KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, December 28, 2015

KHIDMAT MASYARAKAT PEJABAT PARLIMEN KUANTAN KE RUMAH WARGA KURANG BERNASIB BAIK

Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh beserta sukarelawan dan AMK/Wanita Kuantan telah mengadakan program Khidmat Masyarakat membantu keluarga miskin di Kg Tanah Belia, Sungai Soi pada Ahad, 27 Disember 2015.  Turut bersama di dalam program ini adalah AJK Surau Al-Mubarak, Taman Sepakat 3, Kuantan.

Sukarelawan telah membantu membersihkan kawasan rumah, membersihkan perparitan dan membantu membaiki apa-apa yang perlu bagi kediaman mereka.  Keluarga ini tidak mempunyai bekalan air bersih, bekalan letrik dan memasak menggunakan dapor kayu sahaja.  Ahli Parlimen Kuantan berjanji akan cuba membawa masalah keluarga ini ke pihak yang berkenaan untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.
 
Syabas diucapkan kepada seluruh warga Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuantan dan AJK Surau Al-Mubarak yang sanggup meluangkan masa dan tenaga bagi membantu keluarga yang kurang bernasib baik ini.  Mudah-mudahan kerja-kerja amal ini akan dapat diteruskan di masa akan datang dan mendapat keberkatan dari Illahi.  
 


Monday, December 21, 2015

DUA LAGI RANTING KEADILAN DI CABANG BERA TELAH DIRESMIKAN



Tahniah kepada KEADILAN Cabang Bera yang telah berjaya menubuhkan dua Ranting KEADILAN di kawasan Parlimen Bera iaitu Ranting Felda Triang 1 dan Ranting Bukit Rok, Bera.  Perasmian kedua-dua Ranting ini telah disempurnakan oleh Pengerusi KEADILAN Pahang yang juga MP Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman pada 19 Disember 2015 bertempat di Felda Triang 1, Bera.



Majlis perasmian tersebut yang telah diadakan pada jam 5.00 petang itu turut dihadiri oleh MP Kuantan, YB Fuziah Salleh, Adun Tanah Rata, YB Leong Ngah Ngah yang juga Pengerusi Dap Pahang serta Adun Mentakab yang juga Ketua Pembangkang, YB Tengku Zulpuri.  Ketua Cabang KEADILAN Bera yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Sdr Zakaria Abdul Hamid di dalam ucapan aluannya merasa amat yakin bahawa Parlimen Bera dan beberapa Dun di dalamnya berpeluang besar untuk dirampas oleh KEADILAN di dalam PRU 14 akan datang, InsyaAllah.


Keyakinan ini adalah berdasarkan kepada sambutan yang amat baik di dalam setiap program yang diadakan di Parlimen Bera, tambahan pula semakin ramai rakyat Bera terutamanya warga Felda sudah hilang keyakinan kepada pemerintahan Umno/Bn yang semakin jauh lari dari dasar parti berkenaan.  Isu GST dan saham felda (FGVH) serta kejatuhan harga sawit amat memberi tekanan kepada rakyat kawasan Bera.

Pengerusi KEADILAN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman di dalam ucapannya juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada KEADILAN Bera yang telah bersungguh-sungguh mendampingi rakyat bagi mengetahui permasalahan mereka.  Beliau yakin, di dalam keadaan parti Umno kini yang semakin bercelaru dan keadaan rakyat yang semakin terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi, rakyat Bera akan melakukan perubahan besar pada PRU 14 akan datang.  Semangat warga Felda di Rompin sewaktu PRK yang telah diadakan baru-baru ini yang menunjukkan perubahan sikap warga felda akan dijadikan suntikan semangat kepada pengundi-pengundi di Bera nanti.



Pada program tersebut, KEADILAN Bera juga telah memberikan sedikit bantuan berupa beg sekolah kepada beberapa orang anak-anak penduduk tempatan bagi meringankan sedikit bebanan mereka menjelang sesi persekolahan tahun hadapan.  Sumbangan tersebut disampaikan kepada anak-anak dan ibu-bapa mereka oleh kesemua MP dan Adun yang hadir.  



Turut meraikan majlis perasmian pada petang tersebut adalah beberapa Ahli Majlis Pimpinan Negeri Pahang.  Setakat ini, sejumlah 38 Ranting di seluruh Negeri Pahang sedang diproses oleh KEADILAN Pusat dan beberapa Ranting lagi sedang diusahakan untuk menyediakan parti ini bagi menghadapi PRU 14 akan datang.


Thursday, December 17, 2015

TIADA UNDANG-UNDANG KAWAL PENCEMARAN BAUKSIT DI PAHANG?


Kenyataan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang mengesahkan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai undang-undang mahupun peraturan khusus bagi mengawal perlombongan bauksit.

Menurut beliau, bijih bauksit tidak tertakluk di bawah akta bersesuaian yg berkaitan dgn tanah, mineral, perlombongan & hasil bumi. Katanya, buat masa sekarang bauksit hanya dirujuk sebagai tanah laterit, dan penggubalan peraturan yg khusus akan memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan kpd mereka yg melanggar peraturan.

Beliau berkata, SPRM sedang menyiapkan kertas kerja terpeinci bagi dikemukakan kpd kerajaan negeri. Ia dijangka siap pada penghujung Disember & akan dikemukakan pada bulan Januari.
 


Kenyataan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa tuntutan Gerakan Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit (GERAM) bersama-sama Gabungan Badan Bertindak Hentikan Pencemaran Bauksit adalah berasas. Perlombongan bauksit perlu dihentikan sementara serta-merta bagi memberi laluan kpd penggubalan suatu peraturan khusus yg berkesan.

Namun, kelewatan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Dato Sri Diraja Adnan Yaakob yg masih terkial-kial utk memberi kata putus & mengambil tindakan drastik amat dikesali. Apatah lagi Kementerian Alam Sekitar & Sumber Asli turut menggesa kerajaan negeri agar menghentikan segera perlombongan bauksit & mencari jalan berkesan utk mengawalnya.

Ia bagai memberi petunjuk bahawa Menteri Besar & Exco Alam Sekitar Negeri sangat tidak kompeten dlm menguruskan polemik bauksit ini sehingga berlarutan. Ia juga memperlihatkan seolah-olah kerajaan negeri Pahang lebih mengutamakan kepentingan pengusaha bauksit berbanding kesejahteraan penduduk & kelestarian alam sekitar.

Tuesday, December 15, 2015

PM DATUK SERI NAJIB RAZAK HARUS BERANI MENJAWAB DI MAHKAMAH PERIHAL SKANDAL 1MDB

Pada 28 Ogos 2015, KEADILAN yang dipimpin oleh Ketua Umum Dato Seri Anwar Ibrahim dan empat barisan pimpinan politik lain telah memfailkan 4 permohonan yang berbeza untuk pendedahan dokumen dalam mahkamah, sebagai kesinambungan kepada saman sivil untuk membatalkan keputusan kerusi yang dimenangi oleh UMNO-BN pada Pilihanraya Umum ke 13 (“PRU13”).
 
Langkah ini dilakukan selepas pendedahan Wall Street Journal dan Sarawak Report yang mendedahkan pengubahan wang haram, penyelewengan dan rasuah pilihanraya yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Saman sivil ini telah difailkan pada 12 Ogos 2015, dan menamakan Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak (“Najib”), Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor sebagai pemegang amanah Barisan Nasional (“BN”), 1Malaysia Development Berhad (“1MDB”) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (“SPR”) sebagai defendan.

Kami juga telah memfailkan sebuah afidavit pada 9 Disember 2015, yang mengandungi 15 persoalan utama yang sekiranya dijawab dengan bertanggungjawab, akan mendedahkan kebenaran. Antara soalan yang ditanya adalah:

Adakah Najib telah menyebabkan 1MDB untuk mengeluarkan bon dengan syarat sungguh selesa kepada IPIC dan Aabar untuk mendorong mereka untuk membayar sejumlah US$681 juta (RM2.6 billion) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib?

Adakah sejumlah RM2.6 billion yang diterima digunakan oleh Najib dan BN dalam PRU1 adalah bertentangan dengan Seksyen 19, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, yang cuma membenarkan Najib dan BN membelanjakan Rm94.7 juta sahaja?

Adakah pemberian BN dari segi kewangan, material, projek pembangunan dan janji-janji ketika kempen pilihanraya Sarawak berjumlah kira-kira RM256,195,699.00 dan kira-kira RM8,260,000.00 setiap kawasan parlimen?

Persoalan-persoalan ini, dan banyak lagi perlu dijawab oleh Perdana. Rakyat Malaysia pada ketika ini masih lagi tidak diberikan jawapan, walaupun sesudah Perhimpunan Agung UMNO 2015, ataupun ketika sidang parlimen yang lepas di mana timbalan beliau memberikan jawapan acuh tidak acuh selama kurang 5 minit kepada skandal RM2.6 billion dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Jangan kita lupa, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat dari Kabinet setelah mempersoalkan skandal 1MDB.

Jangan kita lupa, dua orang pegawai SPRM yang ditugaskan untuk menyiasat 1MDB dan SRC International dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri.

Jangan kita lupa, Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail juga dihentikan khidmat beliau, disusuli dengan kontroversi wujudnya kertas pertuduhan ke atas Perdana Menteri.

Dengan semua jalan seolah-olah tertutup dalam mencari kebenaran, KEADILAN komited dalam menggunakan prosedur pendedahan mahkamah seperti yang tertakluk pada Peraturan Mahkamah 2012. Langkah ini merupakan sebuah pecubaan bagi rakyat Malaysia untuk mendedahkan skandal terbesar dalam sejarah Malaysia yang melibatkan Perdana Menteri.

Prosedur pendedahan telah terbukti menyelesaikan saman sivil di serata dunia termasuk di England, Australia, India, Hong Kong dan Singapura. Salah satu presen di Singapura adalah kes Xing Rong Pte Ltd melawan V Vision Health One Corporation Pte Ltd dimana ianya menyatakan;

“the discovery of bank statements, cheques and receipts was allowed. It was because it was relevant and necessary for the disposal of the main suit. It is useful in the sense by allowing the court to trace their whereabouts since the transfer of the sum into the defendant’s account”

Penghujahan peguam Tommy Thomas hari ini jelas mendesak kehadiran Perdana Menteri di Mahkamah, untuk disoal balas supaya rakyat amnya aman tenteram dalam menyedari Perdana Menteri mereka tidak terus terprasangka dengan kemelut #1MDB serta penerimaan derma USD 700 juta yang alasannya berubah mengikut zaman.

Pahlawan negara tidak pernah takut mendepani persoalan!


Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden Keadilan merangkap Pengarah Pilihanraya Keadilan

Tian Chua
Ahli Parlimen Batu
Naib Presiden Keadilan