar, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berkaitan.

Yang jelas semua bersetuju bahawa operasi perlombongan yang tidak terkawal telah mengakibatkan pencemaran air, udara, alam dan kehidupan yang perlu mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk diperbaiki. Alasan bahawa pencemaran alam sekitar tidak dapat dielakkan dalam membangunkan ekonomi tidak boleh diterima sama sekali.

Sementara bahan bauksit boleh membawa manfaat untuk rakyat dan negara jika dikawal selia dengan baik dan tanpa kompromi, namun sikap tamak, tidak amanah dan tidak berpegang kepada prinsip mensejahtera dan memelihara rakyat telah membawa keburukan dan kerosakan kepada manusia dan alam.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sendiri, pada Januari 2016, mengakui wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam kes perlombongan bauksit yang tidak terkawal di Pahang dengan nilai wang rasuah yang terbabit lebih daripada RM100,000. Mereka menahan empat kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang termasuk seorang pegawai kanan kerana disyaki meminta serta menerima wang rasuah dari pelombong bauksit tidak berlesen.

Dua kakitangan PTG Pahang kemudiannya dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuantan berhubung kesalahan menerima suapan daripada seorang pelombong bauksit haram. Sekurang-kurangnya dua kumpulan didakwa pesalah boleh dikesan di sini iaitu pertama, kakitangan PTG dan kedua, pelombong bauksit haram.

Mengapakah mereka tergamak melibatkan diri dalam dosa dan jenayah rasuah? Mengapakah mereka tergamak merosakkan kehidupan manusia, alam, udara dan air?

Jawapannya tidak lain dan tidak bukan kerana dua sebab; pertama, kerana tamak dan mementingkan diri sendiri dan kedua, kerana rasuah merasuah seolah-olah satu budaya apatah lagi pemimpin atasan pula tidak menjadi contoh malah barangkali juga terlibat sama.

Menurut Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, kerajaan negeri memperoleh RM46.7 juta dalam bentuk royalti daripada perlombongan bauksit pada tahun 2015, berbanding RM2.4 juta pada 2014. Dalam tempoh 11 bulan pertama 2015, Malaysia dilaporkan mengeksport lebih 20 juta tan bauksit ke China, meningkat hampir 700% daripada tahun sebelumnya. Pada 2013, ia hanya mengeksport sekitar 162,000 tan metrik.

Berpandukan keuntungan yang besar ini tidak kira untuk pelombong, kontraktor, kerajaan negeri Pahang atau kerajaan Pusat, maka tidak menghairankan isu bauksit menjadi lubuk emas menarik semua yang tamak haloba sehingga lupa daratan.
Isu ini bukan lagi isu orang Kuantan atau orang Pahang. Ia merupakan isu orang Malaysia.

Sebagaimana inisiatif Jalan Kaki “Red2Green” dari Kuantan ke Parlimen bukan hanya untuk selamatkan Kuantan tetapi juga untuk selamatkan Malaysia maka inisiatif “Muafakat Selamatkan Malaysia” juga bukan pentas politik tetapi pentas rakyat untuk selamatkan Malaysia daripada kerakusan dan ketamakan pemimpin kerajaan Umno Barisan Nasional.

Untuk selamatkan Malaysia, rakyat cuma perlu buangkan sikap ‘tidak apa’ dan pentingkan diri sendiri demi generasi masa hadapan. Rakyat perlu bangkit dan suarakan bantahan mereka dengan apa cara sekali pun mengikut saluran undang-undang.

Justeru, selain menunjukkan sokongan kepada inisiatif “Red2Green”, ayuh bersama dalam Himpunan “Muafakat Selamatkan Malaysia” pada hari Isnin 28 Mac 2016 jam 8 malam di Padang MPAJ, Pandan Indah, Selangor. Kita turun sebagai rakyat Malaysia yang prihatin masa hadapannya.


Syed Ibrahim Syed Noh
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat


Media Statement

Friday, 25 March 2016

Support “Red2Green Walk” and “Muafakat Selamatkan Malaysia” Gathering

The “Red2Green Walk” initiative from Kuantan to Parliament to hand over memorandum to Parliament for the extension of moratorium on bauxite operations is now in Selangor after walking for more than 200km and will be moving to Kuala Lumpurbeginning Saturday 26 March 2016 towards the last destination at Parliament Building on Monday 28 March 2016.

Many have given support including non-governmental organizations, individuals and political leaders. KL dwellers are also expected to show their support this weekend. Opposition leader and President of Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail is expected to join on Sunday 27 March 2016.

This initiative warrants support as it reflects the rakyat’s conscience in saving Malaysia and in securing a better future for the country. The walkers sacrificed themselves not because of their own interests.

It is not just a demand for the extension of the 3-month moratorium (15 January – 15 April) but to ensure right priority given to humanitarian, health and environment issues as raised by the rakyat, experts, Member of Parliaments and related State Assemblymen.
What is very clear is that there is consensus that uncontrollable mining operations have resulted in pollution of the water, air, environment and livelihood that will take years for rehabilitation. The excuse that pollution could not be avoided due to economic development is categorically unacceptable.

Whilst bauxite material can be beneficial for the rakyat and country if operational monitoring is uncompromised, nevertheless greed, breach of trust and violation of the rakyat’s wellbeing has brought in travesty and destruction to man and nature.

The Malaysian Anti-Corruption Commission had in January 2016, admitted that elements of corruption and abuse of powers existed in the uncontrollable bauxite mining case in Pahang which involved corruption value of more than RM100,000. They arrested four Land and Mineral Office (PTG) staff including a senior officer as they were suspected of soliciting and accepting bribery from unlicensed bauxite miners. Later on, two of the staff were accused at the Special Corruption Session Court in Kuantan in relations to accepting bribery offense by an illegal bauxite miner. At least, two groups of alleged offenders can be traced here; one is PTG’s staff and two, the illegal bauxite miner.

Why do they vainly involve themselves in this crime and sinful act of corruption? Why do they vainly destroy man’s livelihood, nature, air and water?

The answer lies in two reasons; one, greed and self interests and two, corruption seems to be the culture, what more when top leadership does not show a good example and may apparently be a part of it themselves.

According to Pahang’s Chief Minister, Datuk Seri Adnan Yaakob, the state government acquires RM46.7 million in the form of royalty from bauxite mining in 2015 as compared to RM2.4 million in 2014. In the first 11 months of 2015, Malaysia was reported to export more than 20 million tons of bauxite to China, an increase of about 700% from the year before. In 2013, it just exported around 162,000 metric tons.

Based on this lucrative profit either for the miners, contractors, Pahang state government or Federal Government, it comes as no surprise that bauxite becomes a gold mine for the greedy.

This issue is no longer the Kuantan-ites issue or Pahang-ites issue. It is the Malaysian issue!

As the “Red2Green Walk” initiative is not just about saving Kuantan but also saving Malaysia, similarly the “Muafakat Selamatkan Malaysia” initiative is not a political stage but rather the rakyat’s stage to save Malaysia from the voracious and greedy leaders of the Umno Barisan Nasional government.

To save Malaysia, the rakyat would just need to fling apathy and selfishness attitude for the sake of the next generation. Rakyat would need to rise and voice their protest by which ever lawful means.

Therefore, apart from showing support for the “Red2Green” initiative, let us join the “Muafakat Selamatkan Malaysia” gathering on Monday 28 March 2016, 8.00pm at Padang MPAJ, Pandan Indah, Selangor. We gather as Malaysians, concerned for our future.


Syed Ibrahim Syed Noh
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat

No comments:

Post a Comment