KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, December 21, 2015

DUA LAGI RANTING KEADILAN DI CABANG BERA TELAH DIRESMIKAN



Tahniah kepada KEADILAN Cabang Bera yang telah berjaya menubuhkan dua Ranting KEADILAN di kawasan Parlimen Bera iaitu Ranting Felda Triang 1 dan Ranting Bukit Rok, Bera.  Perasmian kedua-dua Ranting ini telah disempurnakan oleh Pengerusi KEADILAN Pahang yang juga MP Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman pada 19 Disember 2015 bertempat di Felda Triang 1, Bera.



Majlis perasmian tersebut yang telah diadakan pada jam 5.00 petang itu turut dihadiri oleh MP Kuantan, YB Fuziah Salleh, Adun Tanah Rata, YB Leong Ngah Ngah yang juga Pengerusi Dap Pahang serta Adun Mentakab yang juga Ketua Pembangkang, YB Tengku Zulpuri.  Ketua Cabang KEADILAN Bera yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Sdr Zakaria Abdul Hamid di dalam ucapan aluannya merasa amat yakin bahawa Parlimen Bera dan beberapa Dun di dalamnya berpeluang besar untuk dirampas oleh KEADILAN di dalam PRU 14 akan datang, InsyaAllah.


Keyakinan ini adalah berdasarkan kepada sambutan yang amat baik di dalam setiap program yang diadakan di Parlimen Bera, tambahan pula semakin ramai rakyat Bera terutamanya warga Felda sudah hilang keyakinan kepada pemerintahan Umno/Bn yang semakin jauh lari dari dasar parti berkenaan.  Isu GST dan saham felda (FGVH) serta kejatuhan harga sawit amat memberi tekanan kepada rakyat kawasan Bera.

Pengerusi KEADILAN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman di dalam ucapannya juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada KEADILAN Bera yang telah bersungguh-sungguh mendampingi rakyat bagi mengetahui permasalahan mereka.  Beliau yakin, di dalam keadaan parti Umno kini yang semakin bercelaru dan keadaan rakyat yang semakin terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi, rakyat Bera akan melakukan perubahan besar pada PRU 14 akan datang.  Semangat warga Felda di Rompin sewaktu PRK yang telah diadakan baru-baru ini yang menunjukkan perubahan sikap warga felda akan dijadikan suntikan semangat kepada pengundi-pengundi di Bera nanti.



Pada program tersebut, KEADILAN Bera juga telah memberikan sedikit bantuan berupa beg sekolah kepada beberapa orang anak-anak penduduk tempatan bagi meringankan sedikit bebanan mereka menjelang sesi persekolahan tahun hadapan.  Sumbangan tersebut disampaikan kepada anak-anak dan ibu-bapa mereka oleh kesemua MP dan Adun yang hadir.  



Turut meraikan majlis perasmian pada petang tersebut adalah beberapa Ahli Majlis Pimpinan Negeri Pahang.  Setakat ini, sejumlah 38 Ranting di seluruh Negeri Pahang sedang diproses oleh KEADILAN Pusat dan beberapa Ranting lagi sedang diusahakan untuk menyediakan parti ini bagi menghadapi PRU 14 akan datang.


No comments:

Post a Comment