Pada 28 Ogos 2015, KEADILAN yang dipimpin oleh Ketua Umum Dato Seri Anwar Ibrahim dan empat barisan pimpinan politik lain telah memfailkan 4 permohonan yang berbeza untuk pendedahan dokumen dalam mahkamah, sebagai kesinambungan kepada saman sivil untuk membatalkan keputusan kerusi yang dimenangi oleh UMNO-BN pada Pilihanraya Umum ke 13 (“PRU13”).
Langkah ini dilakukan selepas pendedahan Wall Street Journal dan Sarawak Report yang mendedahkan pengubahan wang haram, penyelewengan dan rasuah pilihanraya yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Saman sivil ini telah difailkan pada 12 Ogos 2015, dan menamakan Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak (“Najib”), Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor sebagai pemegang amanah Barisan Nasional (“BN”), 1Malaysia Development Berhad (“1MDB”) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (“SPR”) sebagai defendan.
Kami juga telah memfailkan sebuah afidavit pada 9 Disember 2015, yang mengandungi 15 persoalan utama yang sekiranya dijawab dengan bertanggungjawab, akan mendedahkan kebenaran. Antara soalan yang ditanya adalah:
Adakah Najib telah menyebabkan 1MDB untuk mengeluarkan bon dengan syarat sungguh selesa kepada IPIC dan Aabar untuk mendorong mereka untuk membayar sejumlah US$681 juta (RM2.6 billion) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib?
Adakah sejumlah RM2.6 billion yang diterima digunakan oleh Najib dan BN dalam PRU1 adalah bertentangan dengan Seksyen 19, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, yang cuma membenarkan Najib dan BN membelanjakan Rm94.7 juta sahaja?
Adakah pemberian BN dari segi kewangan, material, projek pembangunan dan janji-janji ketika kempen pilihanraya Sarawak berjumlah kira-kira RM256,195,699.00 dan kira-kira RM8,260,000.00 setiap kawasan parlimen?
Persoalan-persoalan ini, dan banyak lagi perlu dijawab oleh Perdana. Rakyat Malaysia pada ketika ini masih lagi tidak diberikan jawapan, walaupun sesudah Perhimpunan Agung UMNO 2015, ataupun ketika sidang parlimen yang lepas di mana timbalan beliau memberikan jawapan acuh tidak acuh selama kurang 5 minit kepada skandal RM2.6 billion dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
Jangan kita lupa, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat dari Kabinet setelah mempersoalkan skandal 1MDB.
Jangan kita lupa, dua orang pegawai SPRM yang ditugaskan untuk menyiasat 1MDB dan SRC International dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri.
Jangan kita lupa, Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail juga dihentikan khidmat beliau, disusuli dengan kontroversi wujudnya kertas pertuduhan ke atas Perdana Menteri.
Dengan semua jalan seolah-olah tertutup dalam mencari kebenaran, KEADILAN komited dalam menggunakan prosedur pendedahan mahkamah seperti yang tertakluk pada Peraturan Mahkamah 2012. Langkah ini merupakan sebuah pecubaan bagi rakyat Malaysia untuk mendedahkan skandal terbesar dalam sejarah Malaysia yang melibatkan Perdana Menteri.
Prosedur pendedahan telah terbukti menyelesaikan saman sivil di serata dunia termasuk di England, Australia, India, Hong Kong dan Singapura. Salah satu presen di Singapura adalah kes Xing Rong Pte Ltd melawan V Vision Health One Corporation Pte Ltd dimana ianya menyatakan;
“the discovery of bank statements, cheques and receipts was allowed. It was because it was relevant and necessary for the disposal of the main suit. It is useful in the sense by allowing the court to trace their whereabouts since the transfer of the sum into the defendant’s account”
Penghujahan peguam Tommy Thomas hari ini jelas mendesak kehadiran Perdana Menteri di Mahkamah, untuk disoal balas supaya rakyat amnya aman tenteram dalam menyedari Perdana Menteri mereka tidak terus terprasangka dengan kemelut #1MDB serta penerimaan derma USD 700 juta yang alasannya berubah mengikut zaman.
Pahlawan negara tidak pernah takut mendepani persoalan!
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden Keadilan merangkap Pengarah Pilihanraya Keadilan
Tian Chua
Ahli Parlimen Batu
Naib Presiden Keadilan
No comments:
Post a Comment